Saya tak pasti resipi Anis Moist Chocolate Cake ni dah dibocorkan atau Anis yang ikut resipi ni 😉
TAPI
Yang pasti hasil dari resipi ni memang sama sebijik rasanya macam kek Anis yang RM6 untuk bekas love tu 😉
Pastikan anda ikut betul-betul ye untuk dapatkan rasa yang sama.
BAHAN-BAHAN:
(Bahan A)
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak
(Masukkan semua dalam periuk, dan masak atas api sehingga larut dan sebati)
(Bahan B)
3 biji telur
1/2 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu besar sodium bikarbonarnat
(Topping)
1/2 cawan gula
1/2 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
(Masuk semua dalam periuk, masak atas api sehingga larut, sebati dan PEKAT)
Bahan-bahan yang mudah diperoleh. Tak susah nak cari bahan.
Ini sukatan cawan/cup yang saya guna. Nak guna cawan biasa pun boleh, cuma perlu konsisten guna cawan yang sama untuk semua sukatan ye.
CARA-CARA:
#1
Pukul telur dan gula hingga kembang
#2
Masukkan Bahan A yang telah siap dimasak atas api sehingga larut ke dalam telur dan gula yang telah kembang. Pukul sebati.
#3
Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, dan sodium bikarbonat. Pukul sebati.
#4
Panaskan pengukus. Masukkan adunan ke dalam bekas-bekas yang sesuai untuk dikukus seperti bekas plastik, loyang besi, atau bekas kaca. Jangan guna bekas kertas macam cupcake, dikhuatiri wap kukus itu akan membasahi bekas.
#5
Kukus selama 15-20minit. Check sama ada telah masak atau belum dengan cucuk lidi atau garfu pada kek. Jika lidi atau garfu itu tiada lekatan cairan coklat, bererti telah masak. Jika belum masak teruskan pengukusan sehingga masak. Check dari semasa ke semasa. Waktu mengukus mungkin berbeza berdasarkan saiz bekas yang kita gunakan.
#6
Sementara tunggu kek masak, boleh buat topping. Masukkan semua bahan topping dalam periuk, masak atas api sehingga sebati dan pekat.
#7
Setelah kek dan topping masak, apabila kedua-duanya telah suam (nak tunggu sejuk pun boleh), tuang topping ke atas kek.
Satu adunan ini saya dapat 2bekas 4segi dan 2 bekas bulat.
Tuang topping coklat.
#8
Sesi touch-up. Saya taburkan chocolate rice sebagai hiasan dan penaik seri. Anda bolehlah hias cara anda tersendiri 🙂
Senang aje kan?
SELAMAT MENCUBA~!!!
 
Wafiy ratah toping coklat :p

*topping lebih boleh simpan buat makan dengan roti 😉

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

2 Comments

  1. kuriah bakar says:

    cik Atiqah.
    Saya ada menerima kiriman brg berharga dr seorg kwn yg baru kenal tp kami mesra dlm fb. Tapi caj yg di kenakn terlalu tinggi. Mereka yg menguruskan penerimaan brg2 dr luar negara yg menalifon saya. kalau saya tdk bt pembayaran katanya semua brg2 itu akn di lupuskan. Betul ke?
    Dan saya sruh mereka kembalikan kpd pengirim pun mereka kenakan bayaran jgk. Saya nk tya betulke semua ni. Ada law ke mcm tu?Saya puan Aziah.

  2. kuriah bakar says:

    cik Atiqah.
    Saya ada menerima kiriman brg berharga dr seorg kwn yg baru kenal tp kami mesra dlm fb. Tapi caj yg di kenakn terlalu tinggi. Mereka yg menguruskan penerimaan brg2 dr luar negara yg menalifon saya. kalau saya tdk bt pembayaran katanya semua brg2 itu akn di lupuskan. Betul ke?
    Dan saya sruh mereka kembalikan kpd pengirim pun mereka kenakan bayaran jgk. Saya nk tya betulke semua ni. Ada law ke mcm tu?Saya puan Aziah.

Leave a Reply to kuriah bakar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *