Alhamdulillah, dengan sukacitanya saya nak bercerita tentang Wonderfood Museum yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Memang best tempat ni. Memang sangat disarankan untuk singgah ke sini jika anda ke Pulau Pinang.
Search aje di Google map, pasti akan menemui lokasi yang tepat. Jadi jangan risau πŸ˜‰
Parking tidak menjadi masalah, kami ke sini pada hari Sabtu (normal weekend, bukan cuti sekolah atau cuti umum). Ada banyak parking tersedia di kawasan ini. Ada juga parking bertingkat di dalam bangunan. Insyaallah tak perlu berjalan jauh beribu batu dari parking kereta untuk ke muzium tu πŸ˜‰
Kami pun melangkah laju ke arah muzium, excited betul bila tengok entrance dia. Wafiy yang dalam carrier pun melonjak-lonjak kegembiraan :-p
(Nak baby carrier macam ni? Best tau…senang nak travel dengan anak kecil. Tak lah lenguh dukung anak memanjang πŸ˜‰ Boleh tengok-tengok di FB: Bobita Baby Carrier Malaysia)
Masuk aje pintu muzium, akan kelihatanlah kaunter tiket tersergam. Apa lagi, jom beli tiket πŸ™‚
Sebagaimana gambar di atas, itulah harga tiket ye. Bagi saya ianya satu nilai yang berbaloi. Dan kanak-kanak bawah 3tahun macam Wafiy free. Tak perlu bayar πŸ™‚
Ini dia tiket masuk. Simpanlah buat kenangan :p
Bila travel dengan budak-budak ni biasalah, macam-macam hal. Di kaunter tiket tu ada jual berapa jenis minuman. Wafiy nampak peti ais tu, jadi dia nak la apa lagi. Food and drinks tak boleh bawa masuk, ye lah, kang tumpah susahkan orang lain pulak. Jadi kami duduk dulu di ruang legar di kawasan kaunter tiket sampai Wafiy puas minum, barulah kami masuk.
Masuk aje dalam muzium, WoOww…banyaknya makanan. Dan semuanya looks so real. Staff muzium pun sangat friendly, tolong kami ambil gambar family dekat setiap pameran makanan intro ni. Makanan melayu, cina, india dan yang petak-petak tu Nasi Kandar. Haha ~
Tengoklah tu, memang macam betul. Wafiy nak pegang pun takut. Dia ingat makanan betul (baguslah, kitorang takut dia nak ambik/cabut). Rupanya dia macam geli sebab looks so real mcm basah and fresh~!!! Kitorang tanya staff tu, ni makanan betul yang dikeraskan ke? Dia kata tak…semua wax. Wooww..hebat teknologi diorang buat benda ni.
Ini antara makanan yang dipamerkan. Sebenarnya banyaaaakkk lagi. Tapi saya tak capture semua la :p
Kalau dah ke sini, aksi-aksi ini jangan dilepaskan. Semua props telah disediakan. Macam-macam. Memang menarik πŸ™‚
Wafiy memegang kuali dengan penuh hati-hati :p
Kami dok suspen takut Wafiy takmau lepas ja benda tu :p
Terima kasih sekali lagi kepada staff muzium yang sangat sporting untuk ambil gambar semua pengunjung secara sukarela. Diorang sendiri yang datang kat kita dan suruh kami posing ambil gambar πŸ™‚
Laksa terbesar di dunia :p
Cendol terbesar di dunia πŸ˜‰
Tiada yang tak besar melainkan yang besar-besar belaka :p
Laksa, nasi lemak ayam goreng, mi kari udang, sate~!!!
Ohh ye, muzium ni dua tingkat ye. Jom kita naik tingkat atas pula πŸ˜‰
Naik aje tingkat dua, terus terhidang roti canai gergasi untuk kita semua :p Jom share-share makan. Kenyang seminggu. Hehe…
Wafiy terpesona dengan roti canai gergasi :-p
Ahaaii…onde-onde atau buah melaka pun gergasi jugak πŸ˜‰
Acah-acah makan mee πŸ˜‰
Alamak~
Tumpah pulak :p
Mi Tarik satu siap πŸ˜‰
Di sini ada satu seksyen yang mempamerkan makanan-makanan yang termahal di dunia. Sushi dengan emas, burger dengan emas, kopi dengan emas, pizza dengan emas. Ada staff muzium yang ceritakan tentang rutin makan emas ini untuk kecantikan kulit dan kesihatan. Patutlah orang-orang kaya tu cantik-cantik. Bukan takat pakai emas. Tapi makan sekali. Walaubagaimanapun, pengambilan emas ini ada hadnya, jika berlebihan ia akan menjadi toksin di dalam badan. Setiap kali makan, emas tu nipis, macam tisu aje katanya πŸ˜‰
Lepas tengok makanan dari emas, kita akan melalui lorong telur goreng gergasi..haha… Memang macam telur goreng betul πŸ˜‰
Antara spot yang ceria. Wafiy seronok sangatlah, time ni makin susah nak control, sampai coklat kat dinding pun dia nak cabut…hahai :p kat sini pun ada staff muzium yang sentiasa standby untuk ambilkan gambar πŸ™‚
Ni lollipop yang kecik dan paling ringan. Ada replika aiskrim semua dia nak. Tapi berat-berat….tak larat angkat woo :-p
Di akhir-akhir pengembaraan bersama pelbagai makanan di muzium ini penuh pengajaran. Simbolik ikan jerung mati bergelimpangan tanpa sirip dan berlumuran darah dibawah meja mengingatkan kita bahawa amalan memakan sup sirip jerung (shark fin soup) adalah sesuatu yang kejam. Wafiy sememangnya suka ikan. Dia nampak sedih dan ngeri dengan apa yang dilihatnya πŸ™
Ada juga dipamerkan jumlah bilangan sudu gula yang sepatutnya diambil oleh kanak-kanak, remaja, lelaki dan wanita dewasa dalam sehari.
Turut dipamerkan bilangan sudu gula yang ada dalam setiap makanan kita.
Tiba-tiba Wafiy ternampak seseorang di sudut dinding…
  • Wafiy kaget. Rupa-rupanya ia patung seorang kanak-kanak yang sedang makan dari bungkusan di atas lantai. Saya usap patung itu sambil berkata, sayang dia. Wafiy ikut. Mungkin dia faham bahawa ini sesuatu yang menyedihkan πŸ™
“Every minute of every day four children die for hunger”
  • Sungguh menyedihkan. Kita bersuka ria dengan makanan, tapi ramai yang mati kebuluran. Mugkin kita tak mampu membantu mereka yang di sana, tapi sekurang-kurangnya janganlah kita berlebih-lebihan dalam makanan apatah lagi melakukan pembaziran.
  • Tahniah Wonderfood Museum Penang. Anda telah memberikan pengalaman yang menarik buat kami di sini. Perjalanan indah yang berwarna-warni diakhiri dengan nasihat penuh bermakna.
  • Moga muzium ini dapat dikembangkan lagi di masa hadapan. Sekian dulu coretan saya buat kali ini. Wassalam.
Nak beli barang baby? LayariΒ www.markassikecil.com.myΒ untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

2 Comments

Leave a Reply to Atiqah Abu Bakar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *