Jika anda Google makanan pilihan di Pulau Pinang, anda pasti akan menemui Nasi Kandar Beratur ini~!!! Kami pun akhirnya berjaya mencubanya. Maklumlah ia hanya buka dari jam 10malam. Siang tak buka. Kalau nak makan malam pula,  lewat sangat. Sebab tu selama ni tak berkesempatan nak merasa Nasi Kandar Beratur ni. Kebetulan hari ini kami makan petang berat, jadi pukul 11.30malam baru terasa lapar. Jadi Nasi Kandar beratur here we go!~!!! Sekitar jam 12.15malam kami tiba di lokasi dengan bantuan aplikasi Waze. Taip saja Nasi Kandar Beratur, pasti jumpa. Ianya terlerak di Jalan Masjid Kapitan Keling dan betul-betul di sebelah pagar Masjid Kapitan Keling. Waktu kami sampai orang tetap masih ramai dan beratur 😉
Papan tanda kedai menunjukkan resipi dari tahun 1943 dan dibuka pada pukul 10malam.
Dah nama pun nasi kandar beratur, mesti la kena beratur :-p Dalam kereta tadi Wafiy dah tertidur. Jadi masukkan je dalam baby carrier hikmat kami ni, tak terjaga pun, tetap tidur lena. Taklah lenguh tangan ayahnya nak dukung sambil beratur 😉
Giliran dah sampai~!!! Pilihlah lauk kegemaran kita 🙂
Senarai harga nasi dan lauk. Anggar bajet anda. Harganya standard, taklah mahal.
Ini yang kami makan: saya ambil ikan kari dan bendi rebus. Suami ambil ayam gulai dan bendi juga. Total RM12.70. Tidak termasuk air. Ok la tu kan? 😉
Posing sebelum makan. Haha.. Wafiy tengah tidur belakang ayah dia. Tak merasa la dia :-p
Nasi Kandar Beratur. Checked.
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *