[Baby Carrier & Airport Security Check]
.
Pagi-pagi tadi dapat soalan ni dari ‘Encik Tugeda’ Mohd Khairul Othman 😁Dah lama saya nak posting tentang ni, tapi asyik lupa je. Maklumlah lepas balik dari travel, mesti letih. Lepas tu hilang sebahagian ingatan🤣 Sebelum lupa lagi, baik saya cepat-cepat tulis…hehe 😁
.
Ramai ibu ayah yang tanya dan penasaran bila bab travel dengan baby ni. Apatah lagi kalau naik kapal terbang. Antara yang utama adalah, masa SECURITY SCANNER CHECK di airport nak kena ke buka carrier?
.
Dari pengalaman saya, yang kerap menggunakan pengangkutan awam jenis udara ini, Alhamdulillah tidak pernah disuruh buka carrier. Dan kita BOLEH terus melangkah BERSAMA BAYI DI DALAM BABY CARRIER TANPA PERLU MEMBUKANYA.
Kenapa begitu? Kerana baby carrier yang digunakan tidak mempunyai besi. Jadi ia tidak bermasalah untuk melalui gerbang scanner tersebut.
Namun begitu, jika kita (biasanya ayah) ada memakai tali pinggan berkepala besi, ia perlu ditanggalkan. Jadi jika si ayah yang menggunakan carrier, mungkin perlu menanggalkan carrier dahulu sebelum menanggalkan tali pinggang yang sedang dipakainya.
Oleh itu, mungkin Tips yang saya boleh sarankan:
- No.1: Bagi ibu carry anak ketika nak melalui scanner (ibu biasanya tak pakai tali pinggang).
- No.2: Jika bapa perlu carry anak, jangan pakai tali pinggang dulu, lepas security check baru pakai jika rasa perlu.
Moga bermanfaat dan selamat terbang!.
Updated: Walaubagaimanapun, ada pengalaman dari rakan-rakan saya yang lain, di sesetengah airport akan meminta untuk menanggalkan carrier. Turutilah atas faktor keselamatan. Tapi kalau tak diminta, anda tak perlulah berbuat demikian.
Disclaimer: Gambar yg dipaparkan adalah gambar edit. Realitinya anda tak boleh posing di kawasan security check ok? 😁 Gambar asal, saya menggunakan Tugeda iDeal Newborn SSC ketika anak saya berusia 2bulan++ di I-City Shah Alam ☺️
.
Ingin miliki baby carrier yang ergonomik dan selesa? klik aje mana-mana saluran dibawah: