Setelah memiliki baby carrier jenis SSC, pasti ada ibu ayah yang tertanya-tanya bagaimana cara penjagaannya? Bolehkah dicuci jika kotor? Boleh guna mesin basuh? Berapa kerap ia perlu dicuci? Moga perkongsian ini dapat membantu ibu ayah dalam menjaga baby carrier yang kita gunakan agar sentiasa dalam keadaan yang baik.

Bila baby carrier perlu dicuci?

Baby carrier hanya perlu dicuci jika perlu, iaitu jika kotor atau telah lama tidak dicuci untuk suatu jangka masa yang lama, mungkin lebih dari 6bulan.

Kotor di suatu tempat tertentu.

  • Baby carrier pada kebiasaaannya akan kotor di suatu tempat tertentu. Misalnya di bahagian shoulder-strap kerana ia merupakan bahagian yang paling dekat dengan mulut bayi. Bayi cenderung untuk menghisap/menggigit bahagian tersebut. Antara langkah untuk mengelakkan bahagian itu kotor adalah dengan menggunakan Teething/Drool Pad. Walaubagaimanapun, tidak semua orang menggunakannya atau menggunakannya dengan cara yang salah. Jadi bahagian shoulder strap ini biasanya kotor kerana bekas air liur si kecil. Ia perlu dibersihkan.
  • Antara faktor lain menyebabkan bahagian tertentu yang perlu dibersihkan ialah apabila makanan tertumpah pada bahagian tertentu seperti di body panel carrier. Mungkin ada ibu bapa yang menggunakan carrier ketika makan dan makanan seperti kuah menitik pada carrier. Selain itu mungkin si kecil juga makan/minum semasa di dalam carrier dan mengotori sebahagian carrier.
Credit phot0: facebook.com/babywearingbyroyanness
Credit Photo: https://www.facebook.com/bobitamalaysia/

Caranya:

  • Spot-Cleaning. Ia bermaksud membersihkan tempat yang kotor sahaja dengan kain lembap atau span secara terus di tempat yang kotor sahaja tanpa perlu membasuh seluruh carrier. Boleh gunakan air suam untuk memudahkan pembersihan dan biarkan kering sepenuhnya sebelum disimpan atau digunakan semula.
Credit Photo: https://www.facebook.com/nanababycarriermalaysia/
Credit Photo: https://www.facebook.com/nanababycarriermalaysia/

Telah lama tidak mencuci carrier.

  • Selain daripada itu, kita perlu mencuci carrier apabila kita telah lama tidak mencucinya untuk jangka masa yang panjang walaupun ia tidak kotor dan kelihatan bersih. Ini kerana terdapat kemungkinan yang carrier kita telah berhabuk dan mungkin telah dihinggapi bakteria. Jika terlalu lama tidak digunakan carrier mungkin telah ditumbuhi kulat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan ini akan menjejaskan kesihatan anak dan kita sebagai pemakai.

Caranya:

  • Membuat pembersihan carrier secara menyeluruh. Semua carrier secara amnya boleh dicuci, tetapi tidak semua boleh dicuci dengan mesin basuh. Ada sesetengah carrier hanya disarankan untuk mencuci dengan cucian tangan sahaja. Kita perlu merujuk kepada kaedah cucian yang disarankan oleh pengeluar baby carrier yang kita miliki.
  • Cucian TanganPertama: Kita perlu merendam carrier mungkin cukup maksima 30minit. Rendam dalam air biasa tanpa detergen  apatah lagi pelembut pakaian. Kenapa? Ini kerana bahan kimia di dalam detergen dan pelembut pakaian akan melemahkan struktur kain dan kebarangkalian sisa bahan tersebut tidak hilang semuanya selepas kita bilas dengan air biasa. Ia akan menyebabkan sisa tersebut terkena kepada kulit anak kita yang mungkin sensitif atau lebih bahaya apabila  anak kita terhisap (terutama di bahagan shpoulder-strap) ketika mereka di dalam carrier. Bayi secara semulajadi memang cenderung untuk menghisap tali carrier. Kedua: Perah dengan perlahan/lembut. Jangan terlalu kuat kerana khuatir akan merosakkan material dalaman carrier seperti span pada shoulder strap dan waist pad. Ketiga: Sidai/Jemur ditempat terbuka yang berangin tetapi tidak direct dengan sinaran matahari agar tidak cepat lusuh. Contoh: di bawah bumbung porch rumah atau di bawah pokok. Keempat: Pastikan carrier betul-betul kering terutamanya dibahagian yang tebal seperti shoulder strap dan waist pad sebelum disimpan atau digunakan semula.
Credit photo: cdn.babygearlab.com
  • Cucian Mesin Basuh; Pertama: Kita perlu memasang semua buckle tetapi melepaskan semua tali yang mungkin selama ini tergulung. Dengan erti kata lain, semua tali haruslah tidak dalam keadaan bergumpal/tergulung. Kedua: Masukkan carrier ke dalam laundry-net. Jika tidak ada laundry-net, boleh masukkan carrier ke dalam sarung bantal dan ikatkan agar tidak terbuka. Ketiga: Pilih setting hand-wash atau delicate-wash atau apa sahaja setting pada mesin basuh masing-masing untuk mode basuhan paling lembut. Tidak perlu masukkan sabun malah pelembut pakakain tidak digalakkan sama sekali. Jika ingin juga menggunakan sabun, gunalah sabun mandian anak kita kerana ia less chemical. Keempat: Setelah siap, jemurlah dengan cara sama seperti cucian tangan.
Credit Photo: https://www.facebook.com/bobitamalaysia/

Bagaimana cara menyimpan baby carrier?

Cara penyimpanan adalah sangat penting bagi memastikan carrier berkeadaan baik dan lebih tahan lama. Berikut antara saranan cara penyimpanan mengikut kesesuaian masing-masing;

  1. Jika kita memakainya dengan kerap, misalnya setiap hari, kita disarankan untuk menggantung/menganginkan carrier di tempat terbuka dan mudah dicapai untuk menggunakannya semula.
  2. Jika kita tidak merancang untuk memakai dalam masa terdekat dan ingin menyimpannya, kita perlu memeriksa keadaan carrier dahulu untuk memastikan carrier dalam keadaan bersih, bebas dari kotoran sisa makanan atau air liur anak. Jika terdapat kotoran, ia perlu dibersihkan dahulu. Jika tiada kotoran, sangkut dan anginkan di terbuka beberapa jam, dan kemudian bolehlah dilipat/digulung untuk disimpan.
  3. Ada yang ingin menyimpan carrier untuk tempoh yang sangat panjang, contohnya apabila anak sekarang sudah tidak memerlukan carrier, kita merangcang untuk menyimpan carrier untuk anak yang akan datang. Ia mungkin 1-2tahun akan datang. Kaedah penyimpanan yang disarankan adalah sama seperti sebelum ini dengan tambahan ia lebih baik disimpan dalam beg kedap udara seperti beg plastik berzip. Selain itu boleh juga meletakkan silica gel untuk meyerap lembapan agar carrier tidak berkulat. Kita boleh guna silica gel ini dari pek-pek makanan dan mungkin kotak kasut yang baru dibeli. Ada sesetengah baby ada carrier telah dilengkapi silica gel dalam plastik packaging mereka. Jika tidak ada, kita boleh juga membeli silica gel ini secara on-line. Ia banyak dijual.
  4. Elak simpan carrier di dalam kereta terutamanya di bonet – Pemeruwapan bahan kimia enjin & udara panas terkumpul boleh merosakkan carrier. Risiko tertumpah air bateri juga dapat dielakkan.
Contoh Silica Gel

Semoga bermafaat!

 

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.

 

Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *