Ini adalah menu ringkas apabila kering idea nak masak apa. Kalau malas masak, ini antara lauk pemalas tapi sedap…hehe…anak suka…bapak anak pun kata sedap jadi saya pun share lah kat sini 😉
BAHAN-BAHAN
(2orang makan)
4 ketul ayam (kepak/dada/peha)
5 batang cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
Garam & Gula secukup rasa
CARA-CARA
  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng hingga masak / garing. Ketepikan.
  2. Kisar cili, bawang besar, dan bawang putih.
  3. Tumis bahan kisar hingga kering. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sekata. Masukkan cuka dan sos ikan (kalau takda sos ikan pun takpa, jadi jugak)
  4. Tambah garam secukup rasa. Tambah gula. Automatik warna merah akan naik selepas masuk gula. Jika nak kurang pedas, banyakkan gula. Memandangkan saya ada anak kecik umur 2tahun yang nak makan, jadi saya masukkan 3sudu besar gula.
  5. Lepas dah rasa semua cukup masin, manis, pedas, masukkan daun limau purut yang dikoyakkan. Gaul satu minit. Tutup api dan SIAP~!!!
Makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya~
SELAMAT MENCUBA
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *