CARA-CARA:
(1) Bawang Holland dipotong dadu. Tumis dengan butter.
(2)Hiris nipis cendawan, masukkan dalam tumisan.
(3)Masukkan air ke dalam tumisan.
(4)Bancuh tepung gandum dengan sedikit air agar larut dan tidak berketul. Setelah air mendidih, masukkan bancuhan tepung sambil kacau.
(5)Masukkan kicap. Kicap ni sebagai pewarna kepada sos agar berwarna gelap disamping memberi rasa masin. Jadi kalau nak gelap, letaklah lebih. Tapi awas jangan sampai hitam legam pulak nanti…hehe..
(6)Tumbuk blackpaper hingga hancur seperti pasir. Masukkah ke dalam masakan.
(7)Hampir siap. Sesi touch up. Rasa sos, kalau kurang masin, tambah garam. Kalau kurang rasa blackpaper, tambahlah. Kalau sos cair, tambah tepung. Kalau terlalu pekat tambah air.Ikut selera masing-masing 😉
Kacau-kacau, tutup api, SIAP!!!
SELAMAT MENCUBA
Wafiy pun suka…dia celup french fries…makan sos ja… |
Makan dengan roti bakar pun sedap untuk breakfast 🙂 |
Sesuai untuk budak-budak yang suka mencicah ni. Roti bakar + sos blackpaper. |