Alhamdulillah, setelah mendaftarkan perniagaan di SSM, seterusnya membuka akaun bank perniagaan, kini saya melangkah untuk membuka akaun KWSP. Apa pentingnya?
#1 Jika anda serius untuk menjalankan perniagaan secara sepenuh masa dan untuk jangka masa panjang.
#2 Pendaftaran di KWSP adalah salah satu langkah awal yang perlu dilakukan dalam proses menjadikan perniagaan anda sebagai satu pekerjaan rasmi di ‘mata’ bank.
#3 Akaun KWSP adalah antara yang akan dilihat oleh pihak bank jika anda ingin membuat pinjaman (perumahan/kenderaan/peribadi) mahupun kad kredit.
#4 Jadi untuk memastikan tiada masalah dalam proses permohonan pinjaman, anda perlulah mempunyai slip gaji, akaun KWSP sepertimana orang lain yang kerja makan gaji.
#5 Selain itu, apabila perniagaan anda semakin berkembang, mungkin anda memerlukan pekerja kelak. Jadi sebelum anda menggaji orang lain, anda perlulah menggaji diri sendiri dahulu. Ye tak?
Oleh itu, ikuti langkah-langkah ini:
#1 Pergilah ke cawangan KWSP terdekat dengan tempat anda.
Pergilah pada waktu mereka beroperasi ye :p
#2 Masuk dan teruslah ke kaunter pertanyaan, dan maklumkan tujuan anda. Seperti saya, saya beritahu “saya buat perniagaan sendiri, saya nak buka akaun KWSP untuk saya sendiri. Apa yang perlu saya buat?” Lepas je saya cakap macam tu, dengan senyuman pegawai tu pun beritahu, “puan boleh daftarkan akaun di kiosk itu” sambil tunjuk ke touch screen machine ala-ala macam nak check in Air Asia tu :p
Inilah dia kiosk pendaftaran tu. Akan ada pegawai manis dan baik hati yang akan bantu kita menggunakannya. Yang penting, anda cuma perlu bawa SATU DOKUMEN SAHAJA, IAITU MYKAD 😉 MyKad kita akan dimasukkan ke dalam mesin macam slot ATM tu. Setelah itu semua maklumat asas kita akan terpapar. Semak semua maklumat, pastikan tiada kesilapan dan key in nombor telefon dan email kita. Setelah itu. Siap~!! Tunggu beberapa saat, mesin tu akan printlah maklumat pendaftaran lengkap dengan nombor KWSP kita.
Taraa~ dah siap. Mudah kan? tak sampai 5minit selesai. Tak perlu ambil nombor, tak perlu beratur. Saya macam tak percaya dan rasa macam tak puas lagi duduk kat pejabat KWSP tu…hahaha…senang sangat :-p
Setelah siap ni nak buat apa? Sebagai pemilik perniagaan, kita cuma perlu membuat ‘Self Contribution’ secara bulanan dengan minima RM50. Nak letak lebih pun boleh, tapi maksima RM60.000 setahun. Kenapa macam tu? saya tak tahu. Kena tanya KWSP sendiri lah kot :p
Macam mana nak buat pembayaran? Ada dua cara: (1) Ambil borang di pejabat KWSP dan bayar di kaunter bank. (2) Guna Maybank2u. Online banking. Cara kedua nampak lebih mudah kan? Jadi saya guna cara online banking saja 🙂
Cara transfer duit ke akaun KWSP via Maybank2u.com
1) Aktifkan akaun KWSP anda di laman web KWSP.
2) Log in Maybank.2u.com seperti biasa
3) Pilih ‘Investment’
4) Pilih ‘EPF’
5) Add Account – masukkan maklumat akaun KWSP anda
5) Pilih ‘Self Contrubution’
6) Masukkan jumlah yang anda ingin transfer. Siap 🙂
Begitulah kisahnya. Mudah kan? Moga entri ini membantu anda yang ingin baru ingin membuat akaun KWSP. Selamat maju jaya. Moga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah.
Terima kasih juga kepada pegawai-pegawai di Cawangan KWSP Bay Avenue, Bayan Baru, Pulau Pinang atas kerjasama dan dedikasinya anda semua melayan pelanggan. Moga maju jaya dalam kerjaya dan turut bahagia dunia akhirat 🙂
Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

8 Comments

  1. syarifah says:

    salam saya nak tanya puan
    kalau saya sudah ada akaun kwsp (saya kerja government skim kwsp bukan skim pencen), adakah saya perlu buka akaun kwsp lain utk perniagaan?

    atau saya boleh guna akaun sedia ada

    saya tak berapa jelas tentang kwsp ni dia ada link dengan nama syarikat kita ke atau atas nama dan ic peribadi kita? sebab dari apa yang puan ceritakan dia hanya trace ic saja dan tidak ada pengisian maklumat perniagaan pun?

    mohon pencerahan ye

  2. Waalaikumussalam, menurut maklumat yang saya sempat bertanya pada pegawai KWSP pada hari saya buka akaun, katanya kita cuma perlu ada satu akaun kwsp. Jadi utk caruman sendiri hasil perniagaan, boleh buat secara online sperti yang saya ceritakan step-step nya di dalam artikel ni 🙂

  3. aks is says:

    salam… sy kerja sendiri dan nak buat slip gaji sendiri. mcm mana yang syarat 11% untuk epf. socso lg?? heheheh.. saya pun pening mcm mane nk buat slip gaji yang ban terima untuk buat pinjaman

  4. Waalaikumussalam, setakat informasi yg saya tahu, untuk perniagaan sendiri, jika nak buat caruman KWSP buat under self contribution. Tak semestinya 11%, minima RM50 per transaction. Kalau nak cantik record, maintain tiap2 bulan masukkan ke KWSP jgn miss. Pihak bank biasanya akan tengok penyata kewangan kita utk yg bekerja sendiri instead of slip gaji sbb kita bukan kerja makan gaji 😉 Pastikan ada akaun bank utk perniagaan juga 🙂

  5. Faiz BM says:

    Assalamualaikum cik/puan. Saya pertanyaan sedikit tentang self contribution on kwsp. Cik/puan pernah membuat apa apa loan untuk rumah/kereta/etc dengan menggunakan kwsp statement under self contribution? Kalau dah pernah, lepas tak eh loan tu?

  6. christabel says:

    BERITA BAIK!!!

    Nama saya Dian Pelangi dari Jakarta di Indonesia, saya seorang pereka busana dan saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu semua orang supaya berhati-hati mendapatkan pinjaman di internet, begitu banyak pemberi pinjaman di sini adalah penipuan dan mereka berada di sini. menipu anda dengan wang susah payah anda, saya memohon pinjaman kira-kira Rp900,000,000 wanita di Malaysia dan saya kehilangan kira-kira 29 juta tanpa mengambil pinjaman, saya membayar hampir 29 juta lagi saya tidak mendapat pinjaman dan perniagaan saya Mengenai terhempas kerana hutang.

    Memandangkan pencarian saya untuk syarikat pinjaman peribadi yang boleh dipercayai, saya melihat iklan dalam talian lain dan nama syarikat adalah SYARIKAT PINJAMAN DUNIA. Saya kehilangan 15 juta dengan mereka dan hingga hari ini, saya tidak pernah menerima pinjaman yang saya cadangkan.

    Tuhan menjadi kemuliaan, kawan-kawan saya yang memohon pinjaman juga menerima pinjaman seperti itu, memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat yang dapat dipercaya di mana Puan Christabel bekerja sebagai pengurus cabang, dan saya memohon pinjaman sebesar Rp900,000,000 dan mereka meminta kepercayaan saya, Dan setelah mereka selesai mengesahkan butiran saya, pinjaman itu telah diluluskan untuk saya dan saya fikir ia adalah jenaka, dan mungkin ini adalah salah satu tindakan menipu yang membuat saya kehilangan wang, tetapi saya terkejut. Apabila saya mendapat pinjaman saya kurang dari 6 jam dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2% tanpa cagaran.

    Saya sangat gembira bahawa Tuhan menggunakan kawan saya yang menghubungi mereka dan memperkenalkan saya kepada mereka dan kerana saya diselamatkan dari membuat perniagaan saya melompat di udara dan dibubarkan dan kini perniagaan saya terbang tinggi di Indonesia dan tiada siapa yang akan mengatakannya Dia tidak tahu mengenai syarikat fesyen saya

    Jadi saya nasihat semua orang yang tinggal di Indonesia dan negara lain yang memerlukan pinjaman untuk satu tujuan atau yang lain untuk sila hubungi
    Ibu Christabel melalui e-mel: (christabelloancompany@gmail.com) atau via WhatsApp +13186676079

    Anda masih boleh menghubungi saya jika anda memerlukan maklumat lanjut melalui e-mel: (lianmeylady@gmail.com)

    Terima kasih sekali lagi untuk membaca kesaksian saya, dan semoga Tuhan terus memberkati kita dan memberi kita kehidupan yang panjang dan makmur dan semoga Tuhan melakukan pekerjaan yang baik dalam hidup anda.

Leave a Reply to christabel Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *