Bismilahirrrahmanirrahim.
Duyufurrahman bermaksud Tetamu Allah.
Kata Ustaz Solah, mutawif kami; “Umrah ini bukan perjalanan yang biasa-biasa. Ianya ke tempat yang Allah Mukarram. Yakni tempat yang Allah muliakan. Iaitu Mekah dan Madinah. Ia satu perjalanan yang luar biasa“
Moga perkongsian ini dapat memberi gambaran kepada yang bakal mengerjakan Umrah dan mungkin sebagai imbasan kenangan kepada yang pernah mengerjakan umrah.
Insyaallah penulisan ini akan terbahagi kepada EMPAT BAHAGIAN. Iaitu:
Umrah Part 1: Sekitar Keberangkatan
SEKITAR KEBERANGKATAN
Alhamdulillah pada 14 Feb 2015 dengan izin Allah kami diberikan kesempatan untuk memulakan perjalanan ke dua tanah haram.
Pesawat kami jam 3.00 petang dari KLIA. Sebelum keluar rumah, pesan ustaz tunaikanlah solat sunat musafir sebelum berangkat.
Solat Sunat Musaffir sebelum keluar rumah. |
Antara amalan yang disarankan sebelum keberangkatan adalah: Solat Sunat Taubat, Hajat, dan memohon ampun dan maaf kepada seramai orang yang boleh. Terutamanya adalah ibu, ayah, suami, atau isteri. Dan yang pasti, hadirlah kursus umrah minima sekali. Jika berpeluang hadir berkali-kali adalah lebih baik. Banyakkanlah pembacaan dan galilah ilmu. Sesungguhnya amalan dengan ilmu itu adalah yang terbaik.
Selain daripada itu, kesihatan diri juga perlu diberi perhatian. Mulakan mengambil supplement seperti vitamin untuk menambah baik imunisasi badan serta tenaga sekurang-kurangnya seminggu sebelum keberangkatan.
Dalam Islam juga menyuruh kita berikhtiar sebelum bertawakal. Jadi, ikhtiar kita agar perjalanan menunaikan ibadah ini optima adalah dengan menjaga kesihatan dan seterusnya berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah agar dilancarkan semuanya.
Saya mengerjakan Umrah bersama anak saya (Wafiy) berusia 1tahun 5bulan ketika itu, tanpa suami ikut serta. Saya bermahramkan ayah saya disamping adik lelaki (Hakim) dan ibu saya. Kami berlima. Untuk saya sendiri saya mengamalkan Jus AlKhaira. Manakala untuk Wafiy saya berikannya Qaseh Gold Junior. Mak dan Ayah kalau tak salah ada mengambil Vitamin C.
- Pelalian atau Vaksin. Wajib di ambil kerana ianya antara syarat untuk mendapatkan VISA UMRAH sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Arab Saudi. Setelah disuntik, doktor akan berikan sebuah buku kecil di mana tercatat di dalamnya maklumat dan pengesahan yang kita telah disuntik. Buku tersebut perlu diserahkan bersama kepada agensi umrah kita yang menguruskan visa umrah. Kos satu suntikan sekitar RM170 untuk dos yang bertahan untuk 5tahun. Jadi, jika kita ingin mengerjakan umrah setiap tahun, maka kita tidak perlu suntik lagi sehingga tahun yang ke-5.
- Walaubagaimanapun, bayi di bawah 2tahun dan ibu mengandung tidak perlu disuntik. Tetapi pihak Arab Saudi tidak akan berikan visa jika tidak disuntik. Jadi bagaimana? Maklumkan pada doktor tersebut. Bagi doktor Islam dan yang mengetahui prosedur ini, mereka akan memberikan buku yang sama kepada bayi dan ibu mengandung sebagai dummie yang mereka telah disuntik. Wafiy pun ada buku pengesahan suntikan. Tapi dia tak disuntik pun 😉 Kata doktor yang berikan kami suntikan, menurut kajian saintifik, tiada kesan yang signifikan daripada suntikan vaksin tersebut kepada bayi. Manakala untuk ibu mengandung, suntikan vaksin tersebut mungkin memudaratkan kandungan.
- Keperluan alatan kebersihan. Contohnya; deodorant, sabun mandi dan sebagaimananya sebaik-baiknya belilah yang khusus untuk ibadah haji & umrah. Ada dijual di kedai-kedai peralatan ibadah. Hal ini kerana ianya bebas bahan kimia yang syubhah dan juga bebas pewangi. Yakni tiada bau. Ini penting kerana ketika kita dalam ihram, kita dilarang memakai bau-bauan termasuklah sabun yang berbau wangi. Ustaz pesan, antara kesilapan jemaah adalah membasuh tangan dengan sabun wangi ketika dalam ihram. Itu menyebabkan kita harus membayar Dam. Apatah lagi mandi dengan sabun dan bersyampu wangi.
- Pakaian. Bawalah secukupnya. Jika perjalanan 10hari, bawalah minima 10pasang pakaian. Jangan fikir nanti nak basuh atau nak beli jubah baru di sana. Kerana kita tidak pasti keadaan di sana. Pengalaman saya tentang pakaian agak menyukarkan. Saya kekurangan baju ketika di sana kerana baju yang di basuh tidak mahu kering dan tak sempat nak cari baju baru di sana kerana kekangan masa. Jangan kerana baju tak cukup menganggu perjalanan ibadah kita. Sepatutnya kita banyak di masjid, tapi terpaksa pula mencari baju di kedai-kedai dan itu bukanlah sesuatu yang mudah di sana.
- Pakaian anak. Seharusnya minima seperti kita juga. Lampin pakai buang bawalah minima dengan anggaran diganti 3-4kali sehari. Bawa satu pek pun bagus juga. Tak perlu risau tak cukup lampin 😉
- Selain itu, ubat-ubatan asas seperti panadol dewasa, panadol bayi, minyak angin/telon, cool fever, termometer, dan supplemen anak jangan dilupakan. Saya bawa Qaseh Gold Junior ke sana. Tapi hanya setengah botol dan masukkan ke dalam peti ais hotel sebaik sahaja tiba di bilik penginapan. Setiap pagi sebelum keluar, saya akan berikan Wafiy 1-2 sudu plastik Qaseh Gold Junior. Saya juga makan. Alhamdulillah Wafiy sihat, ceria, dan bertenaga sepanjang di sana hingga pulang ke Malaysia dengan baik. Terima kasih Allah.
- Ini antara yang saya dapat garapkan tentang persediaan umrah bersama bayi:
Umrah berama bayi: Persediaan sebelum berangkat. |
- Bagasi. Labellah bagasi anda agar tidak tertukar dan mudah dikenalpasti. Biasanya pihak agensi akan sediakan tag untuk beg dan akan diserahkan kepada kita untuk diletakkan pada beg masing-masing. Jangan lupa pasangkan ye 🙂 Ohh ya. Kami mengerjakan umrah bersama agensi Pens Travel. Memang amat berpuas hati dan jika saya berpeluang untuk mengerjakan umrah lagi, pasti Pens Travel menjadi pilihan saya dan keluarga 😀
- Kami berkumpul di KLIA sekitar jam 12tgh hari. Biasalah menunggu check-in dan sebagainya akan mengambil masa sedikit. Jadi saat itu jangan lepaskan peluang bergambar dengan ahli keluarga yang ada bersama. Ini detik bersejarah, jangan lupa abadikan..hehe :p
Setelah dapat Boarding Pass, dengan lafaz Bismillah, saya pun buckle-up Wafiy dalam baby carrier hikmat saya..hehe.. mari kita mulakan!!! p/s: dapatkan baby carrier yang egonomik ye. Anak selesa, kita pun selesa 🙂 boleh beli dari Bobita Baby Carrier – Malaysia |
Keberangkatan antarabangsa perlu menaiki Aerotrain untuk ke terminal perlepasan setelah pemeriksaan imigresen. Oh ya, jika anda bersama anak kecil seperti Wafiy anda tak boleh lalu Auto-Gate imigresen ye. Sebab Wafiy belum ada thumbprint. Lalulah kaunter imigresen secara manual. |
- Tentatif perjalanan kami adalah dari KLIA ke Jeddah. Dari Jeddah menaiki bas ke Madinah. Seterusnya dari Madinah ke Mekah juga dengan bas. Dan pulang dari Jeddah ke KLIA dengan pesawat MAS. Insyaallah saya akan kongsikan tentang perjalanan dengan lebih terperinci di dalam entri yang akan datang.
- Setelah masuk ke dalam pesawat, maka bacalah doa naik kenderaan. Isilah masa dengan sebaik-baiknya dengan bedoa, baca Al-Quran dan berzikir, Perjalanan KLIA-Jeddah sekitar 9jam++ pada hari tersebut. Jangkamasa penerbangan mungkin berbeza-beza bergantung kepada keadaan cuaca dan angin. Mak bekalkan kami dengan tasbih setiap seorang kepada kami. Tapi saya tak sempat nak zikir dengan bertasbih pun..maklumlah nak kena pegang Wafiy.
- Tips naik pesawat dengan anak kecil macam Wafiy yang berusia 1tahun 5bulan ni antaranya, susukanlah dia macam saya masih full breastfeed, jadi waktu masuk pesawat terus breastfeed. Jadi dia tenang di pesawat. Maklumlah nak terbang 9jam, saya pun nervous. Berdoalah tanpa henti agar anak baik-baik saja. Minima tidak menyusahkan orang lain. Alhamdulillah, sekitar satu jam pertama penerbangan Wafiy pun tertidur. 3 jam juga dia tidur. Lepas dia bangun terus waktu makan.
Susukan anak agar dia lebih tenang terutamanya ketika pelepasan dan pendaratan pesawat. |
Lebih kurang 3jam Wafiy tidur dalam penerbangan. |
- Dalam penerbangan kami, pramugari tiba-tiba datang tanya pada saya dan Hakim, siapa nak makan dulu. Mungkin dia fikir Hakim bapak Wafiy…haha..biarlah…tapi bagusnya!!! Mereka prihatin dengan penumpang dengan anak bayi. Jadi saya kata bagi Hakim makan dulu. Maka Hakim adalah orang pertama yang makan dalam pesawat tu. Mak yang duduk di barisan lain, agak jauh dari kami pun hairan kenapa Hakim sorang je dapat makan dulu..hehe..lepas Hakim siap makan, saya pula dihidangkan makanan. Wafiy pun makan sama. Alhamdulillah sedap dan kenyang.
Waktu makan. Alhamdulillah menepati selera. Wafiy pun makan banyak. |
- Untuk meneruskan sisa jam penerbangan sekitar 3jam lagi, Wafiy pun tengoklah tab. Video Ya Hanana, Upin Ipin dan nasyid-nasyid kegemarannya. Ada sekali ganti lampin di tandas. Senang, di tandas ada meja lipas khas untuk salin lampin bayi. Wafiy pun suka dalam toilet..happy pulak dia tengok cermin dan main air…haha…tapi jangan lama-lama..orang lain pun nak guna toilet kan :p Wafiy tak berak, cuma saya rasa nak ganti lampin dia. Saya berdoa bersungguh-sungguh agar Wafiy hanya berak jika kami di hotel. Alhamdulillah doa termakbul. Memang sepanjang Umrah, Wafiy hanya berak ketika malam dan pagi ketika di hotel, tidak ketika di perjalanan apatah lagi ketika di masjid. Tapi saya tetap akan gantikan lampin sekerap mungkin agar Wafiy bebas najis dan dalam keselesaan optimum walaupun kadang-kadang tu dia macam tak kencing pun. Alhamdulillah, dia betah hingga lah kami tiba di Jeddah. Sedikit pun tidak menangis atau meragam. Syukur padamu Ya Allah.
Wafiy + Tokwan: Lihatlah wajah ceria mereka. Ada beberapa jam lagi penerbangan. Maintain ok~!!! |
- 9jam++ berlalu dengan tidak terlalu pantas…hehe..sekitar jam 7malam waktu Saudi (waktu ni Malaysia dah pukul 1pagi) kami tiba di ruang udara Jeddah. Untung kami dapat seat di tepi tingkap. Dapatlah kami menikmati permandangan bandar Jeddah dari udara.
Wafiy terpegun dengan keindahan gemerlapan bandar Jeddah. |
Inilah bandar Jeddah dari udara. Gambar dari hp aje. Sesungguhnya pemandangan sebenar lebih indah dengan lensa mata ciptaan Allah 😉 |
- Alhamdulillah, sebaik saja mendarat, kami terus menuju ke kaunter imigresen lapangan terbang. Kami melihat ada kumpulan-kumpulan jemaah dari agensi lain seperti Andalusia yang ramai menunggu ahli kumpulan mereka di ruangan menunggu. Tapi kami masing-masing terus ke kaunter imigresen dan semuanya lancar. Banyak cerita yang saya dengar tentang ‘garangnya’ pegawai imigresen Saudi. Jadi sepanjang beratur tak henti berdoa agar dimudahkan urusan. Ayah melewati kaunter tanpa masalah. Mak juga begitu. Tapi Hakim kena tangkap gambar bagai. Mungkin dia anak muda yang berpotensi? Haha..wallahualam :p
- Tiba giliran saya dan Wafiy. Berdebar juga. Wafiy tiba-tiba cranky. Dia pun berdebar juga kot..hehe.. pegawai tu baik. Dia bagi Wafiy kertas untuk lekakan Wafiy agar tenang. Mungkin dia pun ada anak kecik. Dan apa yang saya pasti dengan pemerhatian sepanjang di sana, orang arab memang suka budak-budak. Mereka akan peluk cium atau minima usap-usap pipi Wafiy bila kami bertemu dengan mak-mak arab ni 🙂 Mereka juga suka bersedekah dengan budak-budak. Bagi gula-gula, biskut dan sebagainya. Kita pula yang malu tak ada apa nak bagi kepada anak mereka. Jadi saranan saya, ibu-ibu bawalah biskut ke coklat ekstra untuk disedekahkan ye. Pahala dapat, hati pun gembira 😀 Berbalik kisah di airport Jeddah, selesai urusan Imigresen kami pun menunggu bagasi kami.
Wafiy menunggu beg Tok yang paling lama nak sampai :p |
- Selesai urusan di lapangan terbang Jeddah, kami menaiki bas yang telah disediakan untuk ke Madinah. Kami bertolak dari Jeddah ke Madinah sekitar jam 10malam. Dalam perjalanan kami ada berhenti sekali di sebuah perhentian untuk solat Jamak Maghrib dan Isya… Sejuk sungguh. Nak wudhuk pun menggigil rasanya. Air paip pula terasa masin. Air galian dalam tanah padang pasir kot…hehe..setelah 5jam perjalanan, sekitar jam 3pagi kami sampai di hotel penginapan di Madinah. Alhamdulillah. Cerita di Madinah boleh klik di sini 😀
Nak mudah umrah bersama anak kecil? lawati www.markassikecil.com.my untuk pelbagai kelengkapan travel yang bermanfaat!