Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim.
Saya bukanlah yang arif tentang speech therapy, apa lagi pakar speech therapy. Saya hanya seorang ibu yang memiliki seorang anak lelaki; Wafiy, yang mengalami ‘speech delay’ atau ‘late talker’ atau bahasa melayunya, lewat bertutur. Di sini, saya ingin berkongsi secebis pengalaman saya dalam menjalani speech therapy buat Wafiy.
  • Sebelum itu, apa itu speech delay?Β Secara ringkasnya speech delay adalah apabila seorang kanak-kanak tidak bertutur atau menggunakan perkataan dalam komunikasinya sepertimana kebanyakan kanak-kanak seumurnya.
  • Macam mana saya sedar Wafiy mengalami speech delay?
  • Pertama: Sekitar Wafiy berumur 2tahun, Saya tengok posting2 kawan-kawan saya di FB yang ada anak seumur Wafiy dan yang lebih muda. Ada yg sering up status perbualan dengan anak mereka. Malah ada yang rajin upload video anak mereka bercakap dan sebagainya. Dari situ saya perasan, eh… Wafiy kenapa tak macam ni pun. Tapi saya tak gusar sangat masa tu. Dalam fikiran, perkembangan budak lain-lain. Alahh…budak perempuan memang cepat bercakap. Kalau nampak budak lelaki pulak yang petah bercakap…oh anak dia memang jenis cepat dari biasa ni… Budak-budak umur-umur ni takdela nak kena cakap sebanyak tu. Jadi, saya masih bertenang dan beranggapan sampai masa, Wafiy akan bercakap seperti mereka yang lain juga.
  • Kedua: Wafiy memang tak suka nak ikut apa yang kita ajar sebut. Walaupun perkataan susu pun dia refuse untuk sebut. Dia akan sebut lah sesuka dia apa-apa bunyi. Bahasa jerman kata orang. Tapi kalau lagu Ya Hanana (waktu tu tengah top kat TV, hari-hari tv Al-Hijrah pasang), selawat-selawat, dia boleh ikut pulak nyanyi. Lepas tu lagu kanak-kanak kat youtube tu rata-rata dia boleh ikut walaupun ada sebutan yang tak jelas. Tapi kalau kami yang ajar perkataan, dia sangat susah nak ikut. Jadi bila dia nak cakap sesuatu, dia dengan bahasa dia saja. Walaubagaimanapun menjengah usia 2tahun 6bulan, Wafiy faham arahan ringkas yang diberikan seperti suruh simpan sesuatu atau buang sampah. Dia juga boleh menyebut dan mengenal anggota badan, binatang-binatang, dan juga spesis-spesis dinosour. Namun, di usia 2tahun 10bulan, ia bukan perkembangan yang wajar. Wafiy tak boleh buat ayat lebih dari 2 perkataan. Kosa katanya terhad pada dua perkataan sahaja seperti ‘gosok gigi’ atau ‘roti canai’. Oh ye, dia tahu bezakan roti canai & roti biasa. Tapi dia takkan cakap ‘nak roti canai’. Dia cuma akan cakap ‘roti canai’ kalau dia nak roti canai. Walaupun ada peningkatan, namun ianya tidak signifikan dan agak lambat. Tidak sesuai dengan umurnya yang akan menyambut ulang tahun ke-3 nya tidak lama lagi.
  • Ketiga: Pada usia 2tahun 4bulan, kami mula hantar Wafiy ke taska. Sebelum ni 24jam hanya bersama saya di rumah setiap hari. Kami berharap di taska Wafiy dapat belajar berkawan dan tidaklah bosan di rumah kerana di taska banyak aktiviti. Setelah 3bulan dia dihantar ke taska, saya sempat berbual dengan salah seorang pengasuhnya. Pengasuhnya beritahu, nak ikutkan usia, Wafiy dah agak tua lah untuk berada di bilik/kelas ini. Tapi Wafiy masih belum boleh bercakap, jadi mereka tak tukarkan lagi kelas Wafiy sebab khuatir Wafiy dibuli atau modul kelas sana tak dapat Wafiy catch-up kerana Wafiy sepertinya belum bersedia walaupun umurnya sudah hampir 3tahun.Taska Wafiy ni memang bagus. Mereka sangat prihatin dan teliti betul dengan perkembangan anak-anak di situ. Dengan erti kata lain, Wafiy macam tak boleh naik kelas sebab tak perform…hehe… Camtu lah kan analoginya. Tapi cikgu-cikgu tu terkejut juga bila mereka pasang selawat di kelas Wafiy boleh ikut selawat satu persatu dengan baik. Walaubagaimanapun, dari segi pertuturan dan komunikasi, ia tetap tidak normal untuk Wafiy yang hampir berusia 3tahun.
Faktor Wafiy lambat bercakap:
  • Pertama: Bila balik rumah mak (tok Wafiy), mak saya cakap Paksu Wafiy, iaitu adik saya yang bongsu pun macam ni lah dulu masa kecik-kecik. Bercakap tak faham apa. Bila ke rumah sepupu, sepupu saya pun cakap Wafiy ni macam adik saya yang bongsu tu jugak. Masa kecik-kecik cakap banyak, tapi orang tak faham. Lepas tu, kalau ke rumah pakcik saya, dia kata Wafiy macam kakak saya pulak. Cakap mulut banyak tapi tak paham apa. Okey. Dari situ saya beranggapan speech delay Wafiy sebab keturunan? Haha…mungkin. Tapi itu cuma memberi kelegaan yang sementara.
  • Kedua: Faktor yang paling famous ialah pendedahan terhadap gajet/video yang terlalu awal dan mungkin berlebihan. Alhamdulillah Wafiy tidak addicted atau ketagihan terhadap gajet. Malah jika di luar, dia sangat aktif dan lasak. Dia bukan budak yang boleh diumpan dengan gajet/video untuk duduk diam kalau kami nak makan di kedai dengan tenang. Dia takkan layan. Dia akan melawat kawasan sini dan sana. Jadi saya dan suami perlu makan secara bergilir. Seorang makan dan seorang lagi perlu escott Wafiy. Namun, apabila di rumah dia mungkin kebosanan. Mainan yang sama dan sedikit mungkin membosankan. Jadi dia akan meragam. Menangis. Budak-budak apa lagi yang dia boleh buat kan? Oleh itu, cara mudah untuk mengisi masanya ialah dengan tontonkan dia dengan video-video. Dari umurnya lebih kurang setahun, hinggalah kini hampir 3tahun. Walaupun Wafiy tidak ketagihan, dia cuma menonton apabila bosan di rumah, setelah semua mainan dah habis main sahaja, namun saya tidak dapat menafikan ia mungkin menjadi faktor lewatnya Wafiy bertutur ditambah faktor keturunan tadi. Haha…mungkin lah kan~
Atas kesedaran dan kerisauan, kami telah mendaftarkan Wafiy untuk menjalani speech therapy. Bermulalah kisah speech therapy Wafiy bersama Puan Ruby Izyan Atika, seorang pakar speech therapy di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Ini ialah speech therapy swasta, dengan bayaran RM80 sejam. Perlu buat temujanji juga. Tak boleh main redah aje ok~
Setibanya kami ke dalam bilik Puan Ruby, Wafiy terus di ajak duduk untuk bermain permainan seperti dalam gambar ini. Ada butang, bila ditekan akan keluarlah haiwan-haiwan itu. Ini bertujuan untuk melihat bagaimana Wafiy memahami tentang cause & effect. Untuk pertemuan pertama ini adalah lebih kepada sesi screening atau mengesan sebarang masalah pada Wafiy. Sedikit soal jawab antara kami juga dibuat untuk Puan Ruby mendapat gambaran bagaimana keadaan pertuturan Wafiy.
Ini antara aktiviti yang dilakukan pada sesi pertama speech therapy tersebut:
1 Permainan cause-effect. Wafiy Lulus.
2- Pemainan memasukkan permainan berbentuk bulat/bintang/segiempat ke lubang mengikut bentuk. Wafiy Lulus.
3- Permainan sort barang ikut bentuk/warna yang sama untuk menguji tumpuan. Wafiy Lulus.
4- Permainan ajak sebut nama binatang dari gambar-gambar dan patung. Separa lulus sebab Wafiy agak berminat sebahagian haiwan sahaja. Terutamanya harimau.
5- Cubaan ajak berbual dengan tanya benda-benda, kadang-kadang dia jawab, kadang-kadang dia sebut sesuka hati, bahasa yang tak diketahui.
6- Puan Ruby tanya-tanya dengan kami beberapa soalan seperti kebolehan Wafiy terima arahan, ada apa-apa tabiat Wafiy di rumah dan sebagainya. Ia penting untuk mengesan gejala autism. Alhamdulillah, Wafiy setakat ini tidak mempunyai petanda autism menurut pemerhatian Puan Ruby. Namun ada beberapa kekhuatiran apabila Wafiy kelihatan agak obses dengan patung harimau dan apabila kami memaklumkan yang Wafiy sering mengajuk apa yang orang cakap atau tanya kepadanya. Contoh, kita tanya siapa tu? Dia akan ulang, siapa tu? Tanpa menjawab itu ayah atau sebagainya.
7- Kami diminta untuk meninggalkan Wafiy dan Puan Ruby di bilik therapy dan menunggu di luar. Sekitar 15minit, kami dipanggil masuk semula. Kata Puan Ruby, tadi dia tunjukkan/baca buku dengan Wafiy. Setakat ini boleh ikut apa yang disebut. Tapi bukan semua dia nak ikut. Dan dia tidak spontan untuk menyebut sesuatu yang dilihatnya di buku melainkan di tanya atau disebut dahulu.
8- Sebelum wrap-up, kami juga diberi saranan bagaimana untuk meransang seorang kanak-kanak untuk bercakap. Kami akan praktikkan. Insyaallah.
  • Demikianlah 1jam sesi pertama speech therapy Wafiy. Lebih kepada untuk mengesan apa kelemahannya dan insyaallah sesi therapy yang bersesuaian akan dirangka oleh Puan Ruby untuk sesi yang akan datang.
  • Jadi, setelah pulang dari sesi tersebut, berkobar-kobarlah kami nak melakukan perubahan dalam rutin harian agar Wafiy lebih cepat dapat bertutur dengan baik. Langkah pertama, adalah sibukkan dia, agar dia tak ingat langsung untuk minta buka video di laptop. Bagaimana? Ya kena mainlah dengan dia.
  • Wafiy bukan gajet addicted (Alhamdulillah). Dia cuma speech delay. Dan ramai kanak-kanak yang gadget addicted tapi tak speech delay. Dan ramai juga yang kedua-duanya sekali πŸ™
  • Tapi kenapa taknak bagi Wafiy tengok video/laptop/youtube buat sementara ini? sebab video-video ni one-way-communication sahaja. Wafiy ikut apa dialog-dialog dan lagu. Tapi sekadar apa yang dia dengar sahaja lah. Video-video ni biasanya bercakap dalam bahasa inggeris dan laju. Jadi Wafiy imitate apa yang video cakap. Tapi bila salah, video takkan tegur dia. betul tak?Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang bila tengok cerita omputeh ada certain words yang kita tak pasti apa yang diorang sebut. Apatah lagi budak-budak macam Wafiy. Dia ikut je lah apa yang dia rasa dia dengar. Jadi memang ntah apa-apa lah perkataan yang keluar kan. Saya tak menafikan, dengan video Wafiy belajar banyak perkara. Memang banyak. Dia kenal binatang-binatang dan bunyi-bunyinya, menyanyi, dan pelbagai lagi. Dia boleh cakap “Let’s Go”, “Awesome”, dan lain-lain juga hasil dari video. Dia boleh berlakon semula apa yang dari video tontonannya. Sebagai ibu, saya berbangga melihat gelagatnya.
  • Namun, untuk membolehkan dia bertutur, berkomunikasi dengan baik dengan orang lain, tontonan video bukanlah medium terbaik. Jadi kami telah mengikuti nasihat dari Puan Ruby dan hasil bacaan di internet tentang tip-tip untuk menggalakan anak bercakap. Berikut aktiviti-aktiviti yang kami lakukan:

#1 Tambah koleksi buku

Menurut Puan Ruby, dengan membaca buku bersama dengan anak, akan membantunya. Buku yang penuh gambar-gambar yang menarik lebih memudahkan mereka memahami, seperti melihat ikan berenang di laut dan sebagainya. Lepas aje keluar dari kelas therapy, kami terus ke kedai buku Popular, di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya. Kebetulan ada sale pulak. Alhamdulillah πŸ™‚
Memandangkan Wafiy suka sangat tengok video dinosour dan kartun ni, jadi kami pun belilah buku ni. Memang berseri-serilah muka dia bila tengok buku-buku ni :p
So far ini antara koleksi buku yang Wafiy ada setakat entri ini ditulis. Letak di rak yang rendah, mudah dicapai oleh Wafiy. Dia selalu jugak tarik buku-buku ni dan ‘baca’. Kemudian saya atau ayahnya akan temani dia baca dan berinteraksi dengannya berdasarkan apa yang dilihat pada buku πŸ™‚

#2 Main, main, dan main dalam rumah.

Saya akui, sebelum ni kami jarang main dalam rumah. Alasan utama, rumah kami kecik. Tak ada ruang nak main. Mainan tak banyak, sebab kalau beli taktau nak letak mana nanti. Fuhhh… Sangatlah salah cara berfikir macam ni ye πŸ™ Sebenarnya budak-budak terutamanya yang macam Wafiy ni boleh main kat mana-mana pun. Walaupun rumah kami kecik, Wafiy susah nak duduk diam walaupun 10minit. Walaupun dia sebelum ni tengok video youtube, dia akan bergerak sana-sini sama ada berlakon ikut video atau menyanyi dan ikut pergerakan video yang ditontonnya.
Inilah salah satu aktiviti baru kami. Melompat dari pulau ke pulau :p Starting point dari tikar, lompat ke tanda-tanda X dan sampai ke tikar satu lagi. Ya Allah…gembiranya Wafiy waktu pertama kali kami main sama-sama benda ni. Oh ye. Main sama-sama ye. Mak ayah semua lompat jugak ok? Alhamdulillah, memang aktiviti macam ni bukan sahaja menggembirakan Wafiy, saya pun berpeluh-peluh jadinya. Sihat tubuh badan. Insyaallah πŸ™‚

 

#3 Tambah mainan dan buku dari semasa ke semasa.

Saya ikut tips kebanyakan orang share di FB, beli mainan baru secara berterusan dan pelbagai. Supaya ada variasi dan tidak bosan. Rupanya, mainan-mainan lah yang merangsang minda anak untuk menjadi lebih cerdas. Jangan fikir beli mainan ni manjakan anak atau membazir. Jangan sama sekali. Pilihlah mainan yang bersesuaian dengan umur dan minatnya. Kita akan lihat perkembangan positifnya nanti. Insyaallah πŸ™‚
Shopping mainan, buku dan poster di Mydin.
Setup dan hiasan dinding terbaru. Sebelum ni kami memang tak hias apa-apa pun kat dinding, maklumlah rumah sewa aje kan. Alasan lagi…huhu.. Kami setup ni masa Wafiy kat taska. Bila dia balik je, tengok benda ni… Excited sangat dia. Alhamdulillah, sejak ada ni, senang nak ajar perkataan baru πŸ™‚ Yang atas meja tu pulak wooden puzzle yang simple πŸ˜‰
Budak-budak zaman sekarang mesti semua tahu lagu finger family kan? Jadi saya pun belilah finger puppets ni. Alhamdulillah, seronok sangat dia dan dia kenal serta boleh sebut semua 10 nama binatang ni serta bunyi sekali πŸ™‚
Finger puppet ni saya beli online, direct dari China tau. Kat Malaysia ni taktau la ada ke tak yang jual. Sapa-sapa yang nak, boleh roger saya, meh nak tolong belikan πŸ˜‰

#4 Buat aktiviti baru bersama.

Tiap-tiap hari perah otak jugalah saya memikirkan apa yang nak dibuat agar masa terisi dengan baik. Bila ada kelapangan, saya pun selit-selit lah masa untuk ke kedai macam Mr. DIY untuk cari mainan yang berbajet rendah :p
Untuk set colouring ni RM3.90 je. Ada 8 warna dan 4 blok design utk diwarnakan dan setiap blok tu ada 2 pattern which mean menjadikan 8 pattern semua sekali.
Ini antara hasilnya. Pastinya mak Wafiy lah yang buat finishing ni :p Colour ni bukan water colour biasa rupanya. Yang pasti kita tak perlu susah-susah nak bancuh. Dari pack, terus je boleh kaler. Dan uniknya, kaler ni bila kering jadi macam lilin. Jadi kalau macam tumpah-tumpah di meja tu, boleh kopek aje terus. Tanggal semua πŸ˜‰ Oh ye, blok-block hasil seni ni dah disertakan ring untuk buat keychain. Jadi kalau nak, bolehlah guna untuk letak kunci hasil seni anak sendiri πŸ˜‰
Ini antara permainan simple tapi menyoronokkan. Ajak anak untuk sort ikut warna. Pasti anda sangat bangga melihat anak anda mampu melakukannya. Ini antara kemahiran asas untuk merangsang daya tumpuan anak πŸ™‚
Walkie talkie~ dah lama sebenarnya rancang nak beli. Selalu tengok harganya puluh2 ringgit juga kalau di tesco/giant/mydin tapi lain sikitlah dari yang ini. Saya jumpa di Mr. DIY, RM14.90 je. Terus lah beli πŸ™‚ Alhamdulillah, Wafiy happy main benda ni, dia nak ikut cakap juga. Ayahnya baca Al-Fatihah guna walkie talkie ni dari dalam bilik, dia di ruang tamu, dia ikut satu persatu. Harapnya dia akan lebih banyak nak bercakap nanti πŸ™‚

#5 Mainan lama jangan dilupakan.

Tak dinafikan budak-budak ni cepat boring. Dia akan main mungkin sehari dua atau sejam dua atau beberapa minit je mainan baru tu. Waktu ni lah kita repeat mainan lama. Mungkin yang dah seminggu tak main atau yang dah sebulan tak main. Pasti dia akan main macam mainan baru juga πŸ™‚
Ini antara mainan lama Wafiy. Shape blocks ni Mak Long Wafiy hadiahkan sempena birthday Wafiy yang ke-2 tahun lepas. Memang awal-awal dulu tak expert. Sekarang dah terer dah. Seminggu sekali macam tu bagi dia main. Memang nampak skill developing secara signifikan πŸ˜‰
Tower blocks ni Wafiy masih tak pas sampai sekarang. Insyaallah getting better lepas ni πŸ˜‰
Inilah antara aktiviti dalam seminggu ini sejak pulang dari sesi speech therapy pertama yang dapat saya kongsikan. Mungkin hanya 50% dari keseluruhan usaha saya. Sebab tak sempat nak dokumentasikan semuanya :-p Saya akan sambung di entri akan datang setelah sesi therapy speech delay seterusnya ya πŸ˜‰ Kisah Speech Therapy #2.
Β 
Moga bermanfaat~
Nak beli barang baby? LayariΒ www.markassikecil.com.myΒ untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *