Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah hujung minggu yang lalu kami telah berkesempatan berkunjung ke Entopia, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Dahulu ia dikenali sebagai Taman Rama-rama. Ia telah ditutup sekian waktu untuk proses baik pulih dan naik taraf. Kini ia telah dibuka semula sejak 2hb Mei 2016 yang lalu dengan nama baru, iaitu Entopia. Secara peribadi saya merasakan harga tiketnya agak mahal, namun apabila melihat anak saya sangat gembira dan senyum gelak tawa tidak putus sepanjang kami di sini, jadi saya rasakan ‘pelaburan’ untuk ke sini adalah sesuatu yang berbaloi Β πŸ™‚
Sebaik sahaja kita masuk ke perkarangan parking Entopia ini, kita dah dapat lihat ‘monumen’ yang menarik ini. Jadi janganlah lepaskan peluang untuk bergambar okey~ πŸ™‚ Turun dari kereta, macam biasa, ayah Wafiy terus pakai baby carrier hikmat kami, Bobita SSC yang best ni sebab taknak Wafiy lari-lari awal sangat. Nanti tak sempat kejar. Rancangnya dah masuk dalam nanti baru turunkan dia πŸ™‚
Senang ada baby carrier macam ni, selesa. Kalau untuk anak yang dah boleh jalan macam Wafiy, kami selalu carry bila nak kena jalan jauh atau banyak jalan. Tak larat nak dukung kalau pakai tangan macam biasa. Berat dia pun dah 12kg lebih. Jadi bila rasa nak cepat, nak mudah bergerak, memang kami carry dia dengan Bobita SSC ni. Kalau ada anak yang belum boleh berjalan, lagilah amat disarankan untuk pakai carrier macam Bobita ni. Sebab kalau pakai Bobita ni memang selesa, tak lenguh tangan, tak sakit badan. Pakai lah 2-3jam pun takde masalah. Anak pun sedap siap tidur lagi kat badan kita. Memang mudah.
Apatah lagi kalau nak ke tempat macam Entopia ni. Stroller macam tak berapa sesuai. Sepanjang kami kat sini pun tak nampak orang pakai stroller. Sama ada diorang dukung macam biasa je anak diorang atau pakai baby carrier macam kami πŸ™‚ Sebab apa? kat Entopia ni sekejap masuk indoor, sekejap outdoor. Sekejap naik bukit, sekejap ada tangga… So, stroller memang tak digalakkan lah. Nak mudah berjalan dengan baby, memang baby carrier yang ergonomik macam Bobita SSC ni lah jawapannya πŸ™‚
Once beli tiket, kita akan diberi tagging tangan macam ni. Berapa harga tiket? heee~
Sehingga 31 Julai 2016
Dewasa RM39
Kanak-Kanak RM23
Warga Emas (60tahun ke atas) RM23
Kanak-Kanak bawah 3tahun dan OKU Percuma
Β 
Selepas 31 Julai 2016
Dewasa RM49
Kanak-Kanak RM29
Warga Emas (60tahun ke atas) RM29
Kanak-Kanak bawah 3tahun dan OKU Percuma
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari
(termasuk cuti umum)
9am-8pm
(tiket terakhir dijual pada pukul 6pm)
Maklumat lanjut boleh lawati laman web rasmi mereka:Β http://entopia.com/
Melangkah aje masuk dalam, tersergamlah peta seluruh Entopia ni. Ha, besarkan? Siap sedia lah sekurang-kurangnya 2jam kat sini okey~
Inilah antara suasana terawal apabila kita memulakan pengembaraan di Entopia ni. Memang luas dan memukau. Di sini sebenarnya banyak rama-rama berterbangan, ada yang menghisap madu di bunga-bunga dan juga buah-buahan yang disediakan.
Ini cuma sebahagian kecil rama-rama yang saya dapat kongsikan…ada banyak lagi dan memang seronok tengok pelbagai jenis rama-rama yang berwarna warni.
Sebenarnya di Entopia ini lebih dari rama-rama. Ada pelbagai lagi haiwan dan serangga di sini, seperti biawak, belalang, dan macam-macam lagi. Memang banyak. Baru suku perjalanan, hp saya dah habis bateri sebab ambil banyak sangat gambar dan video. Jadi terpaksa pakai camera hp suami pula lepas tu. Jadi nasihat saya, kalau ke sini, charge la bateri penuh-penuh, bawa power bank, selfie stick atau kamera khas kalau ada :p
Antara yang best di Entopia ni adalah surau yang selesa dan bilik persalinan bayi yang lengkap dengan air bertapis dengan suhu panas dan sejuk untuk memudahkan ibu bapa membancuh susu dan sebagainya. Sebagai seorang Muslim dan ibu kepada anak kecil, kemudahan sebegini amat membahagiakan :-p
Ada macam-macam tema di sini. Ini tema gua pula πŸ˜‰
Ini tema futuristik kot :-p
Bunga-bunga lampu LED~ cantik sangat~!!!
Ini antara yang dapat saya kongsikan… Memang banyak informasi yang di sediakan. Tinggal rajin atau tak je nak baca satu per satu πŸ˜‰
Ada animasi perkembangan rama-rama di pancarkan ke lantai. Jadi budak-budak macam Wafiy ni memang enjoy la nak tengok. Walaupun mereka mungkin tak faham apa-apa lagi :-p
Monumen jutaan rama-rama. Memang cantik. Kalau tengok real memang terpukau. Gambar saya ni kamera pun tak cantik… Kesan dia tak begitu wow lah :p Tapi real… Memang wow~!!!
Ini antara sclupture yang menarik πŸ™‚
Terowong masa depan πŸ˜› Lampu ni bertukar-tukar warna dan bergerak. Memang budak kecik macam Wafiy seronok sangatlah lalu sini… Ulang alik 10kali pun tak boring. Jenoh pujuk untuk move on :p
Beredar lagi ke ‘alam’ lain, dunia beluncas mungkin :p Kemudia ada panggung wayang. Bolehlah duduk untuk rehatkan kaki sambil menonton filem berinformasi yang ditayangkan.
Melangkah lagi ke alam gua pula~
Ini alam makanan kot…banyak replika makanan besar-besar :-p
Jemput makan :-p Wafiy syok betul, lama dia duduk mengadap nasik tu πŸ˜‰
Ini dunia lebah pulak πŸ™‚
Ini macam fantasi sikit. Ada penerangan pada setiap ruang tema, tapi saya yang tak sempat baca. Sempat ambil gambar je :-p Maklumlah… Nak kena perhati Wafiy yang excited ke sana- sini πŸ˜‰
Selamat datang ke dunia bawah tanah.
Kat sini sangat menarik. Siap ada terowong yang kita kena merangkak untuk masuk. Budak-budak memang seronok sangat lah. Mak budak pun masuk jugak, sekali round je lah, sakit lutut merangkak…hehe… Wafiy masuk banyak kali… Seronok tengok serangga-serangga hidup dalam tu, tengah makan dan sebagainya πŸ˜‰
Ini bahagian serangga air. Wafiy suka sangatlah tengok ikan-ikan / serangga air ni πŸ™‚
Last but not least, kerusi special ni…hehe.. Ada ulat hidup tau dalam kerusi tu. Aktif bergerak pulak tu… Kalau korang geli, memang tak sanggup nak duduk la kan…tapi Wafiy relax ja, dia syok tengok ulat-ulat tu tergedik-gedik :p Kalau anda dah jumpa kerusi ni, bererti Entopia dah hampir ke penghujungnya…
Macam biasa, setiap tempat yang macam ni pasti ada sourvenir shop kan πŸ™‚ So, bolehlah kalau ada yang nak beli sesuatu buat kenangan.
Kami keluar dari sini sekitar pukul 7malam. Sempat lagi bergambar sekali lagi kat luar ni. Bila dah malam, diorang pasang lampu kat luar bangunan ni, cantik sangat πŸ™‚
Sekian saja perkongsian saya buat kali ini. Pergilah melancong. Ok? Selamat melancong πŸ™‚
Video: Pengalaman di Entopia, Penang.
Nak beli barang baby? LayariΒ www.markassikecil.com.myΒ untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

2 Comments

Leave a Reply to Atiqah Abu Bakar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *