Digunakan secara tradisional sebagai tungku untuk memanaskan badan, mambantu melancarkan peredaran darah, pecahkan angin dalam badan, meredakan bengkak, serta menatasi kelesuan. Ia juga membantu mengempiskan perut selepas bersalin.
Cara:
- Panaskan batu sungai dengan api perlahan,
- Kemudian lapikkan kain dengan daun-daun herba seperti daun mengkudu, daun lengkuas,
- Letakkan batu yang telah dipanaskan tadi atas daun tersebut dan balutkan dengan kain tersebut.
- Tuam dibahagian tertentu pada badan seperti di abdomen, belakang pinggang dan bahagian badan yang mengalami sakit
Tungku batu sungai telah lama digunakan sejak turun-temurun untuk amalan ibu selepas melahirkan anak. Bertungku bukan sahaja untuk wanita dalam pantang tetapi boleh juga digunakan untuk:
✅melegakan kaki kebas
✅sakit-sakit badan
✅sakit ketika datang bulan
✅boleh menjadi media menguruskan badan sebagai
✅ganti sauna dan terapi kecerdasan diri
✅Bertungku dipercayai boleh membuang angin di dalam badan dan mengembalikan kecergasan badan ibu selepas bersalin yang sememangnya lemah.
Bahagian badan lain yang perlu di tungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak, belakang badan dan belikat. Tungku juga di bahagian buah dada, bertungku di sekitar buah akan melancarkan pengaliran darah. Bertungku baik dilakukan ketika berbaring.
PERINGATAN : Jangan letak tungku di tengah perut. Bertungku juga membantu kita mengurangkan lemak di bahagian perut. Bertungku lah selama 1/2 jam pagi dan petang.
Reviews
There are no reviews yet.