Raya ke-4 yang lalu kami saja-saja nak naik Feri dari Butterworth ke Georgetown.
Feri ni ada dua hala saja. Sama ada:
Butterworth – Georgetown
Atau
Georgetown – Butterworth
Kalau naik dari Georgetown (pulau) ke Butterworth (tanah besar) free aje, PERCUMA tak payah bayar.
TAPI
Kalau naik dari Butterworth (tanah besar) ke Georgetown (pulau) kena bayar RM7.70 untuk kereta. Kadar bayaran ini adalah sama kalau kita naik Jambatan Pulau Pinang yang pertama. Tapi kalau Jambatan Pulau Pinang ke-dua lebih mahal (mungkin sebab jambatan ke-dua lebih panjang dari jambatan pertama).
Boleh juga naik feri dengan motor atau jalan kaki atau berbasikal. Kadar bayaran berbeza-beza mengikut kategori.
Untuk naik feri dengan kereta, kita kena parking kereta dalam feri ikut arahan pegawai feri. Silalah berhati-hati untuk keselamatan semua ye. Lepas parking, tarik handbrake sepenuhnya dan matikan enjin.
Waktu ni bolehlah keluar dari kereta dan menikmati keindahan dan keseronokan naik feri.
Sekitar 15-20 minit..bergantung kelajuan feri pada masa itu, mungkin ikut cuaca dan keadaan ombak laut, kami pun sampai ke Georgetown.
Selamat Hari Raya!!!
Nampak tak wajah ceria naik Feri? Wafiy sampai tak layan kamera…syok sangat tengok view. |
Pemandangan: Feri yang sedang bergerak dari Georgetown ke Butterworth |
Pemandangan: KOMTAR mercu tanda Pulau Pinang |
Belakang: kereta-kereta sedang parking dalam Feri |
Nak mudah travel bersama anak kecil? lawati www.markassikecil.com.my untuk pelbagai kelengkapan travel yang bermanfaat!