Cuti-cuti Hatyai 2017 (PART 2)

  Selamat hari ke-2 di Hatyai. Kalau nak baca tentang hari pertama kami, boleh klik disini. Jom ikut kami jalan-jalan di Hatyai ok? ๐Ÿ™‚     Kami mulakan hari ini agak lewat, iaitu selepas Zuhur sebab kami memang tak merancang nak ke banyak tempat pun. Lagipun kami memilih untuk solat Jamak Zuhur-Asar siap-siap sebelum keluar untuk memudahkan pergerakan kerana kami merancang untuk pulang semula ke hotel pada sebelah malam. Jadi kami dapatlah menikmati perjalanan tanpa risau untuk mencari tempat solat kelak. Harini Alhamdulillah cuaca…

DIY Kit Bahan Pengurusan Uri

ย  Alhamdulillah, ketika entri ini ditulis saya sudah berada di 38minggu kehamilan untuk kandungan yang ke-dua. Untuk persediaan menyambut kelahiran yang ke-dua ini, saya merancang untuk berpantang di rumah sendiri memandangkan saya telah berpindah jauh dari rumah ibu bapa saya. Oleh itu, saya agak khuatir dengan proses pengurusan uri untuk kali ini, maklumlah dulu semasa kelahiran anak yang pertama ibu saya yang uruskan semuanya hinggakan saya sendiri tak sempat lihat pun macam mana rupa uri saya tu. Kali ini, orang yang saya akan handalkan…

Cara latih anak menggunakan tandas (toilet training)

Sesuatu yang mendebarkan setiap ibu bapa apabila nak toilet training anak untuk pertama kali. Kadang kala rasa seperti mustahil. Betul ke boleh anak aku ni buang air di tandas? Jawapannya, ya memang boleh. Saya juga dulu rasa seperti ianya mustahil. Tapi dengan ilmu, perkongsian penglaman orang lain serta kemudahan peralatan yang ada di pasaran membuatkan sesi latihan menggunakan tandas untuk anak saya yang berusia 3tahun menjadi lebih lancar. Alhamdulillah. ย  APA SYARAT MINIMA UNTUK MULA LATIH ANAK MENGGUNAKAN TANDAS (TOILET TRAINING)? #1- Ibu ayah…

Menaiki pesawat / kapal terbang ketika hamil

Ketika entri ini ditulis, usia kandungan saya ialah 28minggu. Saya baru sahaja lepas menaiki pesawat Air Asia untuk kesekian kalinya. Ini adalah kandungan ke-dua saya, Alhamdulillah. Sejak kandungan pertama dahulu (tahun 2013) juga saya kerap menaiki pesawat. Untuk kandungan ke-dua ini, sudah 4kali saya menaiki pesawat seawal belasan minggu usia kandungan. Jadi saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman / prosedur / peraturan menaiki pesawat atau kapal terbang bagi ibu hamil atau mengandung, untuk Air Asia secara khusus dan kapal terbang lain secara umum. Moga…

Jalan-jalan di Jakarta – Taman Mini Indonesia Indah, Mangga Dua, Ikea Jakarta

Alhamdulillah, JAKARTA telah kami jejaki ๐Ÿ™‚ Ini sebenarnya bukanlah perjalanan percutian sebenar. Kami dari Pulau Pinang melawat saudara di Jakarta dan kemudian ke Bandung, dan seterusnya balik lagi ke Jakarta untuk naik flight ke KLIA. Walaubagaimanapun, kami sempat jugalah berkunjung ke beberapa tempat menarik di Jakarta yang boleh saya kongsikan dan mungkin boleh dijadikan panduan jika anda akan ke sana bersama anak kecil seperti kami ๐Ÿ™‚ Airport Penang. Macam biasa, kalau dah nama pun ke airport, mesti akan ada kedai-kedai coklat macam ni. Siapa…

4hari 3malam bercuti di Bandung – Day 4 (Kartika Sari & Iga Bakar Mas Giri)

Hari ini adalah hari terakhir kami di Bandung. Pagi tadi kami dah ke Pasar Baru sekali lagi untuk last minute shopping. Kalau ada yang nak baca tentang Pasar Baru, boleh lah klik di sini ๐Ÿ™‚ Ini adalah hari ke-4 merangkap hari terakhir. Kami akan berangkat ke Jakarta pula. Jika anda nak baca kisah perjalanan kami di Bandung pada hari-hari sebelum ini, bolehlah klik di link-link di bawah: 4hari 3malam bercuti di Bandung โ€“ Day 1 (warming-up) 4hari 3malam bercuti di Bandung โ€“ Day 2…

4hari 3malam bercuti di Bandung – Day 3 (Kampung Daun + Rumah Kain)

Kampung Daun. Kalau kita Google tempat makan best di Bandung, pasti Kampung Daun ni akan ada di setiap senarai. Jadi, kami pun tak mahu lah melepaskan peluang untuk ke sini selepas seharian berjalan-jalan ke Farmhouse Lembang, Floating Market,Lembang, dan Kopi Luwak Cikole ๐Ÿ™‚ Sesampai saja di sini tak boleh terus duduk. Kita kena pergi kaunter reservation untuk maklumkan kita berapa ramai nak makan dan mereka akan minta kita tunggu sebentar di ruang menunggu. Oleh kerana Wafiy yang dari dalam kereta tidur lena, sampai pindah…

4hari 3malam bercuti di Bandung – Day 3 (Kopi Luwak Cikole)

Dari Floating Market Lembang, next stop kami adalah Kopi Luwak Cikole. Kalau yang rajin Google, mesti tau Cikole ni dekat-dekat dengan Tangkuban Perahu. Alkisahnya kami tak plan pun nak ke sini, Kami nak ke Tangkuban Perahu. Elok je sampai di entrance Tangkuban Perahu, hujan agak lebat. Masuk pula Rp200ribu seorang which is sekitar RM60++ seorang. Kami khuatir perjalanan kami tak berbaloi sebab hari hujan dan bayar pun agak mahal kan. Nak round area-area Cikole yang lain pun tak boleh sebab hujan walaupun banyak sangat…

4hari 3malam bercuti di Bandung – Day 3 (Floating Market)

Selepas Farm House Lembang, kami ke Floating Market Lembang pula ๐Ÿ™‚ Memang seronok di Floating Market Lembang ni. Kalau anda pernah ke Hatyai, ada juga floating market kan? Tapi ini sangat lah berbeza ye. Memang sangat best terutama kalau bersama anak-anak kecil ๐Ÿ™‚ Berikut serba ringkas yang boleh saya kongsikan; Tiket masuk Rp20,000 sekitar RM6 macam tu ๐Ÿ™‚ Yang bestnya, tiket masuk tadi boleh redeem air secawan. Memang best. Jadi dapatlah kita menyegarkan diri dengan minuman panas dalam kedinginan suasana Bandung. Nak ambik air…

Kisah Speech Therapy #3

Alhamdulillah, Wafiy dengan gembira telah menjalani sesi speech therapy bersama Puan Ruby untuk kali ke-tiga. Jika ada yang berminat untuk mengetahui kisah speech therapy yang terdahulu, boleh klik di sini (kisah #1) dan klik di sini (kisah #2). Seperti sesi sebelum ini, Wafiy masuk ke bilik Puan Ruby dengan happy sekali. Saya dan suami tunggu di luar saja. Hampir satu jam kemudian, Puan Ruby memanggil kami masuk. Waktu tu, memang kelihatan Wafiy seronok sekali sedang pegang cawan dan dinosour permainan ๐Ÿ™‚ Berikut antara nota…