Ketika entri ini ditulis, usia kandungan saya ialah 28minggu. Saya baru sahaja lepas menaiki pesawat Air Asia untuk kesekian kalinya. Ini adalah kandungan ke-dua saya, Alhamdulillah. Sejak kandungan pertama dahulu (tahun 2013) juga saya kerap menaiki pesawat. Untuk kandungan ke-dua ini, sudah 4kali saya menaiki pesawat seawal belasan minggu usia kandungan. Jadi saya ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman / prosedur / peraturan menaiki pesawat atau kapal terbang bagi ibu hamil atau mengandung, untuk Air Asia secara khusus dan kapal terbang lain secara umum. Moga bermanfaat. Insyaallah.
Jika anda merancang untuk menaiki pesawat Air Asia, anda boleh rujuk website mereka untuk informasi berkaitan peraturan secara umum, dan prosedur secara spesifik seperti berikut:
Disebabkan ianya ditulis dalam Bahasa Inggeris, mari saya translate secara ringkas point-point penting dalam Bahasa Melayu ye:
#1- Pastikan kandungan anda bukan kandungan yang berisiko. Dapatkan konsultasi doktor jika perlu.
#2- Jangan naik pesawat jika kandungan anda berisiko tinggi.
INFORMASI PENTING:
(A) Usia Kandungan: Dari 1-27minggu perlu mengisi borang khas untuk ibu mengandung. Borang ini boleh didapati dari pegawai yang bertugas di pintu gate berlepas ketika kita nak boarding. Maklumkan kepada mereka yang anda hamil sekian minggu, mereka akan beri borang tersebut kepada anda untuk diisi.
(B) Usia Kandungan: 28-34minggu perlu bawa bersama surat dari doktor yang mengesahkan usia kehamilan anda. Tarikh surat tersebut haruslah dalam tempoh 30hari dari hari anda menaiki pesawat tersebut. Selain itu, anda turut perlu mengisi borang yang disediakan oleh pihak Air Asia.
(C) Usia Kandungan: 35minggu ke atas anda tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Ini adalah borang yang saya isi ketika usia kandungan 27minggu untuk menaiki pesawat Air Asia dari Pulau Pinang ke KLIA2.
Ketika saya ingin manaiki pesawat sekali lagi pada minggu berikutnya, usia kandungan telah masuk 28minggu. Jadi saya telah ke sebuah klinik swasta untuk dapatkan surat doktor untuk mengesahkan usia kandungan saya yang pada ketika itu telah masuk 28minggu pada hari saya akan menaiki pesawat. Bawa bersama buku pink untuk rujukan doktor tersebut. Biasanya klinik akan charge untuk consultation fee. Anda boleh tanya dahulu di kaunter klinik berapa bayaran yang akan dikenakan. Di klinik ini bayaran yang dikenakan ialah RM30. Kalau nak free, boleh cuba ke klinik kerajaan atau KKIA yang anda selalu buat check-up.
Ini adalah surat yang doktor tulis untuk saya bawa bersama ketika penerbangan tempoh hari. Pramugari/pramugara akan minta surat ni. Tapi mereka akan pulangkan semula kepada kita untuk kenang-kenangan :p
Alhamdulillah, saya telah selamat pergi dan pulang dengan pesawat di usia kandungan 28minggu ketika ini.
Informasi tambahan: Ini anak sulung saya dan suami. Untuk memudahkan pergerakan naik turun pesawat, kami menggunakan baby carrier yang ergonomik jenama Bobita 🙂
Kami selalu naik Air Asia aje, jadi kena naik turun tangga kalau di airport lain selain KLIA2. Dengan baby carrier yang selesa macam Bobita SSC ni memudahkan pergerakan kita, terutama jika ada hand luggage. Mudah nak angkat beg bersama. Tak perlu risau pasal nak dukung anak sebab anak memang selamat dalam dakapan Bobita 😉
Sebelum saya hamil kali ke-2 ni, saya sering travel naik pesawat bersendirian bersama anak sulung. Penggunaan baby carrier yang selesa seperti Bobita SSC ni memang sangat-sangat membantu. Anak pun sering tertidur dalam carrier ni 🙂
Dengan baby carrier Bobita SSC ni memang seronok. Mudah nak travel. Kami tak gunakan stroller sama sekali walau bercuti ke luar negara. Dengan baby carrier yang ergonomik seperti Bobita SSC ni anak terasa ringan dari berat sebenar. Rekaanya yang baik membuatkan anak selesa dalam dakapan dan kita pun tak lenguh-lenguh badan tau 🙂
Nak beli carrier yang best macam kami pakai ni? Boleh visit www.facebook.com/bobitamalaysia atau Instagram Bobita Baby Carrier Malaysia atau direct boleh beli di LAZADA atau Shopee. Untuk brand Bobita ni confirm 100% asli, tak ada yang tiruan tau. Jadi memang puas hati pakai, kualiti terjamin. Kami dah pakai lama, sejak tahun 2014 sampai sekarang untuk anak yang sulung yang dah umur nak masuk 4thn ni. Senang travel dengan Bobita ni. Insyaallah next sambung adik dia pulak pakai. Memang berbaloi 😉
Sekian perkongsian saya buat kali ini, moga bermanfaat.
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.