Home made pancake |
RESIPI PANCAKE
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan susu tepung
1 sudu besar gula
1 cubit garam
air secukupnya
CARA-CARA
#1
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
#2
Tambah sedikit demi sedikit air hingga semua bahan larut dan sebati. Tekstur yang kita mahukan adalah likat seperti susu pekat.
#3
Panaskan non-stick pan. Setelah cukup panas, tuangkan ke dalam pan. Banyak mana nak tuang, mengikut kesukaan masing-masing. Mahu besar atau kecil. Alih-alihkan sehingga masak.
#4
Ulang langkah #3 sehingga bancuhan habis.
#5
Siap~!!!
Bolehlah dimakan dengan madu, susu pekat, atau sos butterscotch. Untuk resipi sos butterscotch, boleh klik disini.
SELAMAT MENCUBA
Wafiy suka makan pancake dengan sos butterscotch. |
Lawati www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan berkaitan si kecil yang bermanfaat!