Memakai stoking atau sarung kaki ketika berpantang bak aur dan tebing yang tidak dapat dipisahkan. Stoking memang sudah jadi aksesori wajib buat wanita selepas bersalin, ataupun keguguran.

Manusia banyak kehilangan haba melalui tapak kaki. Pemakaian stokin adalah baik untuk menyimpan haba dan mengekalkan suhu badan yang optimum. Menyentuh tapak kaki secara langsung ke lantai yang sejuk kemungkinan boleh mengubah suhu badan ibu dengan drastik dan apabila badan menjadi lebih sejuk, penyembuhan dalaman selepas bersalin mungkin akan terganggu.

Selepas bersalin, perubahan sel darah pada saluran darah ibu akan berlaku. Yang paling ditakuti ialah darah beku pada salur darah dibetis kerana ibu selepas bersalin sudah tentu kurang aktif bergerak, hanya duduk-duduk atau baring sambil menyusukan bayi. Pengaliran darah yang tidak lancar terjadi dalam keadaan ini dan meningkatkan risiko darah beku. Pemakaian stokin boleh membantu mengecutkan otot bahagian betis dan menggalakkan pengaliran darah.

Semasa mengandung pula, salur darah pada bahagian kaki ibu terdedah untuk mengembang dan ini juga meningkatkan risiko untuk pembekuan darah dalam salur darah di betis. Pemakaian stokin dapat membantu untuk melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan darah beku.

 

STOKIN BERPANTANG

Harga: RM7 sepasang

Diperbuat daripada material yang sangat selesa, tebal dan mudah menyerap air.

Saiz: Free size

Berminat? Klik saja mana-mana saluran di bawah:

 

 

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *