Pertama kali nak bawa bayi naik pesawat pasti membuatkan ibu-ibu risau dan berdebar. Khuatir akan keselamatan anak dan mungkin juga takut anak menangis di dalam pesawat. Saya juga sebagai ibu ketika pertama kali ingin terbang bersama Wafiy di usianya 3bulan sibuk bertanya pada orang yang lebih berpengalaman dan banyakkan pembacaan tentang membawa bayi atau anak kecil menaiki pesawat. Kini, sudah banyak kali Wafiy menaiki pesawat. Bermula jarak pendek seperti KL-PENANG (40minit), jarak sederhana; KL-BALI (3jam), dan jarak jauh; KL-JEDDAH (9jam). Oleh itu, saya ingin kongsikan pengalaman dan tips membawa Wafiy menaiki pesawat dari umurnya 3bulan hingga 2tahun.
  • Secara umumnya, bayi di bawah umur 2tahun tidak akan mempunyai tempat duduk sendiri. Harga tiket pula flat rate, iaitu RM50 sehala ke mana jua destinasi dengan Air Asia. Jika tiket promo dewasa RM29, tiket bayi atau infant tetap RM50 dan kita perlu meribanya. Manakala jika tiket dewasa mencecah ratusan ringgit, tiket infant tetap RM50 juga. Bagi syarikat penerbangan lain saya tak ingat harga tiket bayi kerana saya kerap menaiki Air Asia sahaja. Malindo Air cuma pernah sekali dan MAS sekali. Belum pernah naik FireFly bersama Wafiy.
  • Selain itu kita juga akan diberikan infant seat belt untuk dipasang pada bayi dan disangkut pada seat belt kita. Bergantung pada kru kabin yang bertugas, ada yang mengatakan jika kita nak peluk anak, kita tak perlu pakaikan anak infant seat belt itu. Ada kru kabin yang strict, dia tunggu dan pastikan kita pakai. Ada yang bagi, dan tak periksa pun Wafiy pakai atau tidak. Sebenarnya leceh pakai infant belt tu. Maklumlah budak kecil, bukan tau duduk diam. Lagi-lagi nak breastfeed. Kejap kiri, kejap kanan. Memang menyukarkan. Kalau anak tidur dan masih kecil macam 3bulan tu OKlah nak pakai. Tapi bila dah setahun ke atas, memang banyak kerenah. Persediaan untuk naik pesawat bersama bayi atau anak kecil ini mungkin akan berbeza mengikut peringkat umurnya. Moga perkongsian ini dapat dijadikan rujukan dan memberi gambaran buat ibu-ibu mengikut peringkat umur bayi.
Malindo Air, 1hb Januari 2014, Wafiy 3bulan++
#BAYI 3 BULAN
  • Penerbangan pertama kami adalah dengan pesawat Malindo Air dari KLIA ke Penang dengan tempoh penerbangan sekitar 40minit. Sebenarnya bawa bayi kecil adalah lebih mudah dari bayi besar. Bayi diusia 3bulan lebih banyak tidur dan belum banyak kerenah.
  • Walaubagaimanapun impak tekanan ketika pesawat berlepas dan mendarat mungkin membuatkan bayi seawal 3bulan ini kurang selesa. Jadi, cara mengurangkan impak tekanan tersebut adalah dengan #1 menutup atau menyumbat telinga bayi. Ada penutup telinga bayi dijual dikedai-kedai traveller. Tapi harganya mahal mungkin kerana ianya barang import. Ada juga penyumbat telinga yang di jual di farmasi yang jenis pakai buang dan harganya belasan ringgit. Alternatif terakhir adalah menggunakan gumpalan kapas. Cara ini paling menjimatkan dan praktikal. Kita boleh anggarkan jumlah kapas yang sesuai dengan saiz telinga anak kita agar tidak terlalu banyak atau terlalu sedikit. Seterusnya #2 susukan anak. Jika anak masih menyusu badan, susukanlah agar anak lebih tenang. Pakailah baju khas untuk menyusu agar lebih mudah. Begitu juga boleh susukan dengan botol. Selain itu, jika anak #3 gunakan pacifier, ia juga membantu menenangkan anak.
Selepas breastfeed, Wafiy tertidur dan kami beri dia hisap pacifier dan sumbat telinganya dengan kapas sebelum pesawat berlepas.
Sekitar 5minit lagi ingin mendarat, Wafiy terjaga dari tidur. Alhamdulillah, dia tenang dengan kapas di telinga.

 

#BAYI 9/10BULAN
  • Ketika Wafiy 9bulan kami telah ke Bali yang memakan masa 3jam penerbangan dari KLIA2. Ketika 10bulan kami ke Aceh dari KLIA2 selama 1jam 30minit penerbangan. Di umur begini dah tak perlu nak tutup telinganya, tapi jika nak buat boleh juga. Saya cuma breastfeed Wafiy di dalam flight dan dia tertidur. Umur begini dia dah mula makan solid food dan boleh mengunyah biskut bayi. Jadi saya berikan padanya supaya dia lalai dengan makanannya. Selain itu, jika anak anda ada mainan kegemaran, jangan lupa bawa bersama untuk mengisi masa ketika penerbangan.
Penggunaan baby carrier membantu memudahkan pergerakan di lapangan terbang.
Wafiy 9bulan ketika ke Bali, 3jam penerbangan. Selepas breastfeed, dia tidur.
#BAYI 1-2 TAHUN
  • Pada usia ini adalah yang paling mencabar kerana mereka telah mempunyai perasaan yang jelas, tahu bosan dan mempunyai tenaga yang banyak (kuat fizikal-meronta & kuat vokal-menangis/menjerit) serta dah boleh berjalan~!!! Mereka mungkin tidak mahu kekal di tempat duduk dan mahu berjalan-jalan di dalam pesawat yang sempit itu (maklumlah naik kelas ekonomi aje).
  • Saya pernah menaiki pesawat beberapa kali bersama Wafiy cuma berdua tanpa ditemani orang lain. Dan ianya bukan suatu yang mudah. Tetapi saya terpaksa juga kerana ada keperluan. Ini tips travel berdua dengan bayi yang boleh saya kongsikan;
Terbang berdua bersama Wafiy yang ketika itu 1tahun 1bulan
TIPS NAIK PESAWAT BERDUA DENGAN BAYI
  • Pertama – Hand luggage. Yang terbaik adalah cuma satu beg galas belakang untuk memudahkan pegerakan anda. Jika terpaksa, tambahan beg sandang/beg tangan. Anda akan menghadapi kesukaran untuk memantau kesemua beg anda. Apatah lagi KLIA2 kini amat besar dan jarak berjalan kaki yang amat panjang. Anda memerlukan tenaga yang banyak.
  • Kedua – Pastikan anak kenyang. Sebelum check in, pastikan anak telah kenyang untuk mengurangkan kemungkinan anak mengamuk di dalam kapal terbang. Ohh…pastikan lampin anak anda juga. Ganti dengan yang baru.
  • Ketiga – Jangan biarkan anak anda berkeliaran (bagi yang sudah boleh berjalan). Hal ini bukan sahaja memenatkan anda, malah menyangkut soal keselamatan anak dan barangan anda. Penggunaan baby carrier amatlah penting supaya anak anda sentiasa bersama anda walau apa jua keadaan.
  • Keempat – Bagi anak dibawah satu tahun, dinasihatkan untuk sumbat telinga dengan kapas untuk mengelakkan gangguan tekanan. Selain itu boleh cuba breastfeed atau gunakan pacifier untuk menenangkan mereka terutama ketika take-off dan landing.
  • kelima – Untuk anak yang dah pandai tengok video, sediakan video-video kegemaran mereka untuk ditonton ketika di dalam flight. Charge hp/tab penuh-penuh ye 🙂
Menaiki pesawat dari Langkawi ke Penang.
(1) Minimakan hand luggage. (2) Penggunaan baby carrier memudahkan kita naik dan turun tangga pesawat yang tinggi. Tangan kita perlu bawa hand luggage lagi. (3) Breastfeed anak. Insyaallah dia akan tenang dan tertidur. (4) Sampai ke destinasi. Anak tidur dari dalam pesawat, masuk dalam baby carrier yang ergonomik, dia akan tetap tidur dengan selesa.
Ini pula ketika perjalanan mengerjakan Umrah, Wafiy berusia 1tahun 5bulan. Penerbangan KLIA-JEDDAH mengambil masa 9jam++ perjalanan terpanjang kami setakat ini. Ketika ini Wafiy sedang breastfeed. Pakailah baju khas untuk ibu menyusu agar memudahkan.

 

Setelah breastfeed, Wafiy tidur selama 5jam!!!

 

Pilihlah set makanan yang sesuai untuk bayi anda juga. Ketika ini kami menaiki pesawat MAS.

 

Umur Wafiy 1tahun 5bulan, dah pandai tengok tab dan ada video kegemaran. Jadi chargelah tab penuh-penuh dan keluarkan bila perlu untuk mengelakkan kebosanan.

 

Jika boleh pilih seat, pilihlah yang dekat dengan tingkap. Bukan sahaja memberi lebih privasi, malah sewaktu berlepas dan mendarat anak kita boleh tengok luar dan mengalih perhatian mereka dari menangis ketakutan dari bunyi pesawat yang kuat dan tekanan telinga.
LAST BUT NOT LEAST, berdoalah agar penerbangan anda bersama bayi anda berjalan lancar dan baik-baik sahaja. Berusahalah untuk yang terbaik, selebihnya bertawakallah kerana Allah jua yang maha menjaga dan menentukan. Saya doakan penerbangan ibu-ayah sekalian bersama bayi anda berjalan lancar dengan tips yang saya kongsikan ini.
P/s: jika nak dapatkan baby carrier yang ergonomik, selamat dan selesa seperti yang saya pakai boleh klik disini, FB PAGE Bobita Baby Carrier – Malaysia.
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

13 Comments

  1. nizzam says:

    Assalamualaikum…
    Terima kasih atas perkongsian… saya akan membawa anak ke kota kinabalu pada 18/11 ini… umur anak saya ketika itu dalam 8 bulan… adakah apap lago yang perlu saya sediakan untuk dia

  2. nizzam says:

    Assalamualaikum…
    Terima kasih atas perkongsian… saya akan membawa anak ke kota kinabalu pada 18/11 ini… umur anak saya ketika itu dalam 8 bulan… adakah apap lago yang perlu saya sediakan untuk dia

  3. Waalaikumussalam Nizzam 🙂
    Pengalaman saya kalau anak 8bulan ni biasanya kalau BF, mereka senang tidur aje. Kalau ke KK, mungkin boleh tidur sepanjang perjalanan. In case terjaga, mungkin boleh lalaikan dengan mainan yang menghasilkan bunyi2, beri biskut bayi dan sebagainya 🙂

    Jika rusau dengan tekanan dalam pesawat ketika naik dan mendarat, boleh cari penyumbat telinga di farmasi atau kedai travel. tapi harga mungkin agak mahal. Saya letak kapas aje dulu 🙂

  4. Waalaikumussalam, betul, stroller di kira bagasi yang perlu check in. Ketika check in di kaunter mereka akan beri tag. Kita boleh pilih nak masukkan stroller terus ke bagasi atau nak guna dulu stroller tu sementara tunggu boarding dan serah pada flight attendant ketika dah nak berlepas. Mereka akan masukkan stroller ke bhgn bagasi untuk kita dan ambil bersama-sama bagasi nnt bila sampai di destinasi.

    1. Admin says:

      Waalaikumusslam sis Ain. Kalau 1thn 8bulan memang masih kategori infant. Kita tak boleh pilih untuk nak beli tiket children atau infant. Semua auto assign dalam sistem. Kalau dah 2tahun baru akan dapat seat Child. Bawah 2tahun tak dapat seat, kena riba 🙂

  5. Nurhanis elisya Mohd nasir says:

    Salam nak tanya, kalau pakai baby carrier boleh ke? Dia x termasuk timbang 7kg tu ke?? N stroller kire yg 7kg tu or x?

    1. MarkasSiKecil Atiqah says:

      Waalaikumussalam, boleh pakai baby carrier, baby carrier tak termasuk timbang 7kg tu 🙂 Kalau Stroller saya tak pasti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *