Alhamdulillah, kami memiliki dua orang anak lelaki buat masa ini yang berumur antara 12bulan dan 5tahun. Sepanjang bergelar ibu-bapa ini, kami sudah banyak kali keluar, travel & melancong bersama anak-anak di dalam dan luar negara sejak dari dalam pantang hinggalah kini yang sulung hampir 5tahun umurnya. Entri kali ini saya akan berkongsi pengalaman tidak terhad kepada persediaan dan tips untuk ibubapa melancong bersama anak kecil sahaja. Insyaallah saya akan rangkumi juga persediaan untuk keluar bersama anak kecil walaupun hanya untuk tujuan sekejap seperti ke klinik, kedai, pasar malam atau pun shopping mall yang mana perjalanannya tidaklah memerlukan kita bermalam hinggalah ke persediaan perjalanan jauh yang memakan masa perjalanan hingga 10jam dan ke atas dan mungkin perlu bermalam di hotel atau rumah orang lain. Saya akan kategorikan kepada 7fasa:

  1. Fasa 1: BAYI DALAM PANTANG
  2. Fasa 2: BAYI 1-4 BULAN
  3. Fasa 3: BAYI 4-6 BULAN
  4. Fasa 4: BAYI 6-12 BULAN
  5. Fasa 5: BAYI 1-2 TAHUN
  6. Fasa 6: Kanak-kanak 2-4 TAHUN
  7. Fasa 7: Kanak-kanak 5 TAHUN & KE ATAS

Moga penulisan saya ini bermanfaat buat ibu bapa semua 🙂

Fasa 1: BAYI DALAM PANTANG
Fasa ini adalah fasa yang paling mudah sebenarnya. Bayi banyak tidur dan mungkin terjaga untuk menyusu sahaja. Namun cabarannya ialah kepada si ibu sendiri kerana masih dalam proses pemulihan luka tidak kira sama ada luka pembedahan atau luka episotomi. Perjalanan panjang semestinya tidak digalakkan. Namun adakalanya kita terpaksa untuk keluar rumah untuk ke klinik terutamanya untuk proses check-up kuning anak. Selain itu mungkin ada yang terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk pulang berpantang di kampung.
Untuk perjalanan singkat (ke klinik):
  • Car seat
  • Pakaikan baju lengan panjang dan seluar panjang
  • Penutup kepala (topi/snowcap)
  • Lampin & 1 set pakaian kecemasan (bayi mungkin buang air besar/muntah)
  • Ibu pakai baju mesra menyusu (jika menyusu badan)
  • Susu dalam botol (jika menyusu botol/ke klinik bukan dibawa oleh ibu)
Untuk perjalanan jauh (balik kampung):
  • Seperti di atas, tambahan:
  • Minyak bayi (telon, EO, dll)
  • Bedung bayi (sekarang banyak yang jenis zip, mudah pakai, selesa & selamat)
  • Lampin & Pakaian bayi secukupnya
  • Kain batik/kain alas
  • Tuala & set pakaian secukupnya
  • Sabun mandian

Dinasihatkan agar ketika di fasa ini meminimakan pergerakan ibu & bayi. Elak ke tempat awam kerana antibodi anak masih lemah, dikhuatiri mudah dijangkiti penyakit. Namun, sebagai ibu yang pernah berpantang jauh dari keluarga, adakalanya ada keperluan yang menuntut untuk kita keluar juga. Misalnya ke JPN untuk proses pendaftaran kelahiran, atas faktor-faktor tertentu mungkin ibu perlu turut hadir. Jadi segerakanlah urusan dan guna baby carrier khas untuk newborn untuk memudahkan pergerakan, menjamin keselamatan, & keselesaan ibu serta bayi.

Ini ketika anak saya masih dalam pantang. Penggunaan bedung moden begini membantu dalam memudahkan anak tidur lena dan berfungsi sebagai selimut. Apabila perlu ke klinik misalnya, ia mudah dibawa, dibuka, dan dipakaikan semula. Bedung moden ini boleh didapati di: FB Bobita Malaysia

 

Penggunaan car seat amat disarankan seawal bayi dalam pantang agar dapat membiasakan mereka berada di dalam car seat setiap kali perjalanan menggunakan kereta.

 

Jika ke tempat berhawa dingin seperti hospital/klinik amatlah disarankan untuk memakaikan baju lengan panjang beserta topi/penutup kepala. Ini kerana lapisan kulit bayi sangat nipis, mereka mungkin tidak selesa dengan persekitaran yang sangat sejuk.

 

Berpantang di perantauan ada kalanya memerlukan si ibu turut hadir untuk sesetengah urusan dan perlu menggendong anak yang berusia kurang dari 1bulan. Jadi penggunaan baby carrier khas untuk newborn seperti Bobita Wrap ini sangat membantu saya mengurangkan penggunaan tenaga untuk mendukung anak dalam keadaan yang masih dalam pantang dengan lebih mudah.

 

Fasa 2: BAYI 1-4 BULAN
Rata-rata sebaik sahaja tamat tempoh berpantang 44hari, ibu-ibu dah perlu kembali kepada rutin harian seperti keluar membeli barangan keperluan dapur dan ada yang memilih untuk bercuti buat kali pertama bersama bayi! Atau mungkin bukanlah percutian yang sebenar, tapi lebih kepada kalau si ayah kena outstation, si ibu yang masih dalam maternity leave boleh lah ikut 😉 Jadi ini beberapa tips & panduan yang boleh saya kongsikan:

Untuk perjalanan singkat (ke klinik/pasaraya):
  • Car seat
  • Baby carrier – khas untuk newborn /stroller
  • Pakaikan baju lengan panjang dan seluar panjang
  • Penutup kepala (topi/snowcap)
  • Lampin & 1 set pakaian kecemasan (bayi mungkin buang air besar/muntah)
  • Ibu pakai baju mesra menyusu & nursing cover (jika menyusu badan)
  • Kelengkapan penyusuan seperti susu, air panas dan lain-lain (jika menyusu botol)
  • ‘Diaper Bag’ untuk memudahkan membawa semua keperluan.

Untuk perjalanan jauh (balik travel/holiday):
  • Seperti di atas, tambahan:
  • Minyak bayi (telon, EO, dll)
  • Lampin & Pakaian bayi secukupnya
  • Kain batik/kain alas
  • Tuala & set pakaian secukupnya
  • Sabun mandian
Untuk travel/holiday yang mungkin memerlukan kita bermalam ditempat asing seperti hotel, amatlah disarankan agar untuk membawa kain batik atau kain alas untuk membaringkan bayi kita. Elakkan untuk letak bayi secara langsung di atas cadar hotel. Ini untuk mengelakkan sebarang masalah sensitiviti kulit bayi yang mungkin disebabkan cadar hotel tersebut kurang bersih atau alahan kepada bahan pencuci cadar hotel yang mungkin penggunaan bahan kimia yang lebih tinggi dari kadar penggunaan kita di rumah atau secara domestik.

Minyak telon atau EO dan sebagainya amatlah perlu untuk kita bawa bersama untuk mengelakkan kembung perut atau mungkin gigitan serangga dan sebagainya.

Waktu ni tidur hotel, jadi memang wajib alas anak dari direct letak atas cadar hotel. Selain dari nak elak baby mungkin kulitnya sensitif, ia juga perlu untuk elak bayi kita terkotorkan cadar orang, kot-kot berak bocor ke, termuntah ke 🙂  Selain itu, balm, minyak telon, minyak EO sangatlah perlu kita siap sedia.
Diaper Clutch macam ni pun sangatlah memudahkan kita untuk organize barang keperluan asas bayi ketika travel. Boleh masuk dalam beg tangan atau diaper bag.


Nursing cover
untuk ibu yang menyusu badan mungkin antara item wajib yang perlu disediakan. Ini kerana walaupun kita dah menggunakan baju mesra menyusu, adalah lebih ‘selamat’ kita tetap menggunakan nursing cover jika ingin menyusu di tempat awam, misalnya di kedai makan atau tempat yang memang tiada menyediakan bilik atau ruabg yang sesuai untuk menyusu.

Masa ni first time makan kat luar dengan newborn baby, umur dia dalam 55hari kot masa ni. Walaupun memang pakau baju khas menyusu, tapi rasa lebih ‘selesa’ bila guna nursing cover juga 🙂

Selain itu, penggunaan baby carrier mungkin amat membantu dalam memudahkan pergerakan kerana anak di usia ini masih banyak tidur dan menginginkan keadaan yang selesa dan sentiasa dalam dakapan. Walaubagaimanapun, untuk usia di bawah 4bulan, perlu menggunakan baby carrier yang dikhaskan untuk bayi newborn (bayi 0-3bulan). Selain itu, mungkin ada ibu bapa yang memilih untuk meletakkan anak di dalam stroller. Oleh itu, perhatian dan pantauan perlu diberikan sepanjang anak di dalam stroller memandangkan bayi tidak berada dekat dengan kita.

 

Waktu ni first time keluar dengan baby pergi Giant, beli barang dapur. Baby 54hari, memang tidur je masa ni. Pakai pulak Bobita Wrap ni, memang anan damai lah dia. Saya yang nak membeli pun senang!

 

Lepas shopping, perut lapar. Nak makan pun senang. Baby tidur lena dalam dakapan, maknya makan dengan kenyang :p

 

Masa ni pulak baby 60hari. Bukan niat nak holiday, tapi kebetulan suami ada urusan, jadi bolehlah tumpang sekaki. Ambik angin tepi kolam dengan baby, best jugak!

 

Syoknya pakai Bobita Wrap ni sebab baby memang kompem tidur lena ☺
Ini antara kepentingan carseat untuk newborn. Bila nak makan kat luar, boleh angkut je sekali carseat tu bawak masuk kedai. Si kecil pun selesa, kita pun mudah nak makan. Carseat pun macam baby carrier, ada yang untuk newborn, ada untuk 4bulan ke atas 😉

Fasa 3: BAYI 4-6 BULAN
Fasa ini juga masih mudah kerana anak dah semakin kuat secara fizikal. Mereka juga dah mula pandai dan suka melihat sekeliling. Membawa anak berjalan-jalan seawal usia ini mampu melatih mereka untuk beradaptasi dengan perubahan persekitaran. Secara umum keperluan untuk perjalanan singkat atau jauh masih sama seperti di fasa sebelum ini.

Tambahan pula, di usia 4bulan rata-rata bayi sudah boleh mula digendong menggunakan baby carrier jenis SSC yang standard. Secara peribadi, ia sangat memudahkan!

Masa ni first time pakai baby carrier jenis SSC masa dia baru masuk 4bulan 🙂
Sejak boleh pakai SSC baby carrier, makin seronok la nak berjalan dengan si kecik ni! Gambar ni masa melawat Candi Lembah Bujang, di Merbok, Kedah. Tangga banyak kena daki bukit. Alhamdulillah, nasib baik pakai carrier. Tak lah lenguh mengah sambil nak dukung baby kan 😉

 

Travel dengan anak kecil memang banyak benda nak bawa di tangan. Jadi diaper bag yang praktikal bagi saya adalah dari jenis yang macam ni, boleh galas, banyak compartment dan cantik! Hehe… 😉 Boleh beli di Markas si Kecil juga.

 

Si abang nak main buai segala kat playground, si adik baru 4bulan. Memang dia pun enjoy je bila kita carry macam ni. Si ayah boleh tolong ayun si abang sambil carry si adik. Si emak boleh lah bercanda ria lenggang kangkong sekali sekala…hehe :-p


Kenapa di usia 4bulan baru kita di sarankan untuk mula guna baby carrier jenis SSC? Kerana:

Menurut pakar, bayi 0-3bulan (newborn) belum sesuai untuk gunakan baby carrier jenis kebanyakan  SSC. Bayi 0-3 lebih sesuai untuk menggunakan baby carrier jenis SLING atau WRAP. Ini kerana pakar menyatakan bayi 0-3bulan (newborn) ini mempunyai bentuk tulang belakang semulajadi yg berbentuk ‘C’ atau bahasa inggerisnya natural ‘C’ shaped spine.

Jadi, untuk memastikan bentuk semulajadi tulang belakang ini tidak terganggu, ring sling dan wrap  yang sangat sesuai kerana ianya dari selapis kain yang mampu mengikut bentuk tulang bayi tersebut dengan sempurna. Apabila bayi menjangkau 4bulan, bentuk tulang belakang mereka akan berubah dan semakin kuat serta keras. Jadi tiada masalah untuk mula pakai baby carrier jenis SSC.

Rajah menunjukkan postur tulang bayi newborn yang berbentuk ‘C’.

 

Persamaan posisi bayi dalam gendongan Bobita Wrap dan di dukung dengan tangan secara semulajadi.

 

Fasa 4: BAYI 6-12 BULAN
Fasa ini mungkin bertambah cabaran untuk bawa anak keluar atau travel kerana biasanya anak dah mula makan! Tapi kita tak boleh beri makan sembarangan. Jadi sebagaimana list sebelum ini, ia perlu tetap disediakan namun kini ada penambahan, iaitu keperluan PEMAKANAN untuk bayi kita 🙂

Masa ni first time order baby food untuk dia! Ini produk Izliyah Kitchen. Memang semua bebas gula/garam/msg/pengawet 😉

Kalau di rumah, memang tiada masalah untuk kita sediakan makanan. malah kita boleh masak pada bila-bila masa jika perlu. Namun untuk travel, kita perlu merancang dengan lebih teliti soal pemakanan anak agar semua terjaga. Jadi apakah ‘gajet’ untuk memudahkan pemakanan bayi ketika travel:

Peralatan pemakanan asas:

  • Thermos
  • Mangkuk/bekas makanan bertutup
  • Sudu
  • Bekas/botol minuman
  • Makanan bayi mesra travel
Apabila kita sebut tentang makanan bayi. Diingatkan makanan bayi di bawah 2tahun seharusnya tanpa garam,gula, msg, dan pengawet. Alhamdulillah sekarang dah banyak pengusaha muslim di Malaysia ni mengeluarkan produk makanan khas untuk bayi yang berkhasiat, selamat dan mesra travel. Kebanyakan makanan yang mesra travel ini cuma perlu tambah air panas sahaja! Jika perjalanan singkat seperti untuk ke shopping mall atau kita merancang untuk makan di luar, bolehlah sediakan makanan seperti bubur nasi bayi dari rumah dan suapkan kepada anak ketika sama-sama duduk makan di kedai makan nanti 🙂

Selain itu kita bolehlah juga sediakan kudapan seperti biskut bayi (pastikan beli yang yang tanpa gula, garam, pengawet juga ya). Mungkin kalau berpeluang, sediakan potongan buah-buahan segar dan di bawa bersama di dalam bekas bertutup untuk bayi kita 🙂

Bawa bekal bubur nasi dari rumah untuk si kecil ni 😉 Waktu ni kami ke Rantau Panjang, sempadan Malaysia-Thailand. Kami nak makan mi celup, baby makan makanan dia 🙂

 

Masa ni travel ke Aceh, Indonesia. Bawa biskut ni. Senang buat kudapan. Biskut baby dari IK ni tak guna gula/garam tau. Tapi sedap! Baby suka, mak dia pun suka 🙂

Di fasa ini jangan dilupakan PERMAINAN untuk si kecil kita. Mereka dah mula pandai untuk bermain, jadi sediakanlah permainan yang sesuai dengan umur mereka agar mereka sentiasa rasa gembira, terhibur, dan yang paling penting, kita perlu ingat bahawa bayi banyak belajar ketika mereka bermain, ok?

 

Masa ni travel ke Marang, Terengganu. Bila bagi mainan, rehat lah kejap dari melasak. Khusyuk main apa tu? Itu wooden educational toys. Robot transformers dari kayu! Tak mudah rosak, kuat, tahan lasak. Boleh tengok di FB: Markas Si Kecil, memang banyak mainan yang bermanfaat untuk setiap peringkat umur 🙂

 

Selain itu, di fasa ini ada ibu bapa dah mula untuk bawa anak berenang, mandi kolam, laut atau sungai. Jadi bolehlah sediakan pelampung, jaket keselamatan, dan yang mungkin ramai terlepas pandang ialah swimming diaper! Lampin khas untuk bawa anak berenang. Ada dua jenis lampin renang ni. Ada yang pakai buang (disposable), ada yang boleh guna semula. 

Untuk yang jenis pakai buang ni hampir sama macam lampin pakai buang biasa tu, cuma yang khas untuk mandi ni lebih nipis, tidak mengembung macam lampin biasa. Sebab lampin biasa ada gel yang akan menyerap air sebanyak-banyaknya sampai satu tahap boleh pecah kalau anak kita pakai masa berendam dalam air! Jadi amatlah disarankan untuk pakai yang khas untuk mandi/berenang kalau nak bawa anak berendam 🙂

 

 

Fasa 5: BAYI 1-2 TAHUN
Ini mungkin fasa yang lebih mencabar kerana rata-rata anak-anak kita dah mula berjalan (mungkin berlari!) Mungkin juga fasa ‘carseat strike’ menyebabkan mereka tidak betah untuk duduk di carseat untuk perjalanan yang agak panjang (tapi kalau perjalanan yang lama mungkin mereka akan tertidur lena di carseat mereka).

Saya secara peribadi tidak mengalakkan penggunaan gajet dikalangan kanak-kanak (walaupun dahulu waktu anak sulung saya banyak berikan gajet ketika beliau di fasa ini. Saya akui saya telah membuat kesilapan besar!) Jadi apa alternatif yang ada untuk menenangkan mereka untuk suatu perjalanan yang panjang pada fasa ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah beri mereka makan atau permainan yang ringkas dan sesuai untuk di dalam kereta atau pun pesawat atau keretapi. Pasang lagu di radio, lagu kanak-kanak atau nasyid atau yang lebih islamik, pasang ayat-ayat quran & zikir. Insyaallah ia amat membantu dalam menenangkan anak-anak kecil kita 🙂

Ini antara contoh CD lagu yang best untuk pasang dalam kereta. Banyak lagi lagu kanak-kanak yang ada, boleh beli kat kedai jual CD 😉

Pada usia ini jika merancang untuk travel melihat keindahan alam atau shopping yang benar-benar shopping sangatlah digalakkan untuk menggunakan baby carrier. Sebab? pada fasa ini anak dah boleh jalan. Tapi mereka belum boleh mendengar arahan dan paling sadis, mereka tak ada rasa takut untuk pergi berjalan ke mana sahaja tanpa peneman. Risiko sangat tinggi untuk mereka hilang ketika kita terleka memilih barang atau memberi tumpuan kepada perkara lain walaupun seketika.

Antara sebab kenapa anak yang dah boleh berjalan perlu didukung.

Jadi kalau betul-betul nak shopping, pakailah baby carrier. Jadi anak memang sentiasa dalam pantauan dan dakapan. Tak perlu risau apa-apa tentang keselamatannya. Kalau rasa nak main kejar-kejar kat shopping mall dengan anak, bolehlah biar dia jalan sendiri :p Selain faktor keselamatan, penggunaan baby carrier sangan membantu untuk memudahkan pergerakan. Jika tempat sesak, kita tak perlu berjuang untuk menyelit guna stroller atau berhimpit di lift shopping mall.

Memang senang shopping 😉
Kalau ayah-ayah, diorang memang suka back carry, memang senang nak memilih segala ikan udang ayam! Anak pun selamat dalam pantauan 😉

Untuk suasana travel yang lebih santai, keadaan tidak begitu membahayakan, kita bolehlah biar anak berjalan sendiri. Namun di nasihatkan untuk pakaikan harnest keselamatan. Sekarang banyak ada dijual, pelbagai rekaan. Ada yang seperti beg galas bertali. Ada juga yang macam gari tu…hahaha. Walauapapun rupanya, walauapapun pandangan kita atau orang terhadap pengunaan alat tersebut, bagi saya kita boleh abaikan selagi ia adalah cara yang efektif untuk memastikan keselamatan anak kita terjamin dan kita mampu menikmati kehidupan dengan tenang. Ha gituuu :p

Ini antara harnest keselamatan yang terdapat di pasaran.

Fasa 6: Kanak-kanak 2-4 TAHUN
Fasa ini tidak jauh beza cabarannya dengan fasa sebelum ini. Namun kebiasaannya anak dah boleh berkomunikasi dan menerima arahan mudah dan menyatakan perasaan atau kemahuan mereka. Jadi apa yang perlu kita EXTRA sediakan di fasa ini ketika travel? jawapannya ialah duit CASH! hahaha…ini bukan gurauan ye. Di fasa ini anak dah pandai meminta. Kadang kala kita kalau nak lintas satu-satu kedai kita dah perhati jauh ke depan adakah ada ranjau onak berduri di hadapan? (anyone can relate this) hehe…jika ada kita elakkan lah lalu depan kedai tu :p

Di fasa ini memang sentiasa kena bawa duit lebih :-p

Tapi kadang-kadang kita tak dapat nak elak. Anak ternampak mainan yang dijual. Kalau kita memang nak terus balik, boleh aje kita abaikan permintaanya (kalau kita rasa pembelian itu tidak memberi manfaat kepadanya). Nak menangis pun kita biarkan aje sebab dah boleh terus masuk kereta dan balik.

TAPI kalau memang kita tengah travel, bercuti pulak di tempat orang. Kita pun taknak lah rosakkan mood dia dan kalau mood dia rosak dengan mood kita sekali nanti karam di lautan :p Jadi untuk mengharmonikan perjalanan indah kita, sediakanlah wang lebih untuk kes-kes sebegini.

Lumrah si kecil memang sukakan permainan. Apatah lagi permainan baru. Jadi kita perlulah meraikan dan menyantuni aanak-anak ini (meyantuni ye…ewah, ni perkataan trending 2018 ni :p) Kadang-kadang bukan lah mereka minta permainan sepanjang masa, ada kala mereka ternampak makanan yang sedap (pada fikiran mereka), dan minta untuk kita belikan. Jadi memang kita ke sentiasa ada spare wang lebih kalau travel dengan anak kecil ni. Moga kita semua terus dimurahkan rezeki untuk memberi sesuatu yang terbaik untuk anak-anak kita 🙂

Masa ni kami ke Bandung, Indonesia. Nampak tu, sekejap jumpa minuman, lepastu lalu kedai plush toys, lepastu jumpa aiskrim (^.^) kat dia ja habis berpuluh ringgit! Tapi nama pun holiday, nak semua happy-happy je. Dan tengokla muka happy dia tu :p

 

Masa ni di Asean Night Bazar, Hatyai, Thailand. Memang banyak ‘ranjau’. Lepas beli satu, diam lah dia. Khusyuk main (^_^)
Antara kenangan masa anak sulung 3thn+, kami ke Hatyai, Thailand. Saya tengah hamil 5bulan masa ni. Jadi memang ayahnya je lah carry si abang sepanjang kat sana. Selesa dan memudahkan dengan Bobita SSC 😉


Fasa 7: Kanak-kanak 5 TAHUN & KE ATAS
Di fasa ini lain pula cabarannya :p Kebiasaannya pada fasa ini atau seawal umur anak 3-4tahun kita dah mulakan latihan ‘toilet training’ untuk anak bebas lampin (diaper free). Kadang-kadang tu di rumah dah lulus cemerlang, setiap kali nak buang air mereka boleh ke tandas sendiri. Tapi bila travel, AllahuRabbi, dah last minute betul baru nak bagitau yang nak terkencing. Kena pulak tengah-tengah traffic jam dalam kereta. Tak pun kat tengah-tengah highway, tengah hutan, tengah malam (fuh dramatik sungguh ) tapi inilah realiti. Bila dia bagitau dia nak terkencing tu, kita ada kurang dari 15saat untuk bersedia! hahaha…jadi apa solusinya?

Bila travel sangat disarankan untuk sediakan, spare botol khas untuk tadah kencing anak. Secara tradisional rasanya mak ayah kita dulu akan sediakan botol mineral kosong dalam kereta untuk kita kencing (kalau masih ingat la). Kalau lelaki memang ok la nak guna cara tu…kalau perempuan? susah la sikit.

Tapi di dunia serba maju ini, sudah ada ‘gajet’ untuk membantu kita menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih kepada mereka yang telah mencipta botol khas untuk tampung kencing anak dengan rekaan berbeza untuk lelaki & perempuan. Botol ni juga anti tumpah jadi kita tak risau isi dalamnya tertumpah dan sebagainya. Ia satu produk yang sangat memberi kelegaan kepada saya apabila travel bersama anak yang dalam proses bebas lampin ni 🙂

Selain itu, penggunaan waterproof training pants juga amatlah digalakkan. Rupanya seperti seluar dalam biasa, tapi dilengkapi dengan material kalis air dan penyerapan minima. Ia sangat membantu untuk mengelakkan seluar anak basah atau air kencing tercicir kalau anak terkincit di dalam seluar ketika tak sempat nak sampai ke toilet. Kadang-kadang silap percaturan, kita pun boleh dibasahi kalau anak terkincit masa kita tengah nak bawa dia ke toilet. Jadi dengan adanya seluar waterproof ni, risiko sebegitu dapatlah dikurangkan 🙂

Inilah dia botol tu, comelkan? Saya memang sentiasa spare dalam kereta.

 

Masa ni kami ke Sungai Petani, Kedah. Dia baru mula diaper free masa umur 3thn+, Memang bawa spare lah ke mana saja botol tu 😉

 

Untuk anak toddler, kalau nak travel, ini 3item yang wajib bawa lah 🙂

Secara umum, sekianlah perkongsian tentang tips travel, bercuti bersama bayi & anak kecil  untuk entri ini. Moga bermanfaat dan membantu ibu ayah semua. Selamat travel bersama anak-anak! 😉

Bonus: Beberapa gambar extra ketika kami travel!

LANGKAWI!

 

MEKAH

 

GOING TO LANGKAWI

 

Masa ni travel sorang-sorang je dengan baby dari KL-Penang

 

KELANTAN!

 

JEPUN! ehhh…taklah, pasar malam je ni :p

 

MUZIUM PADI, KEDAH.

 

MENARA ALOR SETAR, KEDAH.

 

BUKIT TINGGI, PAHANG

 

Travel berdua lagi. saya dulu kerap travel berdua je dengan baby sebab masa tu tengah sambung belajar. Alhamdulillah, penggunaan baby carrier memang sangat membantu.

 

IKEA!

 

HATYAI, THAILAND!
PLAYGROUND!
TRAVEL WITH FLIGHT

 

PANTAI SENOK, BACHOK, KELANTAN!

 

PULAU SABANG, ACEH, INDONESIA!
BONUS LAGI! Video pulak :p
Antara kenangan terindah 🙂
Pakai Bobita Wrap untuk newborn. Masa ni baby umur 2bulan.
Happy Baby, Happy Parents. Jom Travel dengan mudah!
Travelling to Aceh, Indonesia 2018
Kalau berminat nak beli travelling gears yang akan memudahkan kita travel dengan anak kecil, boleh visit 3page ni:
 
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil. 
SELAMAT TRAVEL SEMUA!

 

Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *