Review: Perkhidmatan LAZADA – Terbaik~!!!

Ini adalah pengalaman pertama saya membuat pembelian dari LAZADA. Dengan perkhidmatannya yang baik ini, mungkin ini bukanlah kali terakhir saya membeli secara online di LAZADA.
#1
MEMBUAT TEMPAHAN
Saya telah menempah sebuah mesin jahit jenama XMA dengan harga RM159 + Postage RM6 pada 6hb Ogos 2015.
Apabila anda membuat tempahan di LAZADA, anda akan mendapat ringkasan tempahan seperti ini di akaun LAZADA anda.

#2
MEMBUAT BAYARAN
Terdapat pelbagai cara membuat bayaran, antaranya: kredit card, e-banking, dan paypal. Saya memilih membayarnya melalui maybank2u. Setelah bayaran dibuat pada 6hb Ogos 2015, saya menerima email notifikasi.
Serta merta, notifikasi email memaklumkan transaksi pembayaran telah diterima.

#3
BARANG DIKIRIM
Daripada notifikasi awal, barang dijangka saya terima pada 17-20 Ogos 2015 dengan standard shipping. Pada 10hb Ogos 2015 (4hari selepas membuat bayaran) saya menerima notifikasi dari SMS menyatakan bahawa barang telah dikirim.
Notifikasi dari SMS memaklumkan barang telah dipos.

#4
BARANG SELAMAT SAMPAI
Pagi sekitar jam 9.30am, 13hb Ogos 2015 saya mendapat notifikasi email yang barang telah sampai dan diambil. Saya menggunakan alamat permis penerima barang. Jadi bererti barang telah diterima di sana. Jika anda menggunakan alamat rumah, pasti notifikasi ini diterima setelah orang di rumah anda menerima barang tersebut.

Inilah notifikasi email yang saya terima memaklumkan barang telah sampai. Jadi, jika ada orang lain telah menerimanya bagi pihak kita, maka kita akan tahu ianya telah sampai.

#5
MULA GUNAKAN BARANG
Setelah barang diterima, mari kita gunakan~!!! Alhamdulillah mesin jahit saya berfungsi dengan baik. Saya ‘test drive’ dengan menjahit baju suami yang terkoyak dan seluar saya yang terkoyak. Seronoknya 😀 Kemudian saya simpan rapi kembali di dalam kotak.
Inilah mesin jahitnya 😀

***5hari kemudian***
Pada 18hb Ogos 2015 (Selasa) Setelah pulang dari Hatyai, Thailand (jika nak baca pengalaman saya ke Hatyai boleh klik di sini) saya nak memulakan projek menjahit saya. Namun…belum sempat saya siapkan satu helai projek saya tu, tiba-tiba mesin jahit itu stuck~!!! Tersangkut~!!! Haishhh terbantut keseronokan menjahit. Setelah cuba mengatasinya beberapa kali, tapi masih gagal. Saya berputus asa dan menyimpannya kembali ke dalam kotak
#6
PEMULANGAN SEMULA (RETURN)
Setelah menemui jalan buntu dalam cubaan membolehkan mesin jahit tersebut untuk kembali berfungsi semula, saya buka semula laman web LAZADA pada 21hb Ogos 2015 (Jumaat) dan mengisi Return Form yang disediakan. Untuk memulangkan semula, LAZADA memberi pilihan untuk meminta mesin jahit yang baru atau voucher pembelian barangan lain dengan nilai barang yang hendak ditukar atau ganti dengan barang lain yang sama nilai atau pulangan 100% wang dan akan di transfer ke akaun bank pilihan kita.
Saya memilih untuk kembalian wang 100% ke akaun bank saya. Antara dokumen lain yang mereka perlukan ialah bukti bayaran dan slip order untuk dilampirkan bersama barang. Terakhir, LAZADA akan memberikan alamat untuk kita hantar semula barang tersebut.
Namun, saya tidak serta merta menghantarnya kerana saya tiada kertas pembalut dan dokumen yang diperlukan saya perlu print di kedai :p Pada hari Isnin, 1.55pagi, 24hb Ogos 2015 LAZADA menghantar SMS reminder seperti di bawah:
SMS reminder dari LAZADA untuk menghantar semula barang yang ingin dipulangkan.

#7
LAZADA MENERIMA SEMULA BARANG
Saya mengepos semula barang tersebut pada Isnin, 24hb Ogos 2015 pada jam 4petang. Keesokan harinya, Selasa 25hb saya menerima notifikasi email bahawa barang yang saya pos kepada mereka telah sampai.
Notifikasi email memaklumkan bahawa barang yang saya pos telah sampai di LAZADA dan mereka akan memprosesnya.

#8
PEMULANGAN WANG
Pada hari yang sama barang sampai, LAZADA meluluskan permohonan pemulangan tersebut. Mungkin mereka dah test mesin jahit tersebut, betul rosak :p LAZADA juga memaklumkan bahawa pemulangan wang dalam tempoh 2hari. Pada 28hb Ogos 2015 (Jumaat) akaun saya menerima wang masuk sebanyak RM165.00 🙂
Inilah notifikasi dari LAZADA melalui SMS menyatakan wang telah dimasukkan ke akaun saya pada 27 Ogos 2015 (Khamis).

Setelah itu saya ada menerima email untuk menyatakan jumlah kos penghantaran barang tersebut ke LAZADA untuk tujuan pemulangan. Mereka juga meminta bukti pembayaran yang telah dibuat. Saya tidak mempunyai resit, hanya slip dari City Link yang tidak menyatakan harga pos. Jadi jika mereka tidak memberi pulangan wang pengeposan saya pun tidak mengapalah. Saya pun pada awalnya tidak menyangka yang ianya boleh dituntut semula kerana LAZADA pun tidak mengiklankan pemulangan percuma secara besar-besaran seperti ZALORA. Jika ZALORA kita memang tidak perlu bayar untuk pemulangan, kerana harga pengeposan akan dibilkan terus ke akaun ZALORA. Untuk LAZADA, kita perlu bayar dahulu, claim/tuntut kemudian.
Secara keseluruhan, SAYA AMAT BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN LAZADA. Walaupun barang yang saya beli tidak berfungsi dengan baik, tetapi SERVIS LAZADA ADALAH TERBAIK. Jadi, saya tidak akan takut atau ragu untuk membeli lagi di LAZADA kerana servisnya yang amat baik ini.
Pesanan dari saya, jika nak selamat, belilah barang yang terjamin kualitinya supaya anda tak perlu mengembalikannya jika tidak berpuas hati. Tapi jika ingin juga mencuba nasib seperti saya, membeli sesuatu yang tidak jelas kualitinya, anda tak perlu takut kerana anda akan mendapat semula 100% wang anda jika ingin memulangkannya.
Tahniah dan terima kasih LAZADA atas perkhidmatan yang cepat dan baik ini.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *