Hari ke-3 di Bandung~!!!
Kalau anda nak baca kisah hari pertama dan ke-dua kami yang sebelum ini, bolehlah klik pada link okey ๐
ย
Pagi ini kami bergerak dari hotel sekitar jam 8.45pagi. Kami tiba di destinasi pertama kami, Farm House, Lembang ini sekitar pukul 9.30pagi. Memang nyaman suasana di sini. Saya tak pernah tau pun tentang Farm House ni. Supir kami bawa, jadi turun je lah kan. Dan apa yang saya boleh katakan, Farm House ni memang super best dan sangat berbaloi untuk dikunjungi.
ย
Style masuk kebanyakan taman kat sini ialah bayar di entrance waktu masuk dengan kereta tu. Takde kaunter-kaunter tiket bagai. Tiketnya dibayar dan diberi masa nak masuk parking tu. Harga tiket ialah Rp20ribu seorang.ย Sekitar RM6. Tapi tiket boleh digunakan untuk dapatkan segelas susu segar (perisa asli/strawberi/coklat). Jadi, masuk tu macam free lah sebab dapat susu segar satu gelas besar. Memang best ๐
ย
Baru lepas dapat susu masing-masing ๐
Waktu ni masih ย back carry Wafiy pakai Bobita. Senang, selesa dan mudah nak bergerak dari parking sampai ke entrance ni ๐
ย
Masuk je dalam, disambut oleh air terjun yang indah ๐
ย
Wafiy pun menikmati keindahan. Dia memang suka ikan. Seharian duduk tepi kolam ikan pun dia tak kisah :-p
ย
Wafiy dah diturunkan dari carrier. Dia kalau dah nampak air, ikan memang tak layan dah nak ambik gambar ni. Jadi bergambar berdua je lah. Untung ada yang sudi ambikkan gambar :-p Oh ye, nampak ayah Wafiy macam galas beg kan? Sebenarnya itu Bobita SSC Baby Carrier. Bila kita turunkan anak, kita boleh galas kosong macam tu. Jadi lebih mudah, tak perlu fikir nak pegang atau letak dalam beg. Bila galas macam ni pergerakan pun tak terganggu dan yang paling penting ianya selamat, tak akan nak tertinggal kat mana-mana. Banyak kes orang hilang baby carrier sebab tertinggal bila tak pakai ๐ Jadi, pakailah Bobita SSC macam ni, insyaallah lebih mudah dan selesa ๐
ย
Ada rumah Hobbit kat sini ๐
ย
Kalau budak kecik boleh je masuk dalam pagar tu. Wafiy jalan-jalan dalam pagar rumah Hobbit tu. Kalau kita tak lepas, kena merangkak kot, sebab bumbung dia rendah…hehe~
ย
Cantik kan~ effect romantis di situ. Kat sini banyak hiasan akar macam ni. Cantik sangat ๐
ย
Signboard pun cantik :p
Love locks~
Memang penuhlah orang mengunci cinta di sini :p
Lepas kunci, diorang campak kunci mangga tu dalam telaga ni ๐
Ini cinta kami. Tak dikunci, dia bebas berlari. Memang jenuh jugak mengejar…haha~
Karya mangga-mangga ini memang cantik ๐
Saya tak pasti ini kali ke berapa kami naik turun tangga ni. Nasib baik anak baru sorang, boleh la melayan dia naik turun sampai puas :-p
Nak jugaklah gambar satu dekat akar-akar ni ๐
Memiliki gambar keluarga yang sempurna masih menjadi impian :p
Kambing Biri-biri. Ada simbol ‘no camera’. Jadi tak berani pi ambik gambar dekat-dekat. Mungkin kambing-kambing ni takut kamera juga selain takut air. Mngkin lah~ :p
Ini anak-anak lembu. Sebenarnya di sini tempat kita nak try bagi susu pada anak lembu. Tapi kami datang awal, susu dalam botol untuk anak-anak lembu ni belum ready. Nak tunggu macam lama lagi nak siap sebab diorang tengah mandikan anak-anak lembu masa ni ๐
Anak-anak lembu yang comel.
Ini tempat landak bermain ๐
Rabbit in the house~!!!
Boleh beli seikat carrot dengan harga Rp2ribu untuk bagi arnab makan ๐
Anak kambing biri-biri yang comel. Sebenanrnya boleh masuk dalam kandang dan pegang-pegang biri-biri ni. Tapi tak sempat nak ambil gambar pulak. Wafiy agak tidak keruan ketika di dalam ni :p
Farmhouse ni super besar. Ini another side of it. Ala-ala portugis ๐
Kat sini ramai yang pakai baju kembang-kembang macam ni. Tak pasti kena bayar ke tak untuk nak pakai baju ni. Kami taktau pun pasal boleh pakai baju ni. Kalau tau, memang teringin gak nak pakai. Kitorang sampai je terus masuk area Hobbit House tu. So, kalau korang teringin nak pakai, masuk je Farmhouse nanti, terus cari atau tanya staff kat situ mana nak cari baju ni. Kalau dari entrance, pergi ke sebelah kiri kot. Tempat baju ni di tingkat atas. Kami tengok beratur jugaklah orang nak pakai. Bermakna tak mahal atau free lah kot. Dan stok baju ni macam banyak je sebab boleh kata 50% pengunjung pakai baju ni dan boleh pakai untuk ronda seluruh Farmhouse ni. Menarik kan~ ๐
Ini restoran. Kami tak makan kat sini. Tumpang bergambar saja ๐
Wafiy dok berkenan tengok kakak skirt kembang. Kakak ajak ambk gambar, malu ๐
Dating couple~ ๐
Saya adik, dia kakak ๐
Nak kena tangkap jadi Superman baru boleh nak dapat gambar berlima dengan agak sempurna ๐
Akhirnya Wafiy agak keletihan di situ kerana rela didukung…hehe~
Demikianlah sedikit coretan pengalaman dan perkongsian tentang Farmhouse, Lembang ini. Kenapa saya kata sedikit? kerana jika anda ke sana sendiri, anda akan melihat jauh lebih banyak benda di tempat yang best ini. Saya tak dapat nak dokumentasikan satu persatu. Apa yang pasti, jika anda ke sini buat kali pertama, pasti anda akan akan sangat kagum dengan keindahan dan kesungguhan pemilik tempat ini untuk menjadikan ianya satu tempat yang berbaloi untuk dikunjungi disamping memberi kenangan terbaik buat anda sekeluarga. ย Akhir kata dari saya, jika ke Bandung, jangan lupa ke Lembang. Jika dah ke Lembang, pastikan ke Farmhouse, jangan banyak sembang ๐
Ikuti cerita dan pengalaman kami ke destinasi seterusnya, Lembang Floating Market okey~ coming soon.
Nak beli barang baby? Layariย www.markassikecil.com.myย untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.