Prakata: Entri ini adalah penting bagi ibu-ayah yang ingin menggendong anak menggunakan baby carrier sahaja. Jika anda tidak mahu menggunakan baby carrier sama sekali, ia mungkin tidak penting dan anda tak perlu baca sampai habis ok?
Sekarang dah tersebar luas bahawa narrow base carrier atau crotch baby carrier itu tidak selesa untuk penggunaan jangka masa panjang (malah mungkin berbahaya untuk anak dan kita yang menggendong) Boleh baca mengenainya di entri Crotch Baby Carrier: Benarkah ianya bahaya? Namun ramai yang tidak tahu ada baby carrier yang jauh lebih menggusarkan hati daripada itu. Iaitu baby carrier tiruan (fake baby carrier) atau baby carrier yang dibuat secara pukal (kebiasaannya buatan kilang China) yang tidak jelas kualiti materialnya dan ianya telah banyak mengakibatkan kejadian tragis bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Yang jelas, baby carrier yang sebegini bukan sahaja beredar di pasaran Malaysia, malah juga banyak di negara-negara lain di seluruh dunia. Mari kita kenali baby carrier tersebut.
Saya rasa, ramai yang pernah lihat baby carrier ini dijual secara online di FB |
Sumber: http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/2014/09/baby-carrier-parentsplease-be-alert.html |
#1 – Terlalu banyak kes kualiti jahitan yang rendah dan kejadian buckle patah. Mohon ibu ayah semua mengerti bahawa baby carrier ini berfungsi untuk menampung berat anak kita yang mungkin sehingga belasan kilogram~!!! Maka, ketahanan material yang digunakan, terutamanya buckle amatlah penting. Rata-rata baby carrier yang berkualiti itu menggunakan buckle yang telah diuji secara makmal berketahanan sehingga 20kg. Ia bukanlah menggunakan buckle plastik biasa seperti yang digunakan pada bag taska anak-anak kita tu ye. Mohon mengerti tentang ini. Ibu ayah semua boleh google aje tentang kes buckle pecah ni, memang akan banyak yang keluar. Bukan sahaja di Malaysia, malah mat salleh pun banyak mengalami perkara ini kerana mereka pun ada yang terbeli carrier macam ni. Bukan kita di Malaysia aje 🙁
Sumber: https://mamathegeek.wordpress.com/2014/04/09/you-get-what-you-pay-for/ |
Sumber: https://mamathegeek.wordpress.com/2014/04/09/you-get-what-you-pay-for/ |
Sumber: http://babycarrierindustryalliance.org/2013/02/fake-carriers-warning/ |
#2 – Kain koyak. Jika nasib anda tidak baik, ini tidak mustahil untuk berlaku. Ini kerana menurut sumber gambar ini, beliau baru membeli carrier ini dari Ebay. Ketika cuba untuk adjust buckle, tiba-tiba kainnya terkoyak. Dia cuba adjust buckle yang sebelah lain pula, dan terkoyak juga. Ada yang juga membeli carrier dari Ebay juga, telah menarik adjustable buckle ini, tapi tidak koyak seperti itu. Ini bererti material kainnya mungkin berbeza-beza. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat kualiti kain yang lebih baik. Namun anda mungkin akan mendapat kualiti kain yang berbeza dengan harga yang sama. Adilkah untuk anda? Membeli atas dasar nasib. Dan ia mungkin tidak murah bagi anda, akhirnya wang itu terbazir begitu sahaja 🙁
Sumber: https://www.facebook.com/groups/bajetbw/ |
#3 – Warna luntur melampau. Ini antara yang dikongsikan oleh pengguna carrier jenis ini. Anak-anak bayi suka hisap/gigit tali carrier. Bayangkan jika anak kita menghisap pewarna ini? OK. mungkin penggunaan Drool / Teething pad dapat menyelamatkan anak anda jika situasi ini berlaku. Pastikan anda pakai drool / teething pad sentiasa ye. Agar anak-anak kita sentiasa selamat dari terhisap bahan kimia yang mungkin merbahaya ini.
#4 – Ilmu atau pengetahuan penjual yang amat rendah dan meragukan. Sekarang, hari-hari saya dapat lihat di FB, ada yang menjual baby carrier seperti ini. Namun, ada gambar-gambar yang digunakan sebagai testimoni amatlah menyedihkan. Ada yang cara pakainya salah dan membahayakan bayi. Jika penjual-penjual ini ambil berat tentang keselamatan bayi, mereka tidak mungkin akan membiarkan pelanggan mereka menggunakan dengan cara yang salah malah memuatnaik gambar yang salah itu ke page mereka sebagai testimoni mereka. Malah gambar bayi yang sedang menangis ketika digendong menghadap depan juga dimuatnaik. Jika ada ibu ayah yang tidak tahu, menggendong bayi menghadap kedepan ini adalah merbahaya. Boleh baca secara ringkas tentangnya di link ini: https://markassikecil.com.my/isu-dalam-penggunaan-baby-carrier-mengapa-front-facing-itu-tidak-baik/
Bentuk tulang bayi Newborn (0-3bulan) – C shaped Spine |
Ada banyak komuniti dan page di FB yang mementingkan keselamatan dan keselesaan ibu bapa yang ingin menggendong bayi mereka. Antaranya, anda boleh search: Malaysian Babywerares, Royannes Group, Bobita Baby Carrier Malaysia, dan NaNa Baby Carrier Malaysia. Mereka di sini sedia membantu anda untuk memberi maklumat yang tepat berkaitan penggunaan baby carrier yang selesa dan selamat. Insyaallah.
Sekian dulu untuk entri kali ini, kalau berminat nak baca entri lain tentang baby carrier, boleh click di link-link berikut:
#1 https://markassikecil.com.my/baby-carrier-crotch-hip-seat-ssc-belajar-dari-pengalaman
#2 https://markassikecil.com.my/crotch-baby-carrier-benarkah-ianya-bahaya/
#3 https://markassikecil.com.my/bobita-gen2-ssc-baby-carrier-kami-jatuh-cinta/
#4 https://markassikecil.com.my/bobita-gen2-ssc-baby-carrier-terlengkap-di-dunia/
#5 https://markassikecil.com.my/range-harga-baby-carrier-di-malaysia/
#6 https://markassikecil.com.my/review-bobita-gen2-ssc/
1 Comment
thanks for the info about baby carriers!