Duyufurrahman [Umrah Part 4] – Mekah & Kepulangan
HARI KE-EMPAT DI MEKAH (21 FEB 2015) Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Hakim yang ke-26. Alhamdulillah kerana tahun ini kami berdua dapat menyambut ulang tahun di tanah suci. Saya menyambut ulang tahun yang ke-28 di Madinah pada 16 Feb 2015 yang lalu, Hakim pula di Mekah ini. Hari ini kami akan mengerjakan umrah untuk kali ke-3. Selepas makan tengah hari, sekitar jam 2.30pm kami berkumpul di lobi hotel untuk ke Taneem, bermiqat. Ketika berkumpul di lobi hotel sebelum ke Taneem untuk bermiqat.…