Jalan-jalan di Jakarta – Taman Mini Indonesia Indah, Mangga Dua, Ikea Jakarta
Alhamdulillah, JAKARTA telah kami jejaki 🙂 Ini sebenarnya bukanlah perjalanan percutian sebenar. Kami dari Pulau Pinang melawat saudara di Jakarta dan kemudian ke Bandung, dan seterusnya balik lagi ke Jakarta untuk naik flight ke KLIA. Walaubagaimanapun, kami sempat jugalah berkunjung ke beberapa tempat menarik di Jakarta yang boleh saya kongsikan dan mungkin boleh dijadikan panduan jika anda akan ke sana bersama anak kecil seperti kami 🙂 Airport Penang. Macam biasa, kalau dah nama pun ke airport, mesti akan ada kedai-kedai coklat macam ni. Siapa…