Saya mula google tentang busy board ni apabila ada yang share tentangnyadi FB. Saya memang cepat terpengaruh kalau apa-apa yang berkaitan untuk permainan anak-anak yang menarik dan menjana minda ni. Dah lama teringin nak buat. Akhirnya terealisasi juga. Di sini saya nak kongsikan pengalaman pembikinannya dan hasilnya. Moga bermanfaat.
Inilah antara barang yang saya beli untuk buat Busy Board ni.

 

Ternyata tidak semudah yang disangka nak kumpulkan barang-barang yang sesuai. Bukan apa, sebab nak bajet. Kalau tak kisah harga mungkin selamba je la beli apa saja dan pastinya board akan lebih meriah. Untuk versi bajet ni pun dah memakan RM30 macam tu. Nanti kita hitung satu persatu secara detail di hujung entri ni ye. Kebanyakan peralatan ini kami beli di Mr. DIY dan ada beli di TESCO dan ada yang dibeli di kedai alat tulis. Jadi ia bukanlah sekali shopping, satu tempat dapat semua. Kena masuk banyak kedai juga. Diulang, ini versi nak bajet. Misi mencari yang murah-murah aje :p
Wafiy tertarik betul dengan dawai bulu-bulu tu. Masa ni baru 95% siap. Belum tampal di dinding lagi.
Untuk suis dan soket, saya gamkan aje pakai gam gajah tu. Untuk selak-selak pintu tu saya skru kan. Skru memang dah disediakan kalau beli selak. Jadi tak perlu susah-susah cari skru. Pastikan anda ada pemutar skru jugalah ye. Skru kan dengan berhati-hati di board ok? Oh ya… saya gunakan memo board, yang biasa orang cucuk pin warna warni tu untuk lekatkan memo. Board yang saya beli ni agak nipis, jadi bila skrukan peralatan-peralatan tu semua mata skru akan tembus ke belakang dan menyebabkan bahagian belakang tidak rata. Jadi saya lekatkan pula polisterine board dibelakang untuk ratakan permukaan dengan double sided tape dan tampal di dinding.
Acara perasmian :p
Wafiy memang suka main selak tu. Tak jemu-jemu
Kegemaran hampir semua budak-budak kot. Suka main suis. Jadi memang seronoklah dapat main tanpa dihalang :p

 

Hasilnya memberangsangkan. Wafiy leka main. Bangun tidur buka mata ternampak board, terus bangun nak petik suis. Tengah-tengah malam sebelum tidur selak dulu pintu :p Alhamdulillah, nampak ada improvement dalam skill menyelak dia. Sebab setiap selak tu tak sama. Ada teknik dan step yang berbeza.
Setakat hari ini, Wafiy belum faham macam mana nak guna selak berantai tu. Dia ada cuba, tapi asyik terlepas. Takpa, practice make perfect :p Bab tekan suis memang tak perlu ajar, tapi memang dia perlu belajar teknik mengumpul tenaga untuk tekan suis. Dari pemerhatian saya, ada jari dia yang kuat dari jari yang lain. Jadi dia akan pilih untuk tukar jari bila satu-satu jari tu tak mampu nak tekan suis tu. Pada saya ini suatu aktiviti yang baik bukan sahaja untuk fizikalnya malah mindanya.
Kos? Ya agak tinggi. Walaupun simple macam ni harganya sekitar RM30.

 

Okey, mari kita lihat kosnya secara terperinci;

 
Lock Berantai RM4.90
Spot Mirror RM3.30 (2pcs-guna 1pc sahaja)
Basket RM1.30
Board RM 5.30
Socket RM 2.50
Switch RM 3.20
Lock Besar RM3.50
Lock Kecil RM 1.80
Colours Stripe RM3.30 (satu pek-guna setengah pek sahaja)
Hook RM0.50 (satu-guna dua)
Polisterine Board RM7.50 (satu keping-guna suku keping sahaja)
Double sided tape RM3.50 (satu gulung-guna setengah gulung sahaja)
Cuba totalkan: RM41.10 adalah jumlah sebenar yang dibelanjakan. Tapi memandangkan ada bahan yang kita tak guna semuanya macam double sided tape tu, saya taklah guna sampai segulung. Tapi tetap juga kena beli segulung. Ye tak? Selain tu, polisterine board tu pun guna 1/4 aje. Ada lebih lagi. Nanti kalau nak buat busy board lagi, bolehlah guna.
Kalau-kalau ada ibu ayah yang rasa nak juga buat busy board ni untuk anak, tapi takde masa nak cari bahan dan apatah lagi nak buat. Saya sudi menerima tempahan. Harga / budget / upah kita boleh discuss. WhatsApp saya di 0102314714 okey? Bagi yang nak buat sendiri, SELAMAT MENCUBA.
Video: Wafiy bermain Busy Boardnya
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *