• Zaman sekarang ramai yang buat perniagaan secara atas talian (online)… Betul tak? Saya juga tidak terkecuali. Saya mula berniaga secara online ni sejak tahun 2010. Pertama kali mendaftarkan perniagaan di SSM secara rasmi pada 2014 dengan menggunakan nama persendirian sebagaimana di MyKad saya. Dan baru-baru ini saya mendaftarkan satu lagi perniagaan dengan menggunakan nama tred iaitu Bobita Enterprise. Di sini sedikit perkongsian tentang prosedur mendaftar perniagaan di SSM menurut pengalaman dan pengetahuan yang saya ada. Moga bermanfaat buat mereka yang baru ingin menapak dalam perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Kerana anda dikira menyalahi undang-undang jika berniaga tanpa mendaftar di SSM.  Jadi, daftarlah ye ?
  1. Apa yang anda perlu ada untuk mendaftar? TIGA benda sahaja; 1-Borang (boleh diperoleh secara percuma di pejabat/kaunter SSM). 2-Pen Hitam. 3-Salinan MyKad. Simple aje kan?
  2. Isi borang dengan pen hitam sahaja dengan HURUF BESAR semuanya.
  3. Tentukan nama perniagaan yang anda ingin daftarkan. Ada dua pilihan; 1-Guna nama sendiri. Iaitu sebagaimana yang tertera pada MyKad anda. Contoh, saya pernah daftarkan guna nama saya sendiri iaitu “Atiqah binti Abu Bakar” sebagai nama perniagaan. 2- Guna nama tred. Anda boleh la nak letak nama sesuka hati anda seperti Al-Wafiy Enterprise ke, Rasa Sayang Food and Beverages ke, atau Melati Resources ke… Ini contoh-contoh nama tred. TAPI, untuk guna nama tred ini, kita perlu isi satu lagi borang ekstra untuk memohon/semakan nama. Kalau orang lain dah guna nama tu, kita tak boleh guna dah. Jadi di borang akan ada 3pilihan nama untuk kita sarankan. Kalau yang pertama kena reject, mereka akan ambil nama ke dua dan seterusnya. Ada juga nama-nama yang dilarang dan confirm kena reject. Contohnya kalau ada nama negara macam Malaysia atau (M). Saya asalnya nak letak nama Bobita Malaysia. Tak boleh. Saya nak letak Bobita (M) Enterprise. Pun kena reject. Akhir sekali Bobita Enterprise, baru diterima. Syukurlah ?
  4. Selesai isi borang dan hantar ke kaunter, anda perlu bayar yuran pendaftaran. Bagi yang mendaftar menggunakan nama sendiri yurannya ialah RM40.60. Manakala yang menggunakan nama tred yurannya ialah RM70.60.
Setelah membayar, kita akan menerima resit seperti ini. Dan kiraan satu jam bermula dari waktu yang tercatat pada resit untuk kita dapatkan dokumen rasmi berserta nombor pendaftaran SSM kita. Selamat menunggu :p Sementara tu boleh lah nak pergi tandas ke, makan ke, solat ke… Ok?
Inilah susana SSM di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Ini piagam pelanggan SSM. Untuk pendaftaran perniagaan baru mengambil masa 1jam.

5. Tepat 1jam, nama saya pun dipanggil untuk dapatkan dokumen pendaftaran SSM. Alhamdulillah, mudah dan lancar.

Ini dia muka surat pertama dokumen pendaftaran perniagaa SSM.
Ini pula muka surat kedua.
6. Alhamdulillah, selesai sudah pendaftaran perniagaan saya dengan nama tred Bobita Enterprise yang menjalankan perniagaan penjualan dan pengedaran produk jenama Bobita, terutamanya Bobita Gen2 SSC baby carrier yang ergonomik, selesa dan selamat untuk bayi dan anda 🙂
  • Jika anda belum mendaftar di SSM, cepat-cepat daftar ok???
  • Nak dapatkan Bobita Gen2 SSC yang ergonomik, selesa dan selamat untuk anak anda dan anda yg menggendong? Lawati: www.facebook.com/bobitamalaysia
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

19 Comments

  1. Anonymous says:

    Assalamualaikum Puan Atiqah. terima kasih saya ucapkan di atas maklumat berguna yang Puan kongsikan ini. Saya nak tanya satu soalan, jika saya ingin mendaftar perniagaan baru.. saya perlu tunggu sehari ke untuk kelulusan nama perniagaan? atau pun hanya sejam seperti yang Puan nyatakan di atas?

  2. Anonymous says:

    Assalam mualaikum,sy nak tanya kalau anda tahu ttg contoh perniagaan jual ikan segar dan sayur saya mahu buat lesen.tapi di melalui mana ya dbkk atau ssm?maaf sy bru nak start buat perniagaan jadi xtahu sangat ttg hal ini.terima kasih.

  3. Terima kasih, artikel yg jelas siap ade step2 seterusnya lagi, wat akaun company kat Maybank lah, pastu daftar kwsp, daftar lhdn. Sangat lengkap, saya rasa elok wat e-book ni. Tahun 2016 pulak tu, baru lagi ni.

    Sy ade daftar ssm, tp buat dgn kawan, syarikat ats nama kawan, pastu xberapa mnjadi, abes dh setahun xrenew.

    Ingat nk dftr wat sorg2 lah. Terima kasih utk artikel yg complete ni.

  4. Saya terkumpul artikel puan yg 4 tu dan jadikan e-buku pdf utk tujuan peribadi offline reading, klu puan berminat nk upload ke blog puan, boleh contact nnt sy emailkn.

    Sy tak jumpa emel puan. Kalau puan berminat boleh mesej sy, klik atas nama sy dan submit ikut form di web sy.

    Klu nak lah, klu tak nak xpe =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *