Kampung Daun. Kalau kita Google tempat makan best di Bandung, pasti Kampung Daun ni akan ada di setiap senarai. Jadi, kami pun tak mahu lah melepaskan peluang untuk ke sini selepas seharian berjalan-jalan ke Farmhouse Lembang, Floating Market,Lembang, dan Kopi Luwak Cikole πŸ™‚
Sesampai saja di sini tak boleh terus duduk. Kita kena pergi kaunter reservation untuk maklumkan kita berapa ramai nak makan dan mereka akan minta kita tunggu sebentar di ruang menunggu. Oleh kerana Wafiy yang dari dalam kereta tidur lena, sampai pindah masuk dalam carrier pun masih tidur lena, kami jalan-jalan lah sikit sementara menunggu.
Selfie sikit di papan tanda πŸ™‚ Wafiy tidur tak sedar apa dalam Bobita SSC yang best tu. Tambah pulak kat sini sejuk, baru lepas hujan. Seronok jugak jadi budak kecik kan :-p
Sekitar 5minit lepas tu, kami dah dapat pondok kami untuk makan πŸ™‚
Kampung Daun ni bukan macam restoran biasa. Kat sini ada puluhan pondok-pondok untuk setiap pelanggan. Jadi bila kita ke kaunter resevation tu, mereka akan check pondok mana yang kosong dan akan berikan pondok tersebut kepada kita. Jadi suasana sangat privasi untuk setiap pondok. Kalau macam kami ada anak kecil ni, memang lagilah suka. Nak menyusu pun senang, anak nak tidur pun boleh baringkan terus di kusyen lantai yang tersedia πŸ™‚ Kalau kita nak sembang-sembang sesama kita pun tak menganggu orang lain πŸ™‚
View dari dalam pondok kami ke luar πŸ™‚
Benda pertama yang mereka hantar adalah air dalam teko ni. Bukan seteko, tapi seorang seteko tau. Menariknya, setiap teko tu bahagian bawahnya adalah cawan. Jadi kita nak minum, tuang aje dalam cawan. Takmau minum letak balik teko atasnya. Jimat space πŸ˜›
Ini set yang kami order untuk makan berempat (kalau campur Wafiy sekcik tu jadi 5).
Memang puas hati makan set ni, ada ikan bakar, ada ayam bakar, sup yang sedap, tempe & tauhu goreng, sambal asli ala Sunda. Memang puas hati. Harga set ni Rp400ribu, Sekitar RM130 duit kita. Ok lah tu…makan tempat best, sedap pulak tu untuk 4-5org πŸ™‚
Wafiy pun makan banyak πŸ™‚
Suasana dalam pondok kami πŸ™‚
Tu tengok tu, Wafiy tengah minum teh dari cawan yang di bawah teko tadi.
Waktu nak balik, hujan pula. Tak sempat kami nak jalan-jalan sekitar Kampung Daun ni. Tempat ni luas, sampai ke atas bukit.
Memandangkan kami tak ada payung, jadi kena lah speed up pergerakan. Mujur ada Bobita SSC ni. Buckle up Wafiy, senang, tak payah susah-susah dukung atau suruh dia lari sendiri. Dengan pantas kami menuju ke kereta πŸ™‚
Ini souvenir shop. Kalau nak beli apa-apa buat kenangan boleh lah juga πŸ™‚
Waktu ni baru pukul 5pm++ rasanya. Tapi dah nak gelap sebab memang Bandung cepat gelap dan kebetulan hujan, jadi mendung lah sikit πŸ™‚
Memandangkan masih ada masa, jadi kami singgah shopping sikit. Tempat ni dinamakan Rumah Kain – Sulam Pesona,Β tak jauh dari Kampung Daun. Ia terletak dalam kawasan perumahan mewah – Komp. Graha Puspa, Chideung, Bandung. Dan rumah kain ini sendiri adalah sebuah Banglo mewah tapi dijadikan kedai kain. Melangkah aje masuk, anda pasti teruja πŸ™‚
Ini sudut telekung. Kami beli telekung sikit untuk sourvenir πŸ™‚
Ini antara telekung travel kami beli untuk bagi-bagi orang. Moga bermanfaat dan memudahkan untuk solat di mana sahaja. Insyaallah.
Memang rambang mata nak pilih πŸ™‚
Yang bestnya kat sini, walaupun dengan anak kecil, kita nak belek kain pun rasa tenang. Sebab tempatnya tertutup. Jadi Wafiy pun masa ni memang happy dan tak boring sebab banyak aktiviti dia boleh buat :-p
Antara suasana dalam banglo ni. Best kan? πŸ™‚
Oh ye, ada surau juga disediakan. Jadi mudahlah nak solat πŸ˜‰
Kakak saya borong sungguh dia…hehehe~
Demikianlah perjalanan kami di hari ke-3 di Bandung. Jika anda nak baca kisah Day-1 dan Day-2 boleh lah klik pada link itu ya.
Kami nak balik dulu, sambung perjalanan di Bandung esok dan terus ke Jakarta πŸ™‚
Jika anda nak beli baby carrier yang best macam kami pakai, boleh lawati:
Nak beli barang baby? LayariΒ www.markassikecil.com.myΒ untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

1 Comment

Leave a Reply to zarith Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *