4hari 3malam bercuti di Bandung – Day 3 (Kopi Luwak Cikole)

Dari Floating Market Lembang, next stop kami adalah Kopi Luwak Cikole. Kalau yang rajin Google, mesti tau Cikole ni dekat-dekat dengan Tangkuban Perahu. Alkisahnya kami tak plan pun nak ke sini, Kami nak ke Tangkuban Perahu. Elok je sampai di entrance Tangkuban Perahu, hujan agak lebat. Masuk pula Rp200ribu seorang which is sekitar RM60++ seorang. Kami khuatir perjalanan kami tak berbaloi sebab hari hujan dan bayar pun agak mahal kan. Nak round area-area Cikole yang lain pun tak boleh sebab hujan walaupun banyak sangat…

Bobita SSC Toddler Extender. Apa tu?

Toddler Extender adalah aksesori untuk menambah kelebaran body panel Bobita SSC untuk mejadikan ia toddler size. Selalunya, apabila anak semakin besar dan tinggi, kita terpaksa beli carrier baru yang lebih besar. Jadi dengan Bobita Toddler Extender kita tak perlu beli carrier baru. Cukup sekadar beli Toddler Extender sahaja 🙂 Menarik kan? Jimat dan praktikal. Ingin miliki satu? boleh lawati:   www.facebook.com/bobitamalaysia   atau WhatsApp terus: 0102314714 Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

4hari 3malam bercuti di Bandung – Day 3 (Floating Market)

Selepas Farm House Lembang, kami ke Floating Market Lembang pula 🙂 Memang seronok di Floating Market Lembang ni. Kalau anda pernah ke Hatyai, ada juga floating market kan? Tapi ini sangat lah berbeza ye. Memang sangat best terutama kalau bersama anak-anak kecil 🙂 Berikut serba ringkas yang boleh saya kongsikan; Tiket masuk Rp20,000 sekitar RM6 macam tu 🙂 Yang bestnya, tiket masuk tadi boleh redeem air secawan. Memang best. Jadi dapatlah kita menyegarkan diri dengan minuman panas dalam kedinginan suasana Bandung. Nak ambik air…

Berniaga sendiri: Daftar LHDN

Setelah mendaftarkan perniagaan di SSM, membuka akaun perniagaan, mendaftar di KWSP, kini saya melangkah pula ke LHDN untuk urusan berkaitan cukai. Jika kita serius dalam perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaan, kita perlu menguruskan perniagaan dengan cara yang betul dan mengikut undang-undang agar tidak menghadapai masalah di kemudian hari. Apa pentingnya mendaftarkan diri dengan LHDN? Buat apa sukarela nak bayar cukai. Diam-diam dah lah, elok-elok kerajaan tak cari, kita saja nak pi bagi kerajaan duit kita nak buat apa? Hahaaa….ini mungkin yang berada dalam fikiran…

4hari 3malam Bercuti di Bandung (Itenerari a.k.a sinopsis)

Alhamdulillah, kami telah selamat pergi dan selamat pulang dari Bandung, Indonesia. Satu perjalanan yang indah. Ternyata 4hari 3malam sebenarnya tidak cukup untuk menikmati keseluruhan keindahan tanah tinggi ini apatah lagi nak membeli belah di semua kedai-kedai yang best di sini….hehehe~ Entri ini lebih fokus kepada tempat-tempat yang sempat kami lawati untuk jalan-jalan, makan-makan, dan shopping selama 4hari 3malam di sana. Untuk cerita yang terperinci ketika kami di sana, boleh klik pada link-link berikut: . . . . Day1 (Warming-up) Day2 (shopping day) Day3 (Famhouse, Lembang) Day3…

4hari 3malam di Bandung – Destinasi jalan-jalan, Makan-makan, & Shopping.

Alhamdulillah, kami telah selamat pergi dan selamat pulang dari Bandung, Indonesia. Satu perjalanan yang indah. Ternyata 4hari 3malam sebenarnya tidak cukup untuk menikmati keseluruhan keindahan tanah tinggi ini apatah lagi nak membeli belah di semua kedai-kedai yang best di sini….hehehe~ Entri ini lebih fokus kepada tempat-tempat yang sempat kami lawati untuk jalan-jalan, makan-makan, dan shopping selama 4hari 3malam di sana. Untuk cerita yang terperinci ketika kami di sana, boleh klik pada link-link berikut: Day1 (Warming-up) Day2 (shopping day) Day3 (Famhouse, Lembang) Day3 (Floating Market,…

4hari 3malam bercuti di Bandung – Day 3 (Farm House, Lembang)

Hari ke-3 di Bandung~!!! Kalau anda nak baca kisah hari pertama dan ke-dua kami yang sebelum ini, bolehlah klik pada link okey 😉   Pagi ini kami bergerak dari hotel sekitar jam 8.45pagi. Kami tiba di destinasi pertama kami, Farm House, Lembang ini sekitar pukul 9.30pagi. Memang nyaman suasana di sini. Saya tak pernah tau pun tentang Farm House ni. Supir kami bawa, jadi turun je lah kan. Dan apa yang saya boleh katakan, Farm House ni memang super best dan sangat berbaloi untuk…

4hari 3malam bercuti di Bandung – Day 2 (shopping day)

Alhamdulillah, hari pertama kami di Bandung berjalan lancar. Hari ini hari ke dua, hari Shopping 100%. Dari pagi hingga ke malam kami shopping dari satu kedai ke satu kedai sekitar Bandung. Hari ini, kami bergerak dengan MPV yang kami tempah khas dengan bayaran Rp500ribu sehari. Sekitar RM155 sehari. Dari pagi hingga malam, termasuk driver/supir, petrol, toll, parking, dan sebagainya. Untuk kami berlima, saya rasa ia sangat berbaloi. Sebab kalau kat Malaysia, RM150 tu sewa kereta aje kot. Kena drive sendiri, minyak pun kena isi…

4hari 3malam bercuti di Bandung – Day 1 (warming-up)

Alhamdulillah, kami telah ke Bandung, Indonesia pada 27-30 Ogos 2016 yang lalu. Di sini saya coretkan pengalaman kami ketika di sana, moga dapat juga menjadi panduan buat mereka yang ingin juga ke sana terutamanya dengan anak kecil seperti kami 🙂   Kami dah berada di Jakarta beberapa hari sebelum itu, jadi untuk ke Bandung, kami naik minibus, dengan harga tiket Rp120,000 seorang. Sekitar RM37 seorang. Jarak Jakarta ke Bandung adalah sekitar 143km yang memakan masa sekitar 3jam++ perjalanan.   Inilah dia minibus yang kami…

Sarapan di Taman Tun Sardon

Astaka Taman Tun Sardon memang telah menjadi tumpuan sarapan pagi warga Pulau Pinang sejak sekian lama. Tapi kini, para pelancong dari luar turut telah menjadikan Taman Tun Sardon sebagai destinasi sarapan ketika bercuti di Pulau Pinang. Dengan aneka pilihan makanan seperti serabai, nasi lemuni, mi sotong, pelbagai kuih muih dan pelbagai lagi pasti menggamit selera. Tidak hairanlah banyak rancangan TV, artis popular turut singgah ke sini untuk menikmati sarapan di sini. Anda boleh lihat plat Jalan-Jalan Cari Makan, TV3 di kedai-kedai terpilih menunjukkan team…