Sesuatu yang mendebarkan setiap ibu bapa apabila nak toilet training anak untuk pertama kali. Kadang kala rasa seperti mustahil. Betul ke boleh anak aku ni buang air di tandas? Jawapannya, ya memang boleh. Saya juga dulu rasa seperti ianya mustahil. Tapi dengan ilmu, perkongsian penglaman orang lain serta kemudahan peralatan yang ada di pasaran membuatkan sesi latihan menggunakan tandas untuk anak saya yang berusia 3tahun menjadi lebih lancar. Alhamdulillah.
APA SYARAT MINIMA UNTUK MULA LATIH ANAK MENGGUNAKAN TANDAS (TOILET TRAINING)?
#1- Ibu ayah sendiri sama-sama bersedia, bersetuju dan berkerjasama untuk melatih anak. Kalau mak aje yang beria, ayah buat taktau tak boleh jugak (atau sebaliknya). Ini penting kerana ia akan memberi kesan secara psikologi kepada kita sebagai ibu ayah juga agar tak ada antara kita yang rasa stress bila anak terkucil kelak. Nak mengelap/membersihkan air kencing dan kadang kala najis anak yang bertaburan perlukan kesabaran dan ketelitian agar tidak menjejaskan kesucian ibadah kita di dalam rumah.
#2- Anak dah boleh faham arahan ringkas. Walaupun tak boleh bertutur lancar pun tak mengapa. Biasanya umur 2thn++ dah boleh mula, bergantung kepada perkembangan anak. Contoh arahan ringkas ialah, anak faham apabila kita suruh berdiri, duduk, mari sini dan sebagainya. Jika anak anda dah boleh buka dan pakai seluar sendiri, itu lebih memudahkan.
#3- Kesabaran dan kerajinan ibu ayah amatlah diperlukan. Ini kerana kebarangkalian anak terkucil malah mungkin terberak dalam seluar dan mungkin tercicir merata rumah sentiasa ada Jadi sabarlah, ia tak akan berlarutan lebih dari seminggu. Insyaallah. Ia juga mungkin akan menjadi kenangan yang melucukan kelak.
BAGAIMANA NAK MULA LATIH ANAK MENGGUNAKAN TANDAS (TOILET TRAINING)?
#1- Bawa anak untuk buang air sekerap mungkin. Ada yang kata setiap 15minit, ada yang kata setiap 30minit, ada juga yang kata setiap satu jam. Pengalaman saya sendiri, kami mulakan dengan setiap 30minit untuk hari pertama dan kedua. Anak nak kencing atau tidak, kami buka seluarnya dan bawa ke tandas dan suruh anak kencing. Macam mana nak suruh kencing? Sebutlah “Danial, kencing ye (sebutlah nama anak anda). Shhhh…shhhh…” Insyaallah dia memang akan kencing. Tapi kalau dia tak kencing, jangan kecewa. Mungkin cuba lagi selepas 15minit. Sebab dia tak kencing. Kalau anak dah kencing, mungkin dalam tempoh 30minit berikutnya boleh ulang langkah sama. Lepas hari ke-tiga, kami bawa ke toilet setiap satu jam pula. Masuk hari ke-4, dia dah boleh refuse untuk ke tandas kalau dia tak rasa nak kencing. Pada saat ini, petanda dia dah faham kalau nak kencing perlu ke tandas. Kalau taknak kencing tak perlu. P/S untuk hari-hari pertama kami masih pakaikan lampin jenis pants. Jadi muda buka dan pakai. Bila anak dah mula pandai untuk bagitahu, kami tak lagi pakaikan lampin. Kami pakaikan toddler training pants sahaja. Nanti dihujung entri ini saya cerita lebih lanjut tentang apa itu toddler training pants dan bagaimana ia berfungsi dan membantu proses toilet training ni ok?
#2- Pesan pada anak ulang-ulang kali, kalau nak kencing bagitahu ya. Kencing di tandas ya. Untuk anak yang masih dalam proses latihan, walau kita pesan berkali-kali, kemungkinan untuk anak terkucil tetap ada dalam minggu pertama latihan. Sebab anak mungkin ralit atau khusyuk bermain atau menonton dan terlupa untuk bagitahu yang dia ingin kencing lalu terkencing. Namun biasanya apabila anak ini dah terkencing, mereka akan beritahu kita dengan segera. Dan kita pun perlulah sepantas kilat bereskan apa yang perlu ya. Jangan marah anak, tapi bercakaplah dengan baik dan ingatkan lagi agar lain kali beritahu ya. Walau apa pun terjadi, jangan pakaikan lampin semula pada anak. Ini akan menganggu proses latihan. Sekali lagi, secara peribadi penggunaan training pants agak membantu untuk mengelakkan kebocoran melampau menyebabkan ‘banjir’ air kencing dalam rumah.
#3- Beli peralatan ‘Potty Training’. Ini mungkin memberi motivasi kepada mereka untuk ke tandas dan memudahkan kita juga sebagai ibu bapa. Apa yang saya pernah beli untuk latihan anak setakat ini?
No.1 – Toddler Training Pants – RM12/pc (online – Baby Base Camp)
Mula-mula saya beli 3helai aje dulu untuk cuba. Memang sangat membantu. Materialnya dari 100% cotton tshirt. Di bahagian dalam ada lapisan seperti tuala untuk serapan. Selain tu, dibahagian tengah pula dari material yang waterproof, jadi tak bocor kalau anak terkucil (seluar ni ada 3lapisan, luar cotton tshirt, tengah waterproof, dalam macam tuala).
Lepas meyakini keberkesanannya, saya beli lagi 3helai. Jadi total ada 6helai seluar ni. Saya rasa 6helai memang jumlah yang optimum untuk ada sebab bila anak terkucil, sempatlah basuh dan keringkan. Seluar ni agak tebal, tak macam panties biasa, jadi lambat sikit nak kering.
Waktu ni memamg anak dah bebas diaper 100% 😉 Dia dah boleh cakap nak kencing even buka dan pakai seluar sendiri untuk ke tandas selepas lebih kurang 3minggu training. Namun tetaplah kita kena pantau untuk dia basuh kencing bersih-bersih dan siram tempat kencing nya.
Design pun comel-comel, jadi dia memang bersemangatlah nak pakai :-p
Ini gambar close up seluar ni. Memang puas hati dengan kualiti materialnya. Saya beli online aje. Tu pun susah nak dapat sebenarnya. Kalau berminat nak beli boleh dari Facebook Markas Si Kecil
No.2 – Potty Ikea – RM9.90/pc (online – Ikea Deco by Ayla’s Closet)
Training Potty ni banyak kita boleh jumpa di kedai-kedai baby, tesco, giant semua ada. Tapi saya beli online jugak sebab Ikea punya ni paling murah :-p Masalahnya Ikea ada kat KL je kan, saya ni duduk kat Kedah. Saya memang selalu beli barang Ikea secara online dari Personal Shopper Ayla’s ni, jadi sekali beli benda lain, order sekali potty pot ni 😉
Kenapa di sarankan untuk guna potty pot ni? #1 sebab bagi motivasi jugaklah kat budak-budak ni untuk kencing kat toilet, sebab ada seat sendiri kan. #2 sebab sebelum ni dia kencing kat lantai je, jadi kena siram bersih-bersih lah kan sebab toilet jugak tempat kita nak wuduk, takut ada sisa-sisa yang tertinggal. Bila pakai potty pot, terkawal lah sikit.
Inilah rupa potty pot Ikea. Yang RM9.90 ni memang yang paling simple. Ada juga yang Ikea punya yang lebih mahal. Boleh cabut/keluarkan potty dalam tu. Boleh tengok kat website Ikea atau direct tanya personal shopper online Ikea Deco by Ayla’s Closet ok?
No.3 – Potty Toilet Seat – RM9.90/pc (Mr. DIY)
Toilet seat ni pun senang je nak jumpa kat supermarket. Tapi memang paling murah jumpa kat Mr. DIY ni lah, RM9.90 je. Kalau kat tesco dalam belas-belas ringgit, tapi still tak lebih RM20 lah jenis yang macam ni.
Penting jugak seat ni sebab body budak-budak kan kecik, kalau tak alas, boleh tenggelam diorang dalam tandas :-p Ada jugak yang jual online jenis siap yang ada tangga tu. Mungkin lebih mudah, tak payah dukung-dukung tiap kali nak guna tandas 😉
Inilah rupa toilet seat tu, ada span lembut, jadi memang selesa dan memberi motivasi lah kot untuk diorang ke toilet 😉
No.4 – Portable Urinal Bottle – RM25 (online – Baby Base Camp)
Botol ni yang terakhir saya beli tapi saya rasa ia sangatlah penting bila anak dah 100% bebas diaper terutama bila nak travel atau naik kereta. Ada sesetengah orang kat rumah tak pakai pampers dah, tapi keluar gi mall ke, mana-mana ke, bagi pakai pampers sebab takut anak nak kencing tiba-tiba kan? Tapi sampai bila nak macam tu?
Saya bersyukur sangat jumpa botol ni. Jadi tak risau kalau naik kereta dan travel sebab anytime anak boleh nak kencing. Budak-budak umur 3-4 tahun ni bukan reti nak tahan kencing (diorang sebenarnya dah tahan lama, cuma once diorang cakap nak kencing tu adalah waktu yg mereka dah betul-betul meruncing dan dah tak boleh tahan) waktu tu kita cakap suruh tahan pun tak ada makna lagi sebab memang diorang dah takleh tahan :-p Jadi kita memang kena bagi diorang kencing serta merta lah. Kalau tak banjir lah jawabnya :-p
Kalau nak spare botol mineral kosong biasa dalam kereta pun boleh, tapi kalau budak lelaki ok lah lagi kan, kalau perempuan macam mana nak kencing dalam botol mineral? Jadi urinal bottle ni memang design khusus untuk tampung air kencing. Ada design untuk lelaki dan perempuan. Selain tu, rekaannya yang anti-tumpah membuatkan walaupun botol terbalik atau ditunggang pun airnya tak terkeluar semula. Melainkan memang kita buka semua komponen botol untuk tujuan nak cuci barulah boleh keluarkan air. Kalau anak main-main dengan botol tu waktu ada air, Insyaallah tak terkeluar airnya. Jadi memang saya tak risau dan saya dah usung botol ni merata naik flight, naik train, dan pergi holiday ke luar negara. Memang sangat membantu. Thumbs Up. Memang rare botol ni. Boleh beli dari FB: Baby Base Camp – Malaysia.
Inilah rupa botolnya. Comelkan? Kalau orang yang tak tahu, diorang tak syak pun ni botol air kencing 😛 Tapi saya ada nampak pelancong dari luar negara, mungkin orang Singapore yang bawa botol ni di backpack diorang bila travel dengan toddler masa kat Penang haritu. Saya taulah tu botol apa sebab saya pun ada 😛 Jadi memang bukan saya je lah guna botol ni, memang ramai dah ibu bapa kat luar sana yang pakai botol ni sebab ianya memudahkan dan selamat.
Ini pula cara penggunaannya. Selamat dan mudah. Tapi kalau kat tempat public tu sorok-sorok lah sikit, jangan open sangat. Gunalah di tempat terselindung sikit. Sensitiviti orang sekeliling kita kena jaga, ok?
Tak kira perjalanan dekat atau jauh, Memang saya ready je botol ni dalam kereta 🙂 Kalau nak beli, boleh tengok kat Fb: Markas Si Kecil – Malaysia, harap-harap sentiasalah ada stok ye.
Sekianlah dulu serba sedikit yang boleh saya kongsikan tentang pengalaman dalam melatih anak saya untuk ke arah bebas lampin (diaper free) 100% di usia 3tahun. Moga bermanfaat buat semua. Insyaallah.
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.