Buku Resipi untuk Hidangan Anak Anda

ANDA ingin mempelbagaikan makanan untuk anak yang berumur enam bulan ke atas? Adakala, anda sering merungut apabila anak-anak anda tidak mahu makan. Si dia lebih menggemari makanan berbentuk snek yang tiada khasiatnya. Adakah anda menghadapi situasi begini? Adakalanya juga bagi ibu-ibu yang sentiasa mengambil berat tentang pemakanan berkhasiat anak-anak, mereka buntu memikirkan menu-menu yang sesuai untuk anak-anak mengikut perkembangan usia mereka. Mereka tercari-cari hidangan yang mudah dibuat, menjimatkan kos dan penuh zat. Jangan susah hati kerana anda boleh mempelbagaikan makanan untuk si manja itu…