Prakata: Entri ini adalah penting bagi ibu-ayah yang ingin menggendong anak menggunakan baby carrier sahaja. Jika anda tidak mahu menggunakan baby carrier sama sekali, ia mungkin tidak penting dan anda tak perlu baca sampai habis ok?

Sekarang dah tersebar luas bahawa narrow base carrier atau crotch baby carrier itu tidak selesa untuk penggunaan jangka masa panjang (malah mungkin berbahaya untuk anak dan kita yang menggendong) Boleh baca mengenainya di entri Crotch Baby Carrier: Benarkah ianya bahaya? Namun ramai yang tidak tahu ada baby carrier yang jauh lebih menggusarkan hati daripada itu. Iaitu baby carrier tiruan (fake baby carrier) atau baby carrier yang dibuat secara pukal (kebiasaannya buatan kilang China) yang tidak jelas kualiti materialnya dan ianya telah banyak mengakibatkan kejadian tragis bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Yang jelas, baby carrier yang sebegini bukan sahaja beredar di pasaran Malaysia, malah juga banyak di negara-negara lain di seluruh dunia. Mari kita kenali baby carrier tersebut.

Saya rasa, ramai yang pernah lihat baby carrier ini dijual secara online di FB

 

Kita mungkin tidak boleh mengatakannya baby carrier tiruan kerana ia tidak mempunyai jenama yang tertentu. Jika pun ada jenama, ia adalah jenama yang diletakkan atas permintaan penjual itu sendiri sedangkan ianya adalah baby carrier yang sama, dikilangkan di kilang yang sama, cuma jenama sahaja berbeza. Jika anda ingin buat jenama sendiri pun boleh. tak ada masalah :p Secara peribadi, saya pernah mendapat email dari pihak pengeluar baby carrier ini. Mereka menawarkan saya untuk membuat jenama sendiri dengan harga cuma belasan ringgit sahaja untuk satu unit. Ya. BELASAN RINGGIT SAHAJA. Namun email tersebut di bahagian SPAM. Beberapa hari setelah itu saya mencari semula email tersebut, ianya telah autodelete dari email saya. Jika tidak, sudah pasti saya akan printscreen dan kongsikan kepada anda semua 🙁 Tapi sama sekali saya tidak berniat untuk memiliki jenama sendiri dari pengeluar ini. Mengapa? Ini antara sebabnya:

 

Sumber: http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/2014/09/baby-carrier-parentsplease-be-alert.html


#1 – Terlalu banyak kes kualiti jahitan yang rendah dan kejadian buckle patah. Mohon ibu ayah semua mengerti bahawa baby carrier ini berfungsi untuk menampung berat anak kita yang mungkin sehingga belasan kilogram~!!! Maka, ketahanan material yang digunakan, terutamanya buckle amatlah penting. Rata-rata baby carrier yang berkualiti itu menggunakan buckle yang telah diuji secara makmal berketahanan sehingga 20kg. Ia bukanlah menggunakan buckle plastik biasa seperti yang digunakan pada bag taska anak-anak kita tu ye. Mohon mengerti tentang ini. Ibu ayah semua boleh google aje tentang kes buckle pecah ni, memang akan banyak yang keluar. Bukan sahaja di Malaysia, malah mat salleh pun banyak mengalami perkara ini kerana mereka pun ada yang terbeli carrier macam ni. Bukan kita di Malaysia aje 🙁

Sumber: https://mamathegeek.wordpress.com/2014/04/09/you-get-what-you-pay-for/
Sumber: https://mamathegeek.wordpress.com/2014/04/09/you-get-what-you-pay-for/
Sumber: http://babycarrierindustryalliance.org/2013/02/fake-carriers-warning/

#2 – Kain koyak. Jika nasib anda tidak baik, ini tidak mustahil untuk berlaku. Ini kerana menurut sumber gambar ini, beliau baru membeli carrier ini dari Ebay. Ketika cuba untuk adjust buckle, tiba-tiba kainnya terkoyak. Dia cuba adjust buckle yang sebelah lain pula, dan terkoyak juga. Ada yang juga membeli carrier dari Ebay juga, telah menarik adjustable buckle ini, tapi tidak koyak seperti itu. Ini bererti material kainnya mungkin berbeza-beza. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat kualiti kain yang lebih baik. Namun anda mungkin akan mendapat kualiti kain yang berbeza dengan harga yang sama. Adilkah untuk anda? Membeli atas dasar nasib. Dan ia mungkin tidak murah bagi anda, akhirnya wang itu terbazir begitu sahaja 🙁

 

Sumber: https://www.facebook.com/groups/bajetbw/


#3 – Warna luntur melampau. Ini antara yang dikongsikan oleh pengguna carrier jenis ini. Anak-anak bayi suka hisap/gigit tali carrier. Bayangkan jika anak kita menghisap pewarna ini? OK. mungkin penggunaan Drool / Teething pad dapat menyelamatkan anak anda jika situasi ini berlaku. Pastikan anda pakai drool / teething pad sentiasa ye. Agar anak-anak kita sentiasa selamat dari terhisap bahan kimia yang mungkin merbahaya ini.

Ini antara maklumbalas dari pengguna baby carrier ini di Amazon.com, ini adalah catatan sehingga tahun 2014. Jika hari ini, di tahun 2016, mungkin lebih banyak lagi maklum balas yang kita boleh lihat. Anda boleh cuba mencarinya di Google jika mahu.

#4 – Ilmu atau pengetahuan penjual yang amat rendah dan meragukan. Sekarang, hari-hari saya dapat lihat di FB, ada yang menjual baby carrier seperti ini. Namun, ada gambar-gambar yang digunakan sebagai testimoni amatlah menyedihkan. Ada yang cara pakainya salah dan membahayakan bayi. Jika penjual-penjual ini ambil berat tentang keselamatan bayi, mereka tidak mungkin akan membiarkan pelanggan mereka menggunakan dengan cara yang salah malah memuatnaik gambar yang salah itu ke page mereka sebagai testimoni mereka. Malah gambar bayi yang sedang menangis ketika digendong menghadap depan juga dimuatnaik. Jika ada ibu ayah yang tidak tahu, menggendong bayi menghadap kedepan ini adalah merbahaya. Boleh baca secara ringkas tentangnya di link ini: https://markassikecil.com.my/isu-dalam-penggunaan-baby-carrier-mengapa-front-facing-itu-tidak-baik/

Antara yang meragukan, penjual mengatakan baby carrier ini sesuai untuk anak dengan berat 3.5kg-16kg dan sesuai untuk bayi 2-24bulan~!!! ini adalah sangat salah dan boleh membawa kepada kesan buruk kepada bayi kerana pada usia new born (0-3bulan) belum sesuai menggunakan carrier jenis SSC atas faktor struktur dan kekuatan tulang bayi new born. Setelah menjangkau usia  bayi 4bulan, barulah pakar menyatakan ianya sesuai untuk digunakan. Namun, ia tetap bergantung kepada perkembangan individu setiap bayi. Bagi bayi pra-matang, mungkin akan berbeza dan tidak sesuai mengikut garis panduan ini.
Secara umum, ibu ayah sekalian perlu tahu, walaupun baby carrier jenis SSC ini adalah ergonomik, namun secara umum ia tidak boleh digunakan pada bayi newborn (0-3bulan) atas sebab-sebab berikiut:
Menurut pakar, bayi 0-3bulan (newborn) belum sesuai untuk gunakan baby carrier jenis SSC. Bayi 0-3 hanya sesuai untuk menggunakan baby carrier jenis SLING atau WRAP. Ini kerana pakar menyatakan bayi 0-3bulan (newborn) ini mempunyai bentuk tulang belakang semulajadi yg berbentuk ‘C’ atau bahasa inggerisnya natural ‘C’ shaped spine. Jadi, untuk memastikan bentuk  semulajadi tulang belakang ini tidak terganggu, sling dan wrap sahaja yang sesuai kerana ianya dari selapis kain yang mampu mengikut bentuk tulang bayi tersebut dengan sempurna. Apabila bayi menjangkau 4bulan, bentuk tulang belakang mereka akan berubah dan semakin kuat serta keras. Jadi tiada masalah untuk mula pakai baby carrier jenis SSC.
Bentuk tulang bayi Newborn (0-3bulan) – C shaped Spine

 

Oleh itu, jika anda ingin membeli baby carrier, belilah dengan dengan ilmu yang minima. Cubalah uji pengetahuan penjual tu sedikit. Jika mereka memberi jawapan yang salah malah meragukan, anda boleh nilai adakah mereka menjual sesuatu dengan ilmu, ingin membantu, atau sekadar mengaut keuntungan dari menjual sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti apa bahana yang bakal diterima oleh pengguna. Baby carrier bukan barangan bayi biasa seperti baju, atau permainan kanak-kanak (walaupun anda boleh beli baby carrier seperti ini di pusat borong pakaian dan permainan kanak-kanak).
Baby carrier menyangkut soal keselamatan dan keselesaan jangka panjang. Jika tidak bernasib baik, ia boleh mendatangkan kecederaan. Maka, nasihat saya, pilihlah yang berkualiti. Bukan semua baby carrier berkualiti itu mahal. Ada banyak pilihan di pasaran. Bertanyalah pada mereka yang telah menggunakannya. Ada yang membeli secara ansuran dan mungkin menabung secara bulanan untuk dapatkan baby carrier yang baik dan selesa. Sekali lagi, entri ini adalah penting bagi ibu-ayah yang ingin menggendong anak menggunakan baby carrier. Jika anda tidak mahu menggunakan baby carrier sama sekali, anda tak perlu susah hati ok?

Ada banyak komuniti dan page di FB yang mementingkan keselamatan dan keselesaan ibu bapa yang ingin menggendong bayi mereka. Antaranya, anda boleh search: Malaysian Babywerares, Royannes Group, Bobita Baby Carrier Malaysia, dan NaNa Baby Carrier Malaysia. Mereka di sini sedia membantu anda untuk memberi maklumat yang tepat berkaitan penggunaan baby carrier yang selesa dan selamat. Insyaallah.

Sekian dulu untuk entri kali ini, kalau berminat nak baca entri lain tentang baby carrier, boleh click di link-link berikut:

#1 https://markassikecil.com.my/baby-carrier-crotch-hip-seat-ssc-belajar-dari-pengalaman

#2 https://markassikecil.com.my/crotch-baby-carrier-benarkah-ianya-bahaya/

#3 https://markassikecil.com.my/bobita-gen2-ssc-baby-carrier-kami-jatuh-cinta/

#4 https://markassikecil.com.my/bobita-gen2-ssc-baby-carrier-terlengkap-di-dunia/

#5 https://markassikecil.com.my/range-harga-baby-carrier-di-malaysia/

#6  https://markassikecil.com.my/review-bobita-gen2-ssc/

 

Nak beli barang baby? Layari www.markassikecil.com.my untuk pelbagai keperluan dan barangan berkaitan bayi dan anak kecil.
Share

You Might Also Like

1 Comment

Leave a Reply to Dita Urdita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *