Resipi Inti Kari Kentang untuk Karipap, Samosa dan sebagainya.
BAHAN-BAHAN
5 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari (diambil daun sahaja)
2 sudu besar serbuk kari
4 biji kentang (siap direbus)
3 tangkai daun sup (dicincang)
1 sudu/kiub pati ayam
Air, garam, gula secukupnya.
CARA-CARA
#1
Tumis bawang putih dan daun kari
#2
Masukkan serbuk kari, setelah garing, masukkan air agar serbuk kari tidak hangit.
#3
Masukkan kentang yang telah siap direbus. Jika ingin gunakan kentang mentah, tambah air hingga paras kentang dan reneh hingga kentang empuk. Tambah air jika air mengering tapi kentang masih belum empuk. (Kerana itu saya gunakan kentang yang siap direbus, untuk mempercepat proses memasak. Maklumlah dengan anak kecik kena ekspres sikit :p )
#4
Setelah air mengering dan kentang cukup masak, tambah pati ayam, garam, dan gula secukup rasa. Terakhir, masukkan daun sup yang dicincang ke dalam masakan daun gaul rata.
#5
Teruskan masak sehingga kuah kering dan seperti yang anda mahukan sesuai sebagai inti untuk karipap/samosa/pau anda. Siap~!!!
SELAMAT MENCUBA
Gambar bonus: inilah samosa saya menggunakan inti kari kentang yang saya buat. Percubaan kali pertama. Susah juga nak lipat samosa ni rupanya :p |
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.