Alhamdulillah, JAKARTA telah kami jejaki πŸ™‚
Ini sebenarnya bukanlah perjalanan percutian sebenar. Kami dari Pulau Pinang melawat saudara di Jakarta dan kemudian ke Bandung, dan seterusnya balik lagi ke Jakarta untuk naik flight ke KLIA. Walaubagaimanapun, kami sempat jugalah berkunjung ke beberapa tempat menarik di Jakarta yang boleh saya kongsikan dan mungkin boleh dijadikan panduan jika anda akan ke sana bersama anak kecil seperti kami πŸ™‚
Airport Penang. Macam biasa, kalau dah nama pun ke airport, mesti akan ada kedai-kedai coklat macam ni. Siapa yang paling gembira? pastilah anak-anak anda :-p
Wafiy dah masuk kedai ni macam tak boleh keluar. Sebagai ibu bapa dengan anak kecil, sila bawa duit extra ye. Sebab kadang-kadang anak ni minta sesuatu yang tak kita jangka. Kena lah beli, kalau tak, nanti mengamuk, habislah. Kita nak travel jauh ni kan~ kena jaga mood semua orang πŸ™‚ Budak kecil macam Wafiy ni belum faham lagi kalau kita kata tak boleh πŸ˜›

 

Kami pun beli lah satu mainan antara yang paling murah di kedai tu (tau-tau je lah harga barang kat airport kan~ ini aje RM25 tau) Alhamdulillah Wafiy happy, kami apatah lagi, lagilah happy melihatnya. Walaubagaimanapun, lepas je beli kami bawa dia duduk jauh-jauhlah dari kedai tadi. Takut dia nampak lagi kedai tu, nak beli lagi, bankruptlah :-p

 

Masa terluang menunggu pesawat diisi sebaiknya. Alhamdulillah. Kalau tak beli tadi, boring jugak taktau nak buat apa kan. Kami memang ada bawa mainan dari rumah spare untuk dia dalam beg. Tapi dia dah dapat mainan baru, biarlah dia main yang baru ni puas-puas πŸ™‚
Time for boarding. Biasalah nak masuk pesawat mesti beratur lama kan…budak kecik macam Wafiy ni mana reti duduk diam. Kalau taknak dia lari-lari, kena dukunglah. Tapi dah berbelas kilo ni, memang tak larat nak dukung lama-lama. Jadi memang baby carrier ni lah penyelamat kami. Dia Wafiy selesa, ayahnya yang carry pun tak rasa berat. Tangan pun bebas, boleh angkat hand luggage lagi. Mudah kan? Saya amat sarankan kalau ibu ayah nak travel dengan baby dan anak kecil ni, pakailah baby carrier yang ergonomik, selesa seperti Bobita SSC ni ya πŸ™‚
Selamat tinggal Pulau Pinang. Korang nampak tak tu Jambatan Pulau Pinang kat tengah-tengah laut tu? :-p

 

Kalau kita naik flight antarabangsa, kita akan dapat borang Kastam ni. Satu keluarga satu borang. Jadi pastikan anda bawa pen bersama-sama ketika naik flight agar tak perlu pinjam pen dari orang lain yang mungkin anda tak kenali di dapam pesawat.

 

Wafiy dah penat berlari-lari, main di airport. Dalam flight baru berapa minit dia dah tidur. Alhamdulillah πŸ™‚

 

Menu kegemaran saya apabila naik International Flight ke Indonesia. Nasi Kuning Manado ni memang sedap πŸ™‚ Semua rempah memang terasa. Kat Malaysia memang belum pernah jumpa yang seumpamanya. Harga? agak mahal, tapi sekali sekala apasalahnya. IDR55ribu sekitar RM18. Jadi kita boleh pilih nak bayar dalam rupiah atau ringgit.

 

Macam nilah rupanya bila sampai. Nasi Kuning Manado. Memang disarankan untuk anda makan jika lapar dalam flight ke Indonesia ok?

 

Dah nak gelap, Jakarta cepat satu jam dari Malaysia. Dan memang cepat gelap. Pukul 6petang++ dah Maghrib. Kami pun hampir tiba ke destinasi πŸ™‚

 

Alhamdulillah, sekitar 30minit lagi nak sampai, Wafiy pun terjaga dari tidur. Dia pun ceria, cukup rehat, battery full charge :-p Apabila landed, ayahnya pun buckle up lah dia dalam baby carrier Bobita ni untuk mulakan perjalanan di Ibu Kota Jakarta ni πŸ™‚

 

Airport Jakarta pun besar~ kena banyak jalan. Jadi siap-siapkan stamina dan baby carrier ya kalau dengan anak kecik ni. Bukan taknak bagi dia jalan sendiri, kadang-kadang Wafiy ni jalan amatlah lambat. melencong sana-melencong sini. Kadang-kadang pulak terlebih laju, iaitu berlari terus-menerus. Tak terkejar pulak kita dengan beg-beg ni semua kan. Jadi yang terbaik bagi kami, ialah carry dia dengan Bobita, kami tak penat, Wafiy pun selamat. Alhamdulillah.

 

Antara yang menarik di Jakarta ni ialah kat sana ada GRAB MOTOR~!! kat Malaysia baru ada Grab Car, UBER kereta. Tu pun teksi dah demontrasi tak puas hati kan… Kat Jakarta siap ada Grab/Uber motor malah ada GoJek juga yang mana macam Grab/Uber khas untuk motor. Jadi kalau sorang-sorang, tak payah susah-susah naik kereta, nak hadap jem lagi. Naik je Grab/Uber/GoJek motor ni πŸ™‚

 

Kami sempat juga ke pasar pagi/pasar malam di Jakarta ni. Nampak batu lesung unik ni? Kita biasa makan ayam penyet kan? Sambal diorang pakai batu lesung ni macam ni lah. Sambal diorang bukan tumbuk-tumbuk macam sambal belacan kita. Diorang lumat-lumatkan guna batu yang rata ni πŸ™‚ Menarikkan?
Internet di Jakarta memang super laju dan murah. Saya beli simPATI ni dengan harga Rp50ribu untuk internet berapa gb tak ingat tapi memang guna selama 10hari pun tak habis. Speed pun laju berbanding kat Malaysia. Mana-mana pun mesti dapat signal 4G. Maklumlah pencipta internet 4G yang kita gunakan didunia hari ini memang berasal dari Indonesia. Tidak hairanlah internet mereka laju dan murah πŸ™‚
Hari-hari pertama di Jakarta kami menginap di rumah saudara. Kebetulan rumah saudara kami sangat berhampiran dengan pasar malam yang beroperasi dari petang hari sehingga keesokan paginya pada setiap hari. Ini view pada malam hari dari balkoni rumah.
Ini pula view di pagi hari. Seronok juga melihat para pedagang yang gigih berjualan mencari rezeki yang halal. Moga mereka semua mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin.

 

Kami nak jalan-jalan lah sikit hari ni. Belakang tu lah rumah saudara kami. Itu pula tembok yang memisahkan kawasan pasar dan kawasan rumah. Memang best rumah dekat pasar. Nak sayur apa, ayam atau daging, tinggal langkah aje :-p
Kereta orang Jakarta ni memang besar-besar belaka πŸ™‚ Harini kami tak naik UBER sebab ada saudara yang nak hantarkan. Hantar ke mana? jommmm kita pergi πŸ™‚
Kami dah sampai Taman Mini Indonesia Indah. Siapa yang ke Jakarta memang wajiblah ke sini tau~
Taman Mini Indonesia Indah (TMII) ni sangatlah besar. Tak ada taman seumpamanya di Malaysia. Dalam TMII ni banyak lagi taman-taman lain yang mengikut tema masing-masing. Kalau anda nak tahu lengkap tentang TMII ni, bolehlah Google ya. Ada cable car, macam-macam permainan taman tema dan macam-macam lagi. Β Saya rasa kalau nak ke sini, ke spend dari pagi sampai ke petang. Tu pun belum tentu boleh cover seluruh taman. Kalau anda tak larat nak dukung anak, silalah pakai baby carrier yang selesa macam kami ya~

 

Hasil Google dari di Malaysia lagi, kami decide nak ke Taman Lagenda Keong Emas iaitu salah satu taman yang terdapat dalam TMII ini. Sebab dalam taman ini ada Taman Dinosaur. Wafiy suka sangat dengan dinosaur, jadi kami memang rancang nak ke sini dari awal lagi πŸ™‚ Baru tengok iklan kat tiang, Wafiy sah excited. dia tak mau berganjak, nak tengok itu aje pun takpa agaknya :-p
Ini entrance Taman Lagenda Keong Emas

 


Kaunter tiket.
Kita akan diberika gelang ajaib ni. Untuk masuk dan keluar swap aje. Dalam gelang ni jugak ada nilai beberapa ribu rupiah. Jadi kalau nak masuk mana-mana taman atau beli apa-apa atau main apa-apa semua pakai swap aje. Kalau nilai dalam dah habis, boleh topup di kaunter. Jadi tak ada pembelian secara cash dalam taman ni πŸ™‚

 

Inilah dia Taman Petualang Dinosaurus atau bahasa Inggerisnya Dinosaur Adventure. Kedatangan anda akan disambut oleh Pterodactyl yang sedang mengaum…ehh mengaum ke kalau dinosaur? entahlah. Tapi memang dinosaur di sini seakan hidup. Dengan suara dan bergerak-gerak semuanya πŸ™‚

 

Masuk aje ke taman ini, replika kepala dinosaur ini tersedia untuk kita bergambar πŸ™‚

 

Bermulalah perngembaraan kami di dunia purba dinosaur. Awas. Ada dinosaur yang sembur air. Dinosaur-dinosaur di sini semua dilengkapi dengan movement detector. Jadi jika kita lalu, mereka tahu~ :-p

 

Triceratops~!!! Wafiy memang dah kenal hampir semua jenis dinosaur yang ada di sini πŸ™‚

 

T-Rex. Roarrrrr~!!!

 

Arlo~ atau Long Neck πŸ™‚

 

Baby Dinosaur. Semua dinosaur ni bergerak dan mengaum-ngaum ye~

 

Memang seronok kat sini πŸ™‚

 

Kami round sampai dua kali~ Wafiy suka sangat πŸ™‚

 

Wafiy nak jadi dinosaur?

 

Ankylosaurus~

 

Raptor~ sebagai mak, saya pun hafal dah nama-nama dinosaur semuanya :-p

 

Sebelum balik, Wafiy bergambar dengan ayahnya pula dengan T-Rex ;-P

 

Biasalah, setiap theme park mesti ada kedai cenderahati.

 

Jadi sila berhati-hati sebab anak kita mesti rambang mata nanti ;-P

 

Taman Lagenda. Jika anak anda suka dinosaur, inilah tempat yang superbest untuk anak anda πŸ™‚ Taman ni besar…banyak lagi yang kami tak explore sebab hari macam nak hujan. Asalkan dah lepas niat di hati nak masuk taman dinosaur, dah cukup untuk kami πŸ™‚ Insyaallah kalau ada rezeki lagi kami ke sini, pasti akan kami kembali lagi ke TMII untuk melawat dan naik cable car dan sebagainya πŸ™‚
Next day, kami ke MANGGA DUA. Tempat shopping borong yang terkenal. Kami pun taknak lepaskan peluang lah nak pi tengok-tengok apa yang menarik πŸ™‚ Wafiy seperti biasa ayahnya carry pakai Bobita SSC. Senang, ringan selamat πŸ™‚

 

Tengoklah betapa banyaknya kedai~

 

Kalau nak jenguk semua memang tak cukup satu hari~

 

Untungnya pakai carrier ni, kalau Wafiy ngantuk, dia tak de nak nangis ke apa. Wafiy akan relax je tidur. Kita yang nak shopping atau jalan-jalan pun tak terganggu πŸ™‚

 

Banyak baju~

 

Cuci mata~

 

Antara yang banyak dijual~

 

Baju tidur murah-murah~

 

Baju superhero. Rasa macam nak beli semua~ :p

 

Wafiy yang banyak shopping :p

 

Seronok sangat sampai takmau buka~
******
Keesokan harinya kami ke Bandung. Kalau nak baca tentang perjalanan ke Bandung kami yang superbest, boleh klik di sini:
******
Sesampai saja di Jakarta semula dari Bandung, kami menginap di IBIS BUDGET JAKARTA AIRPORT yang kami telah tempah awal via Traveloka dengan harga RM90++ satu malam. Lengkap dengan sarapan pagi dan shuttle bus percuma ke airport. Satu harga yang berbaloi. Kami pilih hotel ini sebab ingin dekat dengan airport agar tak terlewat sampai ke airport kerana Jakarta terkenal dengan kesesakan lalu lintas yang tiada tandingan :p
Alhamdulillah, memang selesa hotel ni πŸ™‚ Wafiy dengan Iron Man nya yang baru dibeli di Pasar Baru Bandung, Rp100ribu. Sekitar RM30.
Malam itu. selepas makan malam di restoran nasi padang berhampiran hotel, jalan kaki aje. Kemudian kami ambil GRAB untuk ke IKEA Jakarta di Tangerang.
Wafiy dan sahabat baik barunya tak dilupakan :p
Ikea Jakarta tak ada beza dengan Ikea Malaysia. Memang satu tempat yang best lah untuk budak-budak lepak :p
Main permainan-permainan Ikea yang best πŸ™‚
Besarnya beg Ikea~ :p
Wafiy dan MakLong, penggemar barangan Ikea yang mana personal shopper Ikea Malaysia πŸ™‚
Lepas dari IKEA, kami di bawa oleh seorang rakan, orang Jakarta untuk merasa masakan itik πŸ™‚
Ini dia itik goreng di Bebek SBY. Pengalaman menarik buat kami πŸ™‚ Memang sedap dan lembut isi itik di sini πŸ™‚
Selamat pagi. Ini pagi terakhir kami di Jakarta. Sarapan disediakan di cafe hotel πŸ™‚
Pagi yang ceria buat kami πŸ™‚
Inilah shuttle bas percuma yang disediakan oleh pihak hotel untuk ke airport πŸ™‚
Untuk keselamatan barangan, kami wrap bag kami dengan kos Rp50ribu untuk satu bag, sekitar RM15 πŸ™‚
Inilah airport Jakarta. luas ye. Kena banyak jalan. Jadi kalau ada anak kecil, carrylah pakai baby carrier ok?

Selamat tinggal Jakarta~ Moga ada rezeki kami untuk kembali dengan lebih banyak kenangan manis πŸ™‚ Insyaallah.
Gambar bonus: Tempat charge telefon percuma disediakan di ruang menunggu di airport Jakarta. Memang best πŸ™‚
Nak beli barang baby? LayariΒ www.markassikecil.com.myΒ untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

5 Comments

  1. Anonymous says:

    Salam akak. Boleh sy dapatkan no akak. Sy nak tnya pasal penghantaran barang dari indonesia ke malaysia untuk tujuan jualan balik.

  2. TIARA TOURS says:

    HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK β€œTING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

    SERVICES TERMASUK :
    β€’ TRANSPORT
    β€’ PEMANDU PELANCONGAN
    β€’ HOTEL 3 BINTANG
    β€’ BREAKFAST 3X
    β€’ MAKAN TENGAH HARI 3X
    β€’ DINNER 3X
    β€’ SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    β€’ KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    β€’ MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 – 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *