Berniaga sendiri: Daftar LHDN
Setelah mendaftarkan perniagaan di SSM, membuka akaun perniagaan, mendaftar di KWSP, kini saya melangkah pula ke LHDN untuk urusan berkaitan cukai. Jika kita serius dalam perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaan, kita perlu menguruskan perniagaan dengan cara yang betul dan mengikut undang-undang agar tidak menghadapai masalah di kemudian hari. Apa pentingnya mendaftarkan diri dengan LHDN? Buat apa sukarela nak bayar cukai. Diam-diam dah lah, elok-elok kerajaan tak cari, kita saja nak pi bagi kerajaan duit kita nak buat apa? Hahaaa….ini mungkin yang berada dalam fikiran…