Menu ni kita sering lihat dan makan di kedai-kedai makan ketika waktu tengah hari. Malah ini antara menu kegemaran saya jika makan tengah hari di luar atau tapau lauk bawak balik rumah. Tapi tak pernah masak sendiri di rumah. Hari ini saya cuba buat sendiri. Tanpa rujuk mana-mana resipi, pakai instinct aje. Menjadi juga. Inilah cara saya buat:
BAHAN-BAHAN
1 tube tauhu telur
1 batang cili merah
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air
5 tangkai cendawan
Garam
CARA-CARA
#1
Kerat tauhu telur kepada 6kerar dan goreng hingga kulit luarnya agak keras. Hati-hati ye sebab tauhu ni lembut sangat dan mudah pecah. Setelah siap goreng, ketepikan.
#2
Bawang besar dihiris nipis manakala bawang putih dan halia diketuk bagi pecah aje. Tak perlu hiris. Tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau.
#3
Masukkan 2cawan air ke dalam tumisan. Sementara menunggu air itu mendidih, bancuh tepung dengan sedikit air.
#4
Masukkan bancuhan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga mencapai kepekatan kuah yang anda mahu. Setelah itu masukkan bahan-bahan lain seperti cendawan (diracik-racik), serbuk lada hitam, cili merah yang di hiris serta tauhu yang telah digoreng tadi.
#5
Tambah garam secukup rasa. Agak-agak cendawan dah cukup masak, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang. Boleh juga nak tambah sayur lain seperti lobak merah atau sayur campur (peas+jagung+carrot) – mix vege.
Mudahkan? Makan dengan nasi panas-panas sedapnya…. Anak saya yang umur 2tahun tu pun makan nasi banyak suap sebab menu ni.
SELAMAT MENCUBA
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.