Rice Pumpkin Sweet Corn 150G – 6m+
(Bubur Nasi Segera diperbuat daripada 100% beras putih, 100% Labu Kuning, 100% Jagung Manis,1 Botol 10 kali makan.)
- Tiada bahan pengawet
- Tiada garam dan gula
- Tiada bahan perasa
- 100% homemade
- 100% halal
- Hanya Tuang Air PANAS sahaja dan kacau
Dapat Bantu Tidur Lena, Ini 5 Kelebihan & Khasiat Bubur Labu & Jagung Manis Untuk Bayi Yang Mama Kena Tahu
.
1. MELANCARKAN PENCERNAAN
Labu mempunyai kandungan fiber / serat serta karbohidrat kompleks yang bagus untuk melancarkan fungsi penghadaman bayi.
Pengambilan labu secara sederhana dapat membantu bayi membuang air besar dan turut mengelakkan sembelit.
.
2. MEMBANTU BAYI TIDUR LENA
Menurut The Baby Sleep Site, labu juga memiliki komponen unik yang digelar tryptophan yang membantu tubuh menghasilkan serotonin.
Serotonin berfungsi sebagai neurotransmitter iaitu sejenis bahan kimia yang dikaitkan dengan kegembiraan, rasa tenang dan relaks.
Kehadiran serotonin serta asid amino dalam labu dikatakan boleh menggalakkan bayi untuk tidur lebih lena!
.
3. MENINGKATKAN KESIHATAN MATA BAYI
Warna kuning dan oren pada buah labu sebenarnya berasal dari komponen beta-karoten dan vitamin A yang berfungsi menjaga kesihatan mata bayi.
Selain itu, kehadiran lutein dan zeaxanthin pada labu kuning juga berguna untuk melindungi permukaan mata dan membran mata daripada jangkitan.
.
4. BAIK UNTUK PERTUMBUHAN TULANG YANG KUAT
Banyak lagi khasiat labu untuk bayi yang amat sesuai bagi perkembangan bayi.
Kalsium dan magnesium menggalakkan tulang yang kuat, zat besi membantu pembentukan sel darah merah, manakala fosforus menggalakkan fungsi otak
.
5. MENAMBAH BERAT BADAN BAYI
Dalam 100 gram jagung, terdapat sekitar 350 kalori. Untuk itu jagung dapat menjadi penyelesaian yang efektif untuk menaikkan berat badan bayi.
Reviews
There are no reviews yet.