Kisah Speech Therapy #4 #5 #6

Sesi terapi ke-4: Rangsang anak berfikir menjawab soalan.

Sesi ke-4 ini adalah 2minggu setelah sesi ke-3. Sebelum ini sesi 1,2,& 3 dibuat setiap minggu. Alhamdulillah atas perkembangan Wafiy yang positif, Sesi seterusnya adalah 2-minggu sekali. (untuk baca kisah Speech terapi yang terdahulu boleh klik di link berikut; ok?) Kisah Speech Therapy 1, Kisah Speech Therapy 2, Kisah Speech Therapy 3.

Antara masalah yang dihadapi dalam pertuturan Wafiy ketika ini ialah dia akan mengulang perkataan terakhir yang kita sebut. Contoh situasi, ada patung singa dan robot, kita nak dia pilih. Jadi soalan kita: “Wafiy nak singa atau robot?” Jawapan Wafiy pasti akan sebut “Robot” walaupun sebenarnya dia nak singa.

Ini berlaku kerana dia tidak menjawab dengan berfikir, Sekadar mengulang perkataan yang terakhir untuk dia sebut kembali. Jadi, kita kena ‘paksa’ untuk dia berfikir. Jangan beri singa itu kalau dia sebut robot. Paksa untuk dia sebut juga singa. Kalau dia sebut robot, bagi dia robot. Jangan bagi dia singa. Jadi secara tak langsung, membuatkan dia boleh berfikir. Apa yang patut dia jawab untuk dapatkan singa tu.

Tapi puan Ruby kata, Wafiy ni baik sangat. Walaupun sebenarnya dia nak singa (dari reaksi tubuh – kerana dia cuba nak capai singa tu dari tangan Puan Ruby), tapi bila dia dapat robot, dia terima seadanya :p Jadi jika nak guna trik ni, kena cari benda yang betul-betul dia nak sangat dan benda yang tak best langsung (yang dia taknak sama sekali), dan paksalah dia sebut perkataan tu sampai betul, baru kita bagi benda tu. Sebab antara singa dan robot, walaupun dia lebih minat dengan siga, bila dapat robot pun ok je. Macam best jugak robot  ni. Jadi trik tu tak membantu untuk ‘memaksa’ dia berfikir sebelum bercakap.

Alhamdulillah, memang lepas balik terapi, kami ulang-ulang di rumah untuk semua benda macam nak susu atau cawan? Nak Dinosaur atau baju? Nak spiderman atau sudu? Lepas seminggu dua, memang Wafiy dah boleh menjawab soalan dengan baik (boleh jawab dengan betul apa yang dia nak sebenarnya).

Sesi terapi ke-5: Kenalkan dengan kata sifat. Contoh Besar & Kecil

Di sesi ke-5 ini fokus kepada mengenal kata sifat. Puan Ruby menggunakan flash card yang menunjukkan gambar-gambar perbuatan, sifat-sifat, kata-kata berlawanan. Biasanya kita jumpa flash card ABC, 123, Warna, Haiwan, Benda dan sebagainya kan? Bukan tak bagus, tapi ia tak cukup.

Jadi lepas aje terapi tu, saya cuba cari flash card kata sifat macam yang Puan Ruby tunjuk tu. Memang susah nak jumpa. Kebanyakan kedai buku jual yang ABC, 123 dan seangkatan. Akhirnya jumpa juga di kedai buku POPULAR. Alhamdulillah.

Dengan Flash card ni memang banyak membantu dalam memperbanyakkan kosa kata untuk Wafiy berkomunikasi. Selain dari Flash Card, boleh juga cari buku-buku dengan gambar yang ada kata sifat (tinggi-pendek, basah-kering, besar-kecil). Penggunaan buku cerita adalah antara pilihan sebab banyak gambar perbuatan dalam gambar. Dalam gambar mungkin anak burung terbang, Singa berlari, Kakak sikat rambut dan sebagainya.

Sesi terapi ke-6 (Sesi Terakhir): Teruskan ajak bermain dan bercakap.

Sesi ke-6 ini adalah sesi terakhir Wafiy menjalani terapi. Kata puan Ruby, perkembangannya laju. Impressive. Alhamdulillah. Puan Ruby sarankan teruskan semua aktiviti yang telah dibuat sejak Sesi Terapi 1 hingga yang terakhir ini. Nampaknya method-method itu sangat berkesan terhadap Wafiy. Teruskan ajak bermain dan bercakap. Dan yang pasti pada ketika ini Wafiy telah kami Stop Gadjet 100%. Mungkin itu juga penyumbang kepada keberkesanan terapi yang dijalanlakan.

Untuk melihat apa aktiviti Wafiy yang telah dibuat sebelum ini, boleh tengok di: Kisah Speech Therapy 1, Kisah Speech Therapy 2, Kisah Speech Therapy 3.

Moga bermanfaat.

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *