Saya salah seorang peminat all day sandwich SUBWAY. Tapi harganya yang tak berapa nak murah membuatkan ia agak jarang untuk saya nikmati :p Oleh itu saya cuba-cuba buat sendiri di rumah. Memang mengubat rindu mengidam nak makan Subway secara kerap.
Kenapa dipanggil all day sandwich? Kerana ia boleh di makan tak kira waktu. Pagi, tengah hari atau malam dan ianya mengenyangkan. Bahan-bahan yang saya gunakan juga bahan asas yang mudah diperoleh di supermarket seperti Tesco atau pasar raya besar Mydin.
BAHAN-BAHAN
(untuk 2org)
4 keping roti sandwich
2 keping lof daging ayam
2 keping cheese
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos cili/tomato
6 hiris tomato
4 keping salad saiz kecil
CARA-CARA
#1
Rebuskan lof daging ayam hingga masak. Sekitar 10minit tu dah masak, naik bau wangi ayam dan air rebusan jadi keruh antara tanda lof dah masak.
#2
Susun roti atas dulang ketuhar. Sapukan mayonis dan sos pada roti. Letakkan lof daging ayam yang telah direbus dan kepingan cheese.
#3
Masukkan ke dalam ketuhar (saya punya toaster oven. Tiada kawalan suhu. Hanya kawalan masa/minit). Saya panggang selama 3minit sahaja.
#4
Setelah itu, keluarkan dari ketuhar, bolehlah letak hirisan tomato, salad, dan serbuk bawang putih.
#5
Satukan semua dan siap untuk dinikmati 🙂
Senangkan aje kan? Kot-kot malam takmau makan nasi, boleh makan ni, sedap lagi kenyang. Berkhasiat dengan semua nutrisi piramid makanan. Sesuai untuk seisi keluarga.
Kalau-kalau nak tambah extra loaf, extra cheese pun boleh. Ikut selera masing-masing.
SELAMAT MENCUBA~!!!
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.