Ini adalah salah satu lagi resepi masakan ringkas yang mak-mak selalu buat. Bukan sahaja cepat disediakan malah ia adalah resepi yang mesra ekonomi :p Kenapa begitu? Kerana kita boleh gunakan ikan goreng tak habis semalam. Bagus kan? Tapi make sure simpan ikan goreng tu elok-elok, dalam peti ais ke…ok?
BAHAN-BAHAN
(2orang makan)
2 ekor ikan kerisi/kembung
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3 biji cili padi
1/2 biji tomato
2 sudu besar pati asam jawa
Air, Gula & Garam secukup rasa
CARA-CARA
#1
Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng garing dan ketepikan. Jika guna ikan semalam, dah siap goreng, tak payah la goreng lagi sekali :p
#2
Hiris bawang putih dan besar. Tumis hingga naik bau bersama daun kari.
#3
Masukkan pati asam jawa dan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
#4
Setelah mendidih, masukkan ikan, cili padi yang dibelah, tomato, garam dan gula secukup rasa. Renehkan semua seketika. Siap~
Makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya~!!!
SELAMAT MENCUBA
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.