Hi, Assalamualaikum semua. Alhamdulillah saya dah menggunakan NaNa SSC – ERGONOMICS BABY CARRIER ini sekitar 8bulan, jadi rasanya dah ‘valid’ untuk saya buat review berkaitan SSC jenama NaNa ni ๐
.
Pertama sekali, mungkin ramai yang tak kenal jenama NaNa ni, ye lah…NaNa baru masuk ke pasaran Malaysia pada Januari 2018. Walaubagaimanapun, NaNa ni dah establish di Indonesia sejak 2015 sebenarnya. Dan ya, NaNa Baby Carrier adalah Made in Indonesiaย ๐ Indonesia banyak keluarkan jenama baby carrier jenis SSC yang ergonomik seperti Cuddle Me, Andrea, Bobita. Jadi bagi saya, baby carrier buatan Indonesia adalah antara yang terpercaya kualitinya ๐
.
Baiklah, mari kita mulakan review:
#1 HARGA – murah!
NaNa SSC terdapat dalam dua saiz:
Standard Size RM149
Toddler Size RM179
(*kalau ada yang nak tanya, apa beza dua saiz ni, nanti saya cerita ok?:-))
Sehingga saya tulis review ini, harganya masih segitu dan PROMO FREE POSTAGE masih berlangsung ni FB Rasmi NaNa Baby Carrier Malaysiaย (klik untuk terus ke FB tersebut).ย Saya tak dapat pastikan sampai bila akan ada promo free postage ni. Pada saya harga NaNa SSC ni antara yang paling ekonomi yakni MURAH untuk kategori BABY CARRIER ERGONOMIC & ASLI seiring dengan kualitinya.
Ini gambar masa kali ke-2 pakai, nak rasmi keluar dari rumah โบ |
Waktu ni baru balik dari pasar tani, dia dah tertidur dari kat sana lagi. |
Kadang-kadang macam ni lah bila work from home. Anak nak berdukung je. Adalah solusi, pakai carrier! |
Paling bahagia bila anak tertidur dalam dakapan. Ye tak? |
Selain itu, saya juga menggunakan NaNa SSC saiz toddler untuk anak saya yang sulung berusia 4tahun+. Walaupun tak guna kerap macam untuk adiknya, yelah budak besar kan…boleh jalan dah. Tapi ada masa- masa tertentu kami akan guna juga. Misalnya ke pasar tani (tempat sesak), dan travel. Di mana kalau perlu bergerak cepat dan untuk menjaga keselamatan, memang kami prefer carry dia macam orang lain juga, mungkin akan dukung anak umur 4/5 tahun ni bila tempat sesak dan mungkin nak bergerak cepat. Maklumlah budak-budak ni kadang banyak akal kan, kita nak pergi depan…dia sibuk menyinggah sana sini :p atau kita nak berjalan, dia sibuk nak berlari. Jadi ada waktu-waktu tertentu memang patut carry/dukung mereka. Setuju kan?
Tengok tu, dia pun join pilih & tengok parang dengan ayahnya :p |
Menurut suami saya yang menggendong guna toddler carrier ni, memang selesa dan sangat membantu berbanding nak dukung budak berbelas kilogram ni dengan tangan memang sakit ler. Bila tanya anak, best tak dalam carrier ni? Dia pun suka. Malah kalau offer di-carry dia tak menolak, malah beberapa kali tertidur dalam carrier jugak. Menunjukkan ianya selesa untuk anak yang di-carry juga. Alhamdulillah ๐
#3 PRAKTIKAL – mudah disimpan!
Antara ciri kegemaran saya untuk NaNa SSC ni ialah, ia ringan, tidak bulky, dan sangat mudah di lipat/gulung untuk disimpan. Ada beg kain juga diberi percuma. Jadi boleh lah guna untuk tujuan penyimpanan ๐
Ini guide untuk lipat dari IG NaNa Indonesia, saya screen shot. |
#4 WARRANTY – 2tahun!
Ya, warranty 2tahun ni antara yang sangat lah memberi ketenangan dan jaminan. Waktu beli tu akan disertakan satu flyer, tapi jangan buang flyer tu! Itu bukan sebarang flyer tau, ia juga merupakan warranty card untuk carrier tersebut sebab ada details tentang carrier kita termasuk tarikh pembelian di situ. Selain itu, maklumat asas carrier terdapat pada tag kain setiap carrier juga ๐
#5 TAK PANAS – Kain 100% Cotton
Inilah perbezaan antara saiz Standard & Toddler untuk NaNa SSC Baby Carrier. |
Kat Korea! Haha…takdelah, kat Penang ni, depan kedai Grocery Korea. |
Masa ni tengah beratur nak naik flight ke Aceh, Indonesia. |
Ini kali pertama kami terbang berempat. Masa ni baru tiba di KLIA2 dari Kuala Terengganu. Alhamdulillah dengan NaNa SSC memudahkan perjalanan dan pergerakan kami walaupun dengan anak-anak kecil. |
Ini pula ketika di Pulau Sabang, Aceh Indonesia. |
Boat ride ni sekejap je. dalam 1minit, dari pantai ke hotel. Sebab tu tak turunkan si abang tu. Senang carry je dia sebab nak naik turun bot kan. |
Masa ni baby 5bulan+ first time nak naik flight, jadi bergambar la kenangan sikit. |
Haha…siapa suka adventure? Korang memang kena spare carrier macam kitorang ok? Tu lobi hotel yang kitorang booking kat Pulau Sabang, Aceh, Indonesia. Tinggi okeh… |
Masa ni kat IOI Mall Putrajaya. Si adik dah tertidur dalam dakapan si ayah. Ayah pun boleh la layan hp. Agak-agak kalau tak pakai carrier, dukung anak yang tengah tidur boleh ke nak pegang hp? :-p |
Hero pendakian kami. Destinasi yang dituju: nun di atas sana. Si ayah carry si abang, saya carry si adik tau. Nasib baik both kami pakai carrier. Tapi takde pulak gambar saya tengah mendaki ๐ |
Flying! Ini nak ke mana dari mana ntah tak ingat…hahaha…banyak kali sangat dah kitorang travel ni ha… |
Langkawi! shopping sakan. Korang kalau nak gi Langkawi sila pakai carrier jugak okey? hehe… |
Lama sangat tunggu boarding, adik dah tertidur dulu. Abang ambik chance la nak peluk adik ๐ |
Melawat tapak projek :p |
Ini di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan! Nak shopping senang memang korang kena pakai carrier jugak ok? |
Ambik angin petang di tepian sungai. |
Kota Bharu, Kelantan. Sarapan di Kopitiam Kita. |
Melawat rumah dinosaur :p |
Marang, Terengganu. |
Kidzoona, Aeon Kota Bharu. Masa ni tengah teman si abang main. |
Shopping barang keperluan harian di Giant. |
Nak beli barang baby? Layariย www.markassikecil.com.myย untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.