Kini ibu bapa di Malaysia makin mengenali penggunaan baby carrier yang banyak memberi manfaat kepada anak mereka serta ibu bapa itu sendiri. Ramai yang makin memahami tentang baby carrier yang ergonomik dan baik. Untuk baca tentang serba ringkas tentang beberapa jenis baby carrier, boleh klik di sini.
Tapi,
  • Setelah mengenal jenis baby carrier yang baik seperti SSC (Soft Structure Carrier), menjadi persoalan tentang harganya. Ada ibu bapa yang mencari-cari baby carrier yang baik tetapi tidak tahu range harga baby carrier yang baik di pasaran Malaysia. Baby carrier yang baik ini bermaksud: ia ergonomik, menepati ciri-ciri keselamatan, kukuh, selesa, tidak membahayakan postur tulang, dan asli. Awas terdapat banyak baby carrier tiruan di pasaran Malaysia pada hari ini.
  • Setakat hari ini, belum ada SSC baby carrier yang baik dan selamat harganya di bawah RM100. Ini wajar kerana material untuk membuat baby carrier bukanlah calang-calang. Bucklenya haruslah heavy duty, dari material yang tahan lasak dan khas untuk baby carrier yang mampu menampung minima belasan kilogram. Bucklenya tak sama macam beg tadika anak-anak kita ye. Selain itu, harga baby carrier berbeza juga kerana material kainnya yang pelbagai. ada yang dari cotton, canvas, 3D-Mesh, dan juga woven material, iaitu yang termahal boleh mencecah ribuan ringgit dan tiada hadnya.
  • Selain material, perbezaan harga dari seratusan ringgit ke ribuan ringgit ini ada beberapa faktor. Antaranya; negara pengeluar. Ada yang buatan China, Vietnam, Amerika, India, Indonesia, dan juga Malaysia. Ini menyebabkan kos pengeluaran carrier itu sendiri akan berbeza. Selain itu, kos shipment dari negara-negara tersebut juga menyumbang kepada perbezaan harga tersebut. Sesetengah carrier dari luar negara perlu melalui akredetasi tertentu dan cukai kastam. Itu juga merupakan kos dan ia bukanlah murah. Setiap baby carrier juga mempunyai ciri-ciri khas tersendiri seperti aksesori dan keistimewaan masing-masing dan ini turut menjadi faktor perbezaan harga bagi setiap baby carrier walaupun dari jenama yang sama.
  • Tanpa membuang masa, mari kita lihat harga-harga baby carrier yang terdapat di pasaran Malaysia secara online dan offline.
Ergo & Boba adalah jenama yang paling mudah kita temui di keda-kedai barangan bayi.
  • ERGO original (asli) harganya bermula dari RM400++ hingga RM600++. Jenama Ergo ini paling banyak yang tiruan beredar di pasaran dunia termasuk Malaysia. Harga Ergo tiruan boleh diperoleh dari RM50++ di kedai-kedai borong barangan bayi. Jadi awas, ada juga penjual yang menjual Ergo tiruan dengan harga seperti yang asli. Adakalanya mereka kononya memberi diskaun sehingga 70% untuk Ergo asli walhal ianya adalah Ergo palsu. Jadi berhati-hatilah ye kerana kualiti Ergo tiruan amatlah dikhuatiri kerana ia diperbuat dari material bermutu rendah. Ada banyak kes bucklenya pecah dan jahitan terputus mengakibatkan bayi jatuh dan ada yang koma. Ia amat memilukan. Ergo asli boleh di dapati di kedai barangan bayi seperti Mothercare.
  • BOBA juga mempunya banyak variasi baby carrier jenis SSC. bermula dari harga RM200++ untuk Boba Air. Namun Boba Air tidak begitu sesuai untuk kegunaan jangka masa panjang kerana materialnya dari nylon dan banyak kekurangan. Anda boleh google ciri-ciri Bobita Air ini. Seterusnya Boba ada juga siri 3G dan 4G. Ini adalah baby carrier pilihan ramai kerana ia mudah didapati di kedai-kedai dan ciri-cirinya lebih baik dari Boba Air. Harganya bermula dari RM400++ hinggalah RM500++. Kadangkala ada kedai membuat sale, dapatlah harga RM300++ tapi tidaklah selalu.

 

Onya dan Moby Go
  • ONYA adalah satu jenama yang boleh didapati di kedai-kedai bayi terpilih seperti Lunatots. Ada beberapa jenis siri SSC dari jenama ini. Harga normal adalah RM500++. Namun jika bernasib baik, adakalanya kedai-kedai membuat promosi dan boleh didapati dengan harga RM400++.
  • MOBY GO juga boleh di dapati di kebanyakan kedai barangan bayi seperti Mothercare dan Manjaku. Harganya RM200++. Namun mengikut review, ia mempunyai sedikit kekurangan berbanding SSC jenama lain kerana pemakaiannya perlu disilangkan talinya. Jika ingin membuat back carry terutama buat para ibu, akan mengalami kejanggalan dan mungkin tidak selesa.

 

Pognae dan Manduca
  • POGNAE boleh didapati juga di butik-butik bayi terpilih. Harganya sekitar RM300++. Adakalanya terdapat diskaun menjadikannya sekitar RM280++. Ia dilengkapi dengan mesh untuk pengudaraan. Ia antara pilihan untuk bayi yang berbadan kecil kerana saiznya yang kecil.
  • MANDUCA masih boleh ditemui di kedai-kedai barangan bayi namun kurang. Harganya bermula dari RM599 ke RM699 pada kebiasaanya. Manduca mempunyai ciri-ciri istimewa, antaranya ialah buckle Manduca adalah military grade dengan ciri keselamatan 3-point lock system. Anda boleh saja google image ‘buckle manduca’ dan anda akan dapat melihat bagaimana rupanya.
Bobita dan Cuddle Me
  • BOBITA agak sukar ditemui di kedai-kedai barangan bayi. Namun dengan mudah boleh dibeli secara online kerana terdapat pengedar rasmi jenama Bobita di pasaran Malaysia (klik di sini untuk ke page rasmi Bobita Malaysia). Harganya sekitar RM200++. Bobita memiliki hampir semua ciri-ciri baby carrier SSC yang baik. Bucklenya sama seperti jenama Manduca dan Lenny Lamb iaitu dari military grade dengan ciri keselamatan 3-point lock system. Ia juga dilengkapi 3D-Mesh untuk pengudaraan agar bayi tidak panas. Selain itu, terdapat aksesori seperti foot rest dan purse strap yang tidak didapati pada kebanyakan baby carrier lain. Salah satu keistimewaan Bobita Gen2 SSC juga adalah dengan kehadiran panel cover yang bercorak. Ianya boleh dipasang atau dibuka. Jadi ibu ayah semua boleh bertukar-tukar corak panel cover carrier anda kerana panel cover tersebut juga boleh dibeli secara berasingan. Adakala anda ingin pakai baby carrier tanpa corak. Adakalanya anda mahu pakai bercorak. Tiada masalah. Dengan satu baby carrier Bobita Gen2 SSC, anda seolah-olah mempunyai banyak baby carrier dengan pelbagai gaya. Ia datang dengan standard size di mana sesuai dipakai dari bayi 4bulan hingga berat anak 20kg. Selagi anak belum 20kg, boleh pakai. Tiada had umur. Rata-rata yang menggunakannya sehingga anak berumur 3-4tahun. Ada juga yang menggendong anak yang berusia 5tahun dengan Bobita Gen2 SSC ini~!!!
  • CUDDLE ME boleh di dapati dari harga RM170++. Setakat ini belum pernah lagi jumpa jenama ini dengan harga RM200 ke atas. Jika anda jumpa penjual dengan harga lebih RM200, itu adalah mahal dan anda boleh dapatkan dengan lebih murah dari penjual lain. Cuddle Me sesuai sebagai baby carrier bajet dan jika anak anda bertubuh kecil kerana baby carrier ini bersaiz kecil. Anda mungkin tidak dapat menggunakannya untuk jangka masa yang lama.

 

Jumpsac, Snuggbaby, dan Tugeda
  • JUMPSAC adakalanya boleh didapati di kedai barangan bayi seperti Fabolous Mom. Namun stock selalunya terhad. Terdapat pelbagai jenis SSC keluaran Jumpsac dan harganya bermula RM300++ dan ke atas.
  • SNUGGBABY juga adakalanya boleh didapati di kedai barangan bayi seperti Fabolous Mom. Namun stock selalunya terhad. Terdapat pelbagai jenis SSC keluaran Snuggbaby dan harganya bermula RM300++ dan ke atas.
  • TUGEDA terdapat beberapa variasi dalam rekaan SSC-nya. bermula dari harga RM200++ hinggalah RM400++ dan mungkin lebih bergantung kepada ciri-ciri tambahan bagi setiap SSC.

 

Tula, Emeibaby, dan Fidella
  • TULA baby carrier amat sukar untuk ditemui di kedai barangan bayi namun boleh dibeli secara online. Harganya bermula dari RM499 dan RM570 ke atas.
  • EMEIBABY turut dikenali sebagai baby carrier hybrid. Ia seperti gabungan wrap dan SSC. Harganya sekitar RM700++.
  • FIDELLA pula boleh didapati secara online. Harganya RM500++. Diperbuat dari material woven atau woven wrap conversion.
Madame  Googoo, Kokadi, dan Lennylamb
  • MADAME GOOGOO terkenal dengan rekaannya yang unik dan pelbagai. Harganya antara yang termahal sekitar RM800++ hingga ribuan ringgit.
  • KOKADI Flip pula daripada material woven atau dari woven wrap jenama Kokadi sendiri. Terdapat pelbagai saiz, harganya dari RM600++ dan ke atas.
  • LENNYLAMB juga terkenal. Namun hanya terdapat secara online. Bucklenya sama dengan SSC jenama Bobita dan Manduca iaitu dari military grade dengan ciri keselamatan 3-point lock system. Namun harganya lebih mahal iaitu dari RM600++ dan ke atas berbanding Bobita hanya RM200++. Harganya mahal kerana ianya diperbuat dari material woven. Material woven ini jika ada yang tidak tahu, kainnya seperti pashmina. Tapi lebih tebal. sesuai untuk menggendong bayi.
  • Ini antara harga baby carrier jenis SSC yang ergonomik dan asli  yang boleh didapati di pasaran Malaysia. Ada lagi beberapa jenama lain yang boleh didapati. Yang saya kongsikan ini sebahagian daripadanya yang bermula RM170++. Ingat ye. Tiada yang lebih murah daripada itu setakat ini. Jika ada, ia mungkin baby carrier tiruan atau tidak ergonomik malah membahayakan. Lebih mahal harga carrier tidak bermaksud ia lebih baik. Ada juga baby carrier yang berharga RM500-RM600 tapi tidak ergonomik malah merbahaya. Ia mungkin mahal hanya kerana jenama. Tetapi rekaannya membahayakan bayi dan anda juga sebagai penggendong. Untuk lihat baby carrier yang mungkin berbahaya boleh klik [di sini].
MOGA BERMANFAAT
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

 

Share

You Might Also Like

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *